Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › GaDGeT v
« Previous 1 ... 3 4 5 6 7

Memperkenalkan Apple iPhone 3G S TERBARU !!- 2X Lebih Pantas

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Memperkenalkan Apple iPhone 3G S TERBARU !!- 2X Lebih Pantas
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-11-2010, 02:36 AM
Tidak lama dahulu, rakyat Malaysia baru sahaja diperkenalkan dengan iPhone 3G yang dibawa secara ekslusif oleh Maxis. Bagi sesiapa memilikinya atau sekurang-kurangnya membeleknya di pusat-pusat jualan Maxis, anda pasti mengagumi teknologi yang ada pada iPhone 3G tersebut.

Bulan ini di Amerika Syarikat, Apple telah memperkenalkan iPhone 3G yang terbaru - versi S

Jadi, apa yang terbaru pada iPhone 3G S ?

Dua Kali Lebih Pantas

Dua kali lebih pantas, itu yang didakwa oleh pihak Apple kepada media semasa perlancarannya. Dengan iPhone yang terpantas pernah dicipta ini, aplikasi yang diinstall pada iPhone mengambil masa lebih pantas untuk dibuka. Teknologi 3D juga telah dipertingkatkan bagi menambahkan keseronokan bermain permainan 3D dan grafik yang lebih baik.

Rakaman Video

Jika sebelum ini, ramai yang mengeluh kenapa iPhone 3G tidak boleh merakam video walaupun boleh memainkan video dalam format m4v, mp4, MPEG-4, mov. Kini, dengan iPhone 3G versi S, anda boleh merakam video anda sendiri dalam format VGA berkualiti tinggi sama ada dalam bentuk menegak mahupun melintang.

Kamera 3 Megapixels

Kamera iPhone 3G S telah dipertingkatkan dari 2 Megapixels kepada 3 Megapixels bagi menjanjikan kualiti imej yang lebih baik. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan teknologi autofocus bagi memudahkan anda mengambil imej pada fokus yang tepat.

Aplikasi Kompas Digital

Sejujurnya, saya amat tertarik dengan teknologi kompas yang terbina pada iPhone 3G S ini. Dengan teknologi ini, anda boleh mencari arah dengan mudah dan ia pasti amat membantu ketika menggunakan aplikasi Google Maps. Selain itu, ia turut memberitahu anda koordinat lokasi anda dengan tepat di mana jua anda berada di muka Bumi ini.

Pencarian Yang Lebih Mudah Dengan Spotlight Search

Terlupa di mana anda menyimpan nota kelas atau minit mesyuarat di dalam iPhone 3G ? Dengan aplikasi terkini Spotlight Search, anda boleh mencari apa sahaja di dalam iPhone 3G S meskipun anda terlupa lokasi anda menyimpannya. Yang penting, anda masih ingat nama fail tersebut.

Ruang Memori Yang Lebih Besar

Berbanding versi sebelum ini yang hanya di datangkan dengan memori 8 GB, iPhone 3G S di datang dalam dua versi memori iaitu 16 GB dan juga 32 GB. Dengan ruang sebesar itu, iaitu pasti mencukupi untuk menyimpan sebanyak mana mp3 dan rakaman video yang anda mahukan.

Bateri Dengan Tempoh Hayat Yang Lebih Lama

Dengan iPhone 3G S, anda boleh melayari internet dengan WiFi lebih lama iaitu 9 jam berbanding hanya 6 jam pada versi terdahulu. Ia juga boleh memainkan video 3 jam lebih lama dan juga audio 6 jam lebih lama berbanding versi terdahulu.

Namun begitu, tidak ada perbezaan ketara jika tempoh hayat bateri diambil kira dari segi waktu bercakap, menunggu, dan melayari internet melalui 3G

Selain itu, tidak ada perbezaan ketara pada iPhone 3G S berbanding versi terdahulu. iPhone 3G S akan mula dijual di Amerika Syarikat mulai 16 Jun 2009 pada harga AS$ 199. Berita baiknya ialah, Apple telah menurunkan harga iPhone 3G versi terdahulu pada AS$ 99 sahaja.

Mungkin memerlukan masa sekurang-kurang pada awal tahun hadapan untuk ia tiba di Malaysia di Malaysia. Tetapi anda boleh harapkan yang Maxis mungkin menurunkan sedikit harga iPhone 3G dalam masa terdekat ini.
HeartTongue
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Samsung Galaxy Note 10.1 dan Galaxy Tab 2 10.1, korang suka??
Samsung Galaxy Note 10.1 dan Galaxy Tab 2 10.1, korang suka??
09-07-2012 6,674 Views 4 Replies
Album Terbaru Datuk Siti Nurhaliza: Fragmen
Album Terbaru Datuk Siti Nurhaliza: Fragmen
06-30-2014 2,333 Views 0 Replies
RM 150,000 Kos pembikinin Album Terbaru Anuar Zain
RM 150,000 Kos pembikinin Album Terbaru Anuar Zain
09-21-2010 3,258 Views 0 Replies
Salam 1 MALAYSIA
Salam 1 MALAYSIA
03-11-2012 1,882 Views 2 Replies
Manusia Halimunan
Manusia Halimunan
12-13-2010 2,496 Views 3 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#2
11-02-2010, 11:03 AM (This post was last modified: 11-02-2010, 11:04 AM by Mr.Pingu.)
Actually pingu pun memakai iphone 3gs ni.. So far puashatila senang nak online dimana2.. Sekarang pun tgah berforum gune iphone je.. Masih byk yg boleh diperbaiki.. Sekarang dh keluar iphone 4 yang menjadi kegilaan ramai orang.. Mungkin byk yg diperbaiki berbanding iphone 3gs.. Contohnya dr segi gambar iaitu 5 mega pixel berbanding 3, boleh buat video call, bateri lbh tahan dan juga bentuknya lbh ringan..
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
TheOniezuka
Unregistered
 
#3
11-02-2010, 12:40 PM
oni blajar pn x hbis lg..duit pnjaman pn tah ble bru dpt byar..jgn hrap la nk pkai phone cnggih2...
yg ad ni pn bli mtk duit kt mak.hakhak... Big Grin
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#4
11-02-2010, 01:11 PM
oni, pingu kan jenis yg sgt xkisah tentang HP ni.. masa belajar dlu mmg akai HP buruk2 je.. sehinggalah sekarang.. tp yg sebabkan pingu beli phone sbb hp yg pingu pakai sejak sekian lama telah rosak,... so, xleh nak wat call.. pingu pun terfikir sbb xpernah nak pakai HP canggih2 so nak try la iphone.. bila beli seolah2 dapat kejutan budaya.. haha.. iphone mmg canggih.. seolah2 membawa komputer dimana2.. nak online xde masalah.. nak call, sms, mms, semua jd lbh mudah.. amek gambo boleh, video boleh, nak rakam suara leh.. pendek kata ihpone ni HP mudah alih yang cukup canggih... kalau oni dh bekerja ambillah satu.. xrugi.. hehe
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  iphone 5 !!! iphone yg terhebat setakat ni! pluggertorn 8 8,900 05-30-2016, 10:13 AM
Last Post: tolly
  Motorola terbaru lebih menawan - MOTOKZR Mr.Pingu 0 2,078 08-11-2010, 03:04 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Syarikat Apple memperkenalkan iPhone 4 Mr.Pingu 0 2,104 08-05-2010, 09:31 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-12-2026, 02:20 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend