Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ EDUCATION › INSTiTuSi v
« Previous 1 2 3 Next »

Perdana Universiti ambil pelajar pertama September

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Perdana Universiti ambil pelajar pertama September
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-03-2010, 03:17 PM
PUTRAJAYA: Universiti dan pusat penyelidikan kesihatan swasta bertaraf dunia, Perdana Universiti, di Serdang, Selangor yang membabitkan pelaburan hampir RM2 bilion, dijangka memulakan pengambilan kumpulan pelajar pertamanya September tahun depan.

Pengambilan membabitkan dua sekolah perubatan universiti berkenaan yang menjalin kerjasama dengan dua institusi perubatan terkenal dunia iaitu The John Hopkins University and John Hopkins Medicine International, Amerika Syarikat (AS) serta Royal College of Surgeons (RCSI) di Ireland. Pengerusi Eksekutif Academic Medical Centre Sdn Bhd (AMCS), Tan Sri Dr Mohan Swami, berkata sementara menunggu kampus induk di Serdang, dijangka siap 2014, pelajar berkenaan ditempatkan di kampus sementara di ibu negara.

"Sekolah pertama membabitkan program ijazah empat tahun berdasarkan kokurikulum AS dengan kerjasama Sekolah Perubatan Universiti John Hopkins, manakala sekolah kedua menawarkan program ijazah lima tahun berdasarkan kokurikulum Ireland dengan kerjasama RCSI," katanya dalam kenyataan pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama syarikat itu dengan kerajaan Malaysia, RCSI dan The John Hopkins University and John Hopkins Medicine International, semalam.

Beliau mewakili AMCS, manakala Kerajaan Malaysia diwakili Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah dan RCSI diwakili Ketua Pegawai Eksekutif/Pendaftar, Prof Dr Cathal Kelly. Majlis itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, semalam. Selain dua sekolah perubatan, Universiti Perdana itu akan turut mempunyai hospital dengan 600 katil serta Pusat Penyelidikan Perubatan dan Sains Hayat.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Pelajar Tua Melukis Peta Malaysia
Pelajar Tua Melukis Peta Malaysia
08-11-2010 3,623 Views 0 Replies
Hafiz AF - Juara Konsert Mania Musim pertama
Hafiz AF - Juara Konsert Mania Musim pertama
05-20-2012 2,947 Views 0 Replies
Tip Untuk Cemerlang Dalam Pelajaran
Tip Untuk Cemerlang Dalam Pelajaran
02-16-2012 2,337 Views 0 Replies
Kedatangan ku harap diterima
Kedatangan ku harap diterima
12-29-2010 3,478 Views 4 Replies
Gambar Islamik Datuk Seri Najib - Datin Seri Rosmah
Gambar Islamik Datuk Seri Najib - Datin Seri Rosmah
05-01-2012 6,919 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Universiti Terbuka Mendapat Pengiktirafan Tertinggi Pelajar di Britain Mr.Pingu 0 2,238 03-07-2013, 10:39 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 10:24 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend