Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › GaDGeT v
« Previous 1 ... 3 4 5 6 7

Motorola terbaru lebih menawan - MOTOKZR

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Motorola terbaru lebih menawan - MOTOKZR
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-11-2010, 03:04 AM


LANGKAH syarikat pengeluar telefon mudah alih global memperkenalkan pelbagai model baru untuk pasaran meluas termasuk Malaysia, mempengaruhi kadar pertumbuhan penggunaan peralatan telekomunikasi di negara.

Bagi pengguna, mereka perlu memahami asas untuk memiliki telefon mudah alih sama ada lebih memberikan penekanan terhadap teknologi yang diketengahkan, reka bentuk peralatan komunikasi itu yang menjadi menampilkan personaliti pemiliknya atau mahukan kedua-duanya, mungkin pada kos lebih tinggi.

Menyedari hakikat itu, Motorola Inc (Motorola), syarikat peneraju telefon mudah alih di dunia menghasilkan model MotoKrzr atau turut dikenali sebagai Krzr K1 kepada pengguna tempatan yang mahukan peralatan telekomunikasi bertenaga dengan paparan luar yang nipis pada warna biru berkilau. Keanggunan telefon mudah alih MotoKrzr terserlah apabila permukaannya seperti disaluti kaca memantul menjadikannya lebih bergaya, khususnya kepada pengguna yang gemarkan fesyen terkini.

MotoKrzr adalah telefon mudah alih yang dihasilkan menyamai reka bentuk model terdahulunya, MotoRazr dengan mengetengahkan ciri telefon jenis boleh lipat itu tetapi lebih kecil dan padat berbanding sebelumnya.

Perbandingan yang dilakukan bagi kedua-dua telefon itu mendapati MotoKrzr direka menggunakan teknologi hampir sama dengan MotoRazr, tetapi perbezaannya terserlah menerusi reka bentuk lebih kecil dan boleh ditempatkan di atas tapak tangan dalam keadaan yang selesa apabila digunakan. Daripada segi pendekatan teknologinya pula, model itu mempunyai paparan utama skrin TFT 1.9 inci pada 262,000 berwarna dan resolusi yang sama seperti Razr iaitu 176 x 220 piksel. Ia juga turut dilengkapi kamera bersepadu tanpa pemancar (flash) pada dua megapiksel yang mempunyai zoom digital lapan kali dan penyunting gambar binaan dalaman, serta untuk tempoh 25 minit satu klip video MotoKrzr boleh digunakan sebagai perakam video.

Ciri multimedia yang diketengahkan menerusi MotoKrzr itu turut diperluaskan bagi kegunaan mendengar muzik menerusi pemain muzik yang menyokong format MP3, AAC dan AAC+ dengan output fon kepala menerusi sambungan USB mini atau bluetooth tanpa wayar. Untuk tujuan storannya, ia hanya menyediakan memori dalaman pada 20 Megabait (Mb), tetapi boleh dipertingkatkan sehingga 2 Gigabait (Gb) apabila menggunakan kad memori TransFlash.

Proses penggunaan butang bagi model itu adalah mudah khususnya kepada pemilik yang memahami fungsi tertentu butang navigasinya seperti model telefon mudah alih Motorola yang lain, terutama bagi penghantaran mesej dan pelayaran menu. Keselesaan ketika menekan butang fungsinya itu diperkukuhkan dengan rekaan permukaan panel yang rata dan anggun.

Kesimpulannya, ia bukanlah peralatan komunikasi untuk segmen pengguna profesional yang mahukan telefon mudah alih dengan kemampuan menyediakan kualiti gambar dan sistem bunyi seperti produk lain yang sudah berada di pasaran. Bagaimanapun, MotoKrzr adalah telefon mudah alih yang bergaya dan pasti menarik minat pengguna yang gemarkan gaya hidup fesyen ditambahkan dengan ciri rekaan nipisnya yang unik.

FAKTA
Ciri lain MotoKrzr

Perakam memo suara:
Dail berasaskan suara
Nada bunyi MP3:
ID pemanggil bergambar
Permainan Java
Gelombang rangkaian: GSM 850/900/1800/1900 MHz
Sistem sokongan data: GPRS dan EDGE
Saiz: 103 milimeter(mm) x 42mm x 16mm
Berat: 103 gram
Harga: RM1,699

Penilaian Berita Komputer
Prestasi ***
Reka bentuk ****
Inovasi ****
Mesra Pengguna ***
Keseluruhan ****
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Kelebihan I-phone 5 berbanding I-phone 4
Kelebihan I-phone 5 berbanding I-phone 4
03-04-2013 1,930 Views 0 Replies
Telefon Bimbit Pintar tahan 5 tahun tanpa di charge
Telefon Bimbit Pintar tahan 5 tahun tanpa di charge
03-05-2013 1,807 Views 0 Replies
Album Terbaru Datuk Siti Nurhaliza: Fragmen
Album Terbaru Datuk Siti Nurhaliza: Fragmen
06-30-2014 2,334 Views 0 Replies
hye, salam perkenalan
hye, salam perkenalan
08-14-2012 3,342 Views 1 Replies
Salam 1 MALAYSIA
Salam 1 MALAYSIA
03-11-2012 1,883 Views 2 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  VERSI terkini Motorola Milestone: Lebih nipis dan funky Mr.Pingu 0 1,657 11-19-2010, 09:10 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Memperkenalkan Apple iPhone 3G S TERBARU !!- 2X Lebih Pantas Mr.Pingu 3 3,946 11-02-2010, 01:11 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 11:44 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend