Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 30 31 32 33 34 ... 40 Next »

Mekah dilanda banjir

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Mekah dilanda banjir
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-20-2010, 09:06 PM (This post was last modified: 11-20-2010, 09:07 PM by Mr.Pingu.)

BEBERAPA jemaah meredah banjir manakala sebahagian lagi menolak kenderaan di sebatang jalan raya di Mekah kelmarin.

MEKAH - Beberapa kawasan di Mekah kelmarin dilanda banjir ekoran hujan lebat menyebabkan sebahagian jemaah meredah air banjir namun ia tidak melibatkan kawasan yang menempatkan Kaabah. Sebelum ini, hujan turun dengan lebat di Mina pada Rabu lalu semasa para jemaah melontar jamrah sebagai tanda merejam syaitan.

Hujan dan angin itu menyebabkan beberapa buah pokok tumbang di tepi sebatang jalan raya di Mekah. Lebih 2.8 juta jemaah haji berhimpun di Mekah untuk mengerjakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh umat Islam yamg mampu. Bagaimanapun, cuaca di Mekah semalam yang merupakan hari terakhir jemaah mengerjakan haji berada dalam keadaan baik selepas hujan turun.

Sementara itu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah menjalani lebih banyak ujian perubatan selepas baginda mengadu sakit belakang. Menurut agensi berita SPA, baginda diminta supaya berehat oleh doktor-doktornya. Pada Selasa lalu, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan tahap kesihatan Raja Abdullah berada dalam keadaan baik. Kenyataan itu dikeluarkan selepas baginda mengadu sakit kaki. Umur Raja Abdullah adalah di antara 86 dan 87 tahun.


BEBERAPA batang pokok tumbang menghempap beberapa buah kereta akibat hujan dan tiupan angin di Mekah kelmarin.

Kestabilan politik di negara beraja itu amat penting kerana Arab Saudi mempunyai lebih satu perlima simpanan minyak dunia. Kerajaan Arab Saudi merupakan sekutu rapat AS dan merupakan pemegang aset terbesar dolar AS. Pada 13 November lalu, ekoran keadaan kesihatan Raja Abdullah itu, Menteri Dalam Negeri, Putera Nayaf diberikan tugas memantau urusan perjalanan haji pada tahun ini. - Agensi


PINGU: Makkah sepatutnya sukar dilanda banjir.. tetapi kuasa Allah.. nampaknya ada petunjuk disitu.. mungkin dunia sudah uzur,.. dan xlama lagi akan tamatlah dunia
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Dato Najib Ajaklah Anak Muda Sembahyang
Dato Najib Ajaklah Anak Muda Sembahyang
08-17-2010 1,861 Views 0 Replies
Soi Lek serang Umno, PAS dakwa guna agama raih sokongan
Soi Lek serang Umno, PAS dakwa guna agama raih sokongan
08-08-2010 1,309 Views 0 Replies
Sabah & Sarawak: Denda 10 kali ganda
Sabah & Sarawak: Denda 10 kali ganda
08-08-2010 2,019 Views 0 Replies
Maksud Sebenar I’m An Open Relationship di Facebook
Maksud Sebenar I’m An Open Relationship di Facebook
12-13-2010 2,258 Views 1 Replies
Cincin..menarik dan pelik..
Cincin..menarik dan pelik..
04-17-2012 1,679 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Indonesia dilanda Tsunami bertimpa Mr.Pingu 0 1,117 12-29-2018, 05:32 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 03:02 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend