Berikut merupakan alasan rakan saya saudara arief nazry berhubung pembenaran pelajar sekolah membawa telefon bimbit di sekolah.
Quote:..guru yg paling ramai dilihat agar kementerian mangkaji semula tindakan utk membenarkan alat komunikasi di bawa ke bilik darjah..dgn alasan masalah gejala sosial akan menjadi tidak terkawal & akan lebih menjadi²..ironinya mereka gusar sekiranya pelajar menggunakan medium berkenaan bagi merakamkan apa yg berlaku dalam bilik darjah, terutamnya cara & kaedah pembelajaran berlangsung..dan ini dikhuatiri akan menjejaskan kredibiliti dan juga 'periuk nasi' mereka yg selama ini rasa begitu selesa dgn cara pengajaran mereka saban tahun..
..bukanlah semua sebegitu, namun sy juga pernah bersekolah & x semua guru masuk dlm kelas sy itu semuanya bagus cara pengajarannya..ada yg suruh student baca nota dan kemudian die hanya duduk dimeja dan buat kerja sendiri..ada yg jenis marah kembali bilamana student bertanya soalan, dengan alasan pelajar tidak mengulangkaji sedangkan soalan yg ditanya adalah soalan pd topik baru..sekolah bermurid & bukan bermahasiswa/i..
..alasan gejala sosial yg bakal disumbangkan di sekolah bilamana usul ini diluluskan sgt tidak relevan..kenape mesti gejala sosial bermula di sekolah atas alasan itu anda ajaran dan juga pendidikan yg diberikan oleh guru disekolah mmpu utk mendidik minda anak² yg lebih baik kan ? seolah² selama ini sekolah melahirkan generasi yg bermasalah dan kemudian akan bertambah masalah dgn kehadiran telefon bimbit di sekolah..
..sesetangah yg menjadi guru adalah bukan keinginan hati, tapi lebih untuk mendapatkan kerjaya yg selamat..kerjaya yg menjamin ekonomi keluarga yg lebih baik..sy x kata semua.. tp peratusan sebegitu melebihi dari yg benar² meng'hamba'kan diri utk mendidik anakbangsa.. KEWAJARANNYA ?? lihat je generasi yg lahir pada tahun 60an, 70an & 80an..gejala sosial waktu itiu tidak sehebat dan semega skrg yg rata²nya dididik oleh guru² dari tahun berkenaan..
..jika nk dikupas berkenaan punca gejala sosial yg berlaku..halaman ke 1000 pun masih belum tentu nokhtahnya..keperibadian bermula dari sumber mana makan pakai yg diberikan..dari berkat mana harta yg dbelanjakan utk tumbesaran anak²..itu sebenarnya yg perlu dijaga & ianya bermula dari poket anda..yes..dari poket anda sendiri..
..tiada lagi usalan dari sy utk isu telefon bimbit ini.. kerana sy tidak melihat ia sebagai suatu ancaman kepada keadaan gejala yg lebih parah di masa akan dtg..kepesatan teknologi tidak memaksa manusia menukar ketermadunan, kerana ia hanyalah pilihan..


