Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 17 18 19 20 21 ... 24 Next »

Akim ‘Gelojoh’ Ketika mencipta Lagu

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Akim ‘Gelojoh’ Ketika mencipta Lagu
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
Wink  11-17-2010, 11:37 AM

Akim tampil dengan lagu terbaru iaitu Bawa Kau Pergi dan Janji selepas Inilah Cinta dan Bengang. - Foto oleh ART CHEN

SHAH ALAM: Peningkatan Akim dalam industri seni agak drastik apabila rezekinya dalam bidang nyanyian dan lakonan tidak pernah putus. Selepas memenangi tempat ketiga Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), pemuda berusia 19 tahun ini kerap muncul dengan lagu terbarunya.

Selepas lagu Bengang, Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad tampil dengan lagu Inilah Cinta hasil ciptaan sepenuhnya oleh diri-sendiri. Kini, dia semakin galak muncul dengan lagu-lagu terbaru lain termasuklah Bawa Kau Pergi dan Janji. Akim akui dia seorang yang ‘gelojoh’ apabila tiba saat berkarya. Lebih-lebih lagi bila dia sudah mendapat melodi sesebuah lagu itu.



“Saya akan terus cepat-cepat buat lirik selepas memikirkan melodi lagu kerana saya memang gelojoh dengan lagu.

“Kadangkala idea untuk membuat melodi datang sekali imbas apabila saya memegang gitar. Jadi, selepas itu saya tak tunggu lama-lama untuk menyiapkan sesebuah lagu itu,” ujarnya yang bercita-cita besar dalam bidang gubahan lagu ini.

Mendengar setiap ilham dan cetusan idea yang dirasai dalam setiap lagunya, Akim lebih terdedah dengan lirik-lirik berbaur cinta. Sengaja menduga sama ada pemuda tinggi lampai ini sedang dilamun cinta, namun dia hanya membalas dengan senyuman yang manis.

“Saya memang dilamun cinta dan wanita itu adalah mak saya. Dia berada jauh daripada saya iaitu di Johor. Jadi, saya dedikasikan lagu-lagu tersebut untuk dia dan berjanji untuk membahagiakannya.

“Mak sentiasa berada dalam hati saya. Setakat ini, saya belum boleh terima untuk bercinta dengan wanita lain kerana tidak mahu ada apa-apa ikatan tetapi saya lebih suka berkawan,” kata Akim.

Menyentuh tentang perancangan masa hadapan, Akim mahu mengembangkan bakatnya dalam bidang gubahan lagu. Kata Akim, dia tidak mahu menjadi seorang yang tamak dengan melakukan semua perkara tetapi lebih memfokuskan kepada karier sebagai seorang komposer dan penyanyi. Memandangkan ramai pihak yang mula memerhatikan Akim, tidak dinafikan ada penyanyi yang mula meminta untuk menyanyikan lagu ciptaannya.

“Saya terpaksa tolak permintaan beberapa penyanyi yang minta untuk menyanyikan lagu saya kerana saya belum berani membuat lagu untuk mereka. Mungkin pada masa akan datang, saya akan cuba.

“Saya sentiasa belajar cara-cara membuat lirik lagu yang baik dengan mendapatkan tunjuk ajar penulis lirik lagu Bengang dan Noktah Cinta iaitu Sheikh Qalam,” ujar pelakon drama bersiri Kau Dan Aku 2 ini.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Imam tak lena tunggu Datuk Siti Nurhaliza
Imam tak lena tunggu Datuk Siti Nurhaliza
08-27-2010 2,651 Views 1 Replies
Koleksi Lagu Raya
Koleksi Lagu Raya
09-06-2010 3,618 Views 2 Replies
Akil Hayy dan waheeda: Usia perkahwinan sudah setahun
Akil Hayy dan waheeda: Usia perkahwinan sudah setahun
09-02-2010 2,676 Views 0 Replies
Goreng menggorenggg dlm exam!!
Goreng menggorenggg dlm exam!!
05-14-2011 8,759 Views 17 Replies
Pentingkah Privacy di Kamar Kediaman ANda?
Pentingkah Privacy di Kamar Kediaman ANda?
07-01-2012 1,306 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 09:51 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend