08-11-2010, 02:36 AM
Tidak lama dahulu, rakyat Malaysia baru sahaja diperkenalkan dengan iPhone 3G yang dibawa secara ekslusif oleh Maxis. Bagi sesiapa memilikinya atau sekurang-kurangnya membeleknya di pusat-pusat jualan Maxis, anda pasti mengagumi teknologi yang ada pada iPhone 3G tersebut.
Bulan ini di Amerika Syarikat, Apple telah memperkenalkan iPhone 3G yang terbaru - versi S
Jadi, apa yang terbaru pada iPhone 3G S ?
Dua Kali Lebih Pantas
Dua kali lebih pantas, itu yang didakwa oleh pihak Apple kepada media semasa perlancarannya. Dengan iPhone yang terpantas pernah dicipta ini, aplikasi yang diinstall pada iPhone mengambil masa lebih pantas untuk dibuka. Teknologi 3D juga telah dipertingkatkan bagi menambahkan keseronokan bermain permainan 3D dan grafik yang lebih baik.
Rakaman Video
Jika sebelum ini, ramai yang mengeluh kenapa iPhone 3G tidak boleh merakam video walaupun boleh memainkan video dalam format m4v, mp4, MPEG-4, mov. Kini, dengan iPhone 3G versi S, anda boleh merakam video anda sendiri dalam format VGA berkualiti tinggi sama ada dalam bentuk menegak mahupun melintang.
Kamera 3 Megapixels
Kamera iPhone 3G S telah dipertingkatkan dari 2 Megapixels kepada 3 Megapixels bagi menjanjikan kualiti imej yang lebih baik. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan teknologi autofocus bagi memudahkan anda mengambil imej pada fokus yang tepat.
Aplikasi Kompas Digital
Sejujurnya, saya amat tertarik dengan teknologi kompas yang terbina pada iPhone 3G S ini. Dengan teknologi ini, anda boleh mencari arah dengan mudah dan ia pasti amat membantu ketika menggunakan aplikasi Google Maps. Selain itu, ia turut memberitahu anda koordinat lokasi anda dengan tepat di mana jua anda berada di muka Bumi ini.
Pencarian Yang Lebih Mudah Dengan Spotlight Search
Terlupa di mana anda menyimpan nota kelas atau minit mesyuarat di dalam iPhone 3G ? Dengan aplikasi terkini Spotlight Search, anda boleh mencari apa sahaja di dalam iPhone 3G S meskipun anda terlupa lokasi anda menyimpannya. Yang penting, anda masih ingat nama fail tersebut.
Ruang Memori Yang Lebih Besar
Berbanding versi sebelum ini yang hanya di datangkan dengan memori 8 GB, iPhone 3G S di datang dalam dua versi memori iaitu 16 GB dan juga 32 GB. Dengan ruang sebesar itu, iaitu pasti mencukupi untuk menyimpan sebanyak mana mp3 dan rakaman video yang anda mahukan.
Bateri Dengan Tempoh Hayat Yang Lebih Lama
Dengan iPhone 3G S, anda boleh melayari internet dengan WiFi lebih lama iaitu 9 jam berbanding hanya 6 jam pada versi terdahulu. Ia juga boleh memainkan video 3 jam lebih lama dan juga audio 6 jam lebih lama berbanding versi terdahulu.
Namun begitu, tidak ada perbezaan ketara jika tempoh hayat bateri diambil kira dari segi waktu bercakap, menunggu, dan melayari internet melalui 3G
Selain itu, tidak ada perbezaan ketara pada iPhone 3G S berbanding versi terdahulu. iPhone 3G S akan mula dijual di Amerika Syarikat mulai 16 Jun 2009 pada harga AS$ 199. Berita baiknya ialah, Apple telah menurunkan harga iPhone 3G versi terdahulu pada AS$ 99 sahaja.
Mungkin memerlukan masa sekurang-kurang pada awal tahun hadapan untuk ia tiba di Malaysia di Malaysia. Tetapi anda boleh harapkan yang Maxis mungkin menurunkan sedikit harga iPhone 3G dalam masa terdekat ini.