Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 20 21 22 23 24 Next »

25,000 saksi konsert kemuncak

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
25,000 saksi konsert kemuncak
mawar_hijau Offline
Member
**
Posts: 69
Threads: 19
Joined: Aug 2010
Reputation: 0
#1
08-22-2010, 03:18 PM
Oleh Ahmad Nazri Mohamad, Mohd Harzrul Aminudin dan Sharifah Zulaikha Syed Amali
am@hmetro.com.my
2010/07/26

Penampilan barisan artis tempatan dengan gaya persembahan tersendiri memukau penonton yang hadir seawal jam 8 malam. Persembahan pembukaan kumpulan pelawak yang mencipta nama melalui rancangan Raja Lawak, Ketampi dengan penampilan khas DJ Slumber menjadi pemanas pentas sebelum konsert bermula. Penonton disajikan persembahan kebudayaan oleh penari zapin Majlis Perbandaran Muar (MPM), kumpulan Zapin Bunga Hati dengan tarian tradisional masyarakat Johor.

Kemunculan Raja Azura sebagai pengacara pada malam itu, menghangatkan lagi konsert dengan celotehnya mencuit hati penonton sebelum artis solo dan berkumpulan muncul seperti Sofaz, Azharina, Lufya Af 6, Farahdiya, Izwan Pilus, Sarah Raisuddin sebelum penutup persembahan disempurnakan kumpulan rock Kristal.

Persembahan malam itu juga diserikan dengan kemunculan istimewa pelakon utama filem ... Dalam Botol iaitu Arja Lee dan Wan Raja. Sementara itu, hari terakhir karnival dipenuhi dengan pelbagai acara di semua gerai unit Harian Metro dan penaja. Gerai Arena memaparkan kehebatan aksi berani penunggang team SCK Harian Metro Honda didatangkan khas, selain memberi peluang peminat cub prix bersua muka dengan hero litar seperti Affendi Rosli, Norizman Ismail dan Suhardi Ali Rahmat.

Di Gerai Variasi dan Hati, konvoi motosikal Kelab RD memeriahkan pameran motosikal berkuasa tinggi serta ubah suai Muar Bikes dan Biker Muar. Malah, di gerai itu peminat Harian Metro berpeluang menyaksikan terbitan pertama akhbar Harian Metro dilancarkan 19 tahun lalu hingga tahun ini.

Di Gerai Harian Metro/Metro Ahad pula, pengunjung berpeluang membeli akhbar Metro Ahad selain Berita Minggu dan New Sunday Times. Selain itu, bagi penggemar barangan jenama Harian Metro pula pelbagai barangan eksklusif turut dijual untuk dijadikan cenderamata untuk dibawa pulang.

Tidak ketinggalan pelbagai program sampingan diadakan gerai penaja seperti Celcom yang melakukan pelbagai persembahan serta promosi jualan manakala Modenas menampilkan pertunjukan motosikal, selain menyambut ketibaan konvoi pemilik Kriss dan Jaguh dari ibu kota semata-mata untuk memeriahkan karnival ini. Gerai Rap terus menjadi tumpuan pengunjung sejak hari pertama lagi apabila keletah Ketampi terus mencuit hati.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Manisnya Siti Nurhaliza Bertudung Penuh
Manisnya Siti Nurhaliza Bertudung Penuh
08-27-2010 3,225 Views 0 Replies
Zarina Anjoulie Lavocah tak nak seksi lagi
Zarina Anjoulie Lavocah tak nak seksi lagi
11-19-2010 2,829 Views 0 Replies
Halim Othman tetap sendiri
Halim Othman tetap sendiri
11-03-2010 1,938 Views 0 Replies
Mengelakkan OFF Topik
Mengelakkan OFF Topik
04-10-2011 11,387 Views 17 Replies
Baucar RM10 untuk pengguna GrabFood
Baucar RM10 untuk pengguna GrabFood
08-31-2023 12,530 Views 18 Replies
Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 01:51 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend