03-09-2013, 04:50 AM

Lantaran kes >> LANGGAR LARI << di hadapan Jusco Tebrau City, Johor Bahru yang sedang hangat dikatakan di facebook dan Blog ketika ini, aku nak bawakkan sedikit perbincangan tentang apa yang perlu dilakukan jika berlaku kemalangan. Kemalangan disini tak kiralah kemalangan teruk atau tidak. tapi kalau melibatkan maut tu tak boleh nak buat apa kan?
Paling penting, kalau berlaku kemalangan, jangan larikan diri anda. Pandu hati-hati dan tolong berhenti di bahu jalan. Kemudian kedua-dua pihak perlu adakan perbincangan yang membawa kata sepakat antara kedua-duanya. Jika memerlukan untuk menuntut Insuran, sila pastikan anda membuat report polis, ambil gambar kenderaan di tempat kejadian dan ambil masa, hari dan segala perkara lain yang berkaitan.
Melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah anda malahan anda akan terus diburu dan lambat laun anda akan tertangkap juga. Akibatnya akan jadi lebih teruk. Saya pernah mengalami kemalangan kecil dan kami kedua-dua pihak berhenti di bahu jalan. kami sepakat dan masing-masing puashati.
paling penting, sentiasa berhati-hati semasa memandu. jangan leka dan lalai ok! tapi malang tak berbau justeru banyak-banyak berdoa sebelum memandu agar selamat pergi dan pulang.