Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ SANTAI › BLOGGING GEMPAKZ › BLoG BaSe
Cara elakkan Kecurian Bandwidth di Blog wordpress

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Cara elakkan Kecurian Bandwidth di Blog wordpress
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
12-23-2012, 11:50 PM (This post was last modified: 01-02-2013, 11:11 PM by Mr.Pingu.)
TOLONG-TOLONG BANDWIDTH AKU KENA CURI! 50 GIG SEBULAN PUN TAK CUKUP! NAK KATA VISITOR SEBULAN JUTA-JUTA PUN TAKDE GAK. PI MAI PI MAI TANG TU JE. DALAM SEBULAN PUN VISITOR PALING RAMAI 80 RIBU JE. DISINI NAK KONGSI SATU TIP UNTUK ELAKKAN KECURIAN BANDWIDTH.


Korang tau tak sebelum ni Komuniti gempakZ mempunyai kapasiti bandwidth bulanan sebanyak 50 gig. Namun, belum sampai akhir bulan website akan down disebabkan bandwidth limit exceed. Punyalah tension sebab tak boleh akses website untuk beberapa hari. Paling teruk last month sampai 5 hari down website pingu ni.

So, Pingu ambil tindakan drastik dengan upgrade akaun ke pakej paling besar iaitu XL-Cube daripada cubiex.com yang menawarkan disk space capacity 10 gig dan bandwidth transfer bulanan 80 gig. Sehingga hari ini (23 desember), korang lihat daripada gambar pun korang nampak yang bandwidth bulanan Komuniti gempakZ dan lebih 50 gig. Kalau tak upgrade tempohari memang down website aku sehingga lebih seminggu. Nasib aku upgrade kapasiti. Namun yang mengstresskan otak aku adalah mengapa kapasiti bandwidth aku ni cepat sahaja habis? Aku pun mulakan siasatan.

Atas siasatan aku yang sekejap tadi aku dapati ada website yang curi bandwidth aku dengan sesedap hati berkongsi gambar blog aku ni di blog mereka. Ada antara blog yang menjalankan aktiviti ini secara manual yang dengan jelas sengaja tetapi ada juga blog yang jenis curi trafik orang dengan melakukan pencurian bandwidth secara automatik. Bengang dengan benda ni, aku mulakan operasi aku menyekat aktiviti mencuri bandwidth.

Salah satu kaedah yang aku gunakan since aku menggunakan hosting daripada wordpress adalah dengan menginstall plugin ini "HOTLINK PROTECTION". Hotlink disini bukanlah berkaitan dengan MAXIS tapi Hotlink protection disini berkait rapat dengan mengekang pencurian trafik.

Setelah install sila aktifkan plugin tersebut sebelum ia beroperasi sepenuhnya. Aku pun try buka website yang curi image blog aku tadi dan hasilnya, image aku sudah tidak dapat dipaparkan ke blog tersebut dengan kata lain, bandwidth aku telah berjaya diselamatkan. Aku harap korang yang menggunakan wordpress boleh cuba.

Kepada yang menggunakan hosting blogspot pula korang tak perlu risau sebab blogspot ni percuma maka bandwidth yang diberikan untuk anda pun unlimited. Tapi korang kena ingat benda percuma ni memang banyaklah pantang larangnya. Silap-silap google delete blog anda sesuka hati kalau mereka tak suka. Ada ramai blogger sudah terkena.

Ok berbalik kepada privasi gambar. Jika anda berasakan gambar di blogspot anda tidak mahu dicuri, anda boleh edit sedikit gambar anda itu dengan menulis hakmilik sebelum anda memuat naik gambar tersebut ke aplikasi blogger. Kalau diorang nak curi pun at least hak milik tu dah ada tulis plus boleh promosikan blog anda juga.

Sekian sahaja tip ringkas daripada saya. Jika anda tidak menggunakan wordpress tetapi menggunakan fungsi cpanel, anda pun boleh protect bandwidth anda menggunakan hotlink protection. Nak tau godek-godek sikit cpanel anda tu mudah sahaja sebenarnya. Ok tataa
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Mengelakkan OFF Topik
Mengelakkan OFF Topik
04-10-2011 10,930 Views 17 Replies
Tutorial: memasang CommentLuv di Blogspot
Tutorial: memasang CommentLuv di Blogspot
02-11-2013 2,305 Views 0 Replies
ANDA seorang BLOGGER?
ANDA seorang BLOGGER?
01-22-2011 84,888 Views 28 Replies
katak O! Katak mengapa kau panggil Hujan?
katak O! Katak mengapa kau panggil Hujan?
01-28-2011 17,429 Views 18 Replies
Selamat Pagi Komuniti gempakZ!
Selamat Pagi Komuniti gempakZ!
04-26-2011 5,896 Views 8 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#2
02-12-2013, 02:39 AM
Disebabkan saya menguunakan wordpress, maka saya akan tunjukkan sedikit satu plug in yaang bagus diinstall di Blog wordpress anda. Plug in ini dipanggil "Hotlink Protection"

Macanm aku maklumkan seperti diatas bahawa hotlink protection ini penting untuk menghalang website lain mencuri trafik dan bandwidth anda. bagi yang guna self host macam saya, kecurian bandwidth sangat merugikan saya kerana terpaksa bayar lebih untuk menampung trafik yang selalu kehabisan.

Ok.. First sekali korang masuk ke Admin wordpress anda kemudian pergi ke ruangan "plug-in" then di bahagian atas tu akan ada "add new " Korang klik disitu.

Kemudian dia akan pergi ke bahagian install pug-in. Korang taip di ruangan search tu "hotlink protection" nanti dia akan cari untuk anda. Apabila dah jumpa boleh install.

selepas install, sila aktifkan plug-in anda untuk membolehkan ia beroperasi.


Kemudian setelah aktifkan plug-in tersebut, pergi ke ruangan "setting" dan setting apa yang patut. Yang penting disini ialah file-file gambar (jpg, gif, jpeg, bmp) file audia saya rasa jarang orang nak share dalam hosting sendiri ye tak? Alah, kalau senang korang klik je semua jenis file yang korang nak protect seperti dibawah:


Then, pada ruangan bawah sekali tu anda boleh setting untuk membenarkan direct linking dr iutside browser.. then bawah tu ada sedia satu kotak kosong.. Korang isikan senarai Blog/website yang korang benarkan untuk hotlinking dengan content blog anda. So, website selain yang korang benarkan hanya akan memaparkan button "error" jika mereka cuba hotlinking daripada website anda..


OK siap. Selamat Mencuba.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Plugin Wordpress: Akismet - Definisi dan cara mengaktifkan Mr.Pingu 0 3,896 02-11-2013, 05:27 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Cara nak besarkan gambar (zoom) dalam blog Mr.Pingu 0 4,005 06-25-2011, 06:39 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 12:50 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend