Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › LaYaR v
« Previous 1 ... 3 4 5 6 7 Next »

Remy Ishak Bakal Terajui Filem Muzikal 29 Februari?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Remy Ishak Bakal Terajui Filem Muzikal 29 Februari?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-09-2010, 01:13 AM


8 NOV 2010: Kemenangan Magika membolot 7 anugerah termasuklah Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-23 baru-baru ini, nampaknya semakin menyuntik lagi semangat pengarahnya, Edry Abdul Halim untuk mengarahkan filem berbentuk muzikal terbaru yang berjudul 29 Februari.

Pelikkan judulnya? Sebab, 29 Februari adalah tahun lompat. Ia hanya dapat diraikan setiap 4 tahun sekali. Tapi, dengan judul ini, apa sebenarnya yang Edry hendak bercerita dalam filemnya itu nanti?

Daripada sumber-sumber yang Murai Batu dengar, 29 Februari adalah kisah epik tentang cinta yang berlatar belakangkan pada tahun 1892. Ia mengisahkan tentang seorang lelaki yang dilahirkan pada tarikh 29 Februari, tetapi peredaran waktu yang berlaku dengan pantasnya tidak membuatkan dia cepat dimamah usia.

Dia juga bernasib baik kerana dapat melalui mengikuti setiap peristiwa bersejarah yang berlaku di negara ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan kemerdekaan negara serta tragedi hitam 13 Mei. Dia juga bertuah kerana dapat menikmati pembangunan pesat yang berlaku di negara ini. Lebih bertuah kerana dia masih dapat hidup dan menikmati keadaan pada hari ini.

Itulah sedikit-sebanyak yang Murai batu dapat tahu tentang 29 Februari.

Tapi, apa yang pasti, dalam filem 29 Februari kali ini, Edry mahu gunakan barisan pelakon dari kalangan pelakon yang memang boleh menyanyi dan bukannya penyanyi yang boleh berlakon macam dalam filem Magika. Khabarnya, Remy Ishak adalah antara nama pelakon yang berada dalam senarai utama mereka. Khabarnya juga, setelah dipanggil, Remy Ishak sudah pun menjalani sesi uji bakat untuk 29 Februari.

Hasilnya, Edry agak terkejut dengan kemampuan Remy sebab dia bukan sekadar boleh berlakon tapi juga boleh menyanyi. Malah, Edry juga nampaknya agak berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan Remy Ishak dalam uji bakat tersebut.

Adakah ini bermakna Remy Ishak bakal menjadi teraju utama dalam filem muzikal 29 Februari ini nanti? Kalau begitu, siapa pulak agaknya yang jadi heroinnya nanti ya?

MURAIBATU: Seronok menyambut Deepavali dengan teman-teman yang beragama Hindu!

sumber: http://www.murai.com.my/article/default....83&c=2&s=3
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Pakatan Rakyat Bakal Mendominasi PRU13?
Pakatan Rakyat Bakal Mendominasi PRU13?
03-02-2013 9,238 Views 8 Replies
KL Gangstar Filem aksi Terbaik arahan Shamsul Yusof
KL Gangstar Filem aksi Terbaik arahan Shamsul Yusof
06-08-2011 6,809 Views 3 Replies
Vaksin Denggi bakal dikeluarkan
Vaksin Denggi bakal dikeluarkan
08-21-2010 1,645 Views 0 Replies
Topik sembang-sembang: Gula-gula
Topik sembang-sembang: Gula-gula
01-28-2011 14,456 Views 20 Replies
salam perkenalan..
salam perkenalan..
04-17-2012 2,796 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-28-2026, 01:43 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend