Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 28 29 30 31 32 ... 40 Next »

Sewa Rumah tak Masuk Akal di Kerdau demi plihanraya??

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Sewa Rumah tak Masuk Akal di Kerdau demi plihanraya??
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-28-2011, 05:43 PM

SARIMAN menunjukkan rumahnya yang disewakan kepada belia di kampung Desa Murni Sanggang Kerdau sepanjang pilihan raya DUN Kerdau selama 10 hari.

Pemilik rumah DUN Kerdau ambil kesempatan naikkan harga

TEMERLOH: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau turut membawa rezeki terpijak kepada penduduk sekitar bandar ini kerana ada antara mereka yang menyewakan rumah atau premis perniagaan dengan harga tinggi hingga mencecah lebih RM20,000 bagi tempoh hanya dua minggu.

Keperluan mendesak khususnya di kalangan penyokong parti bertanding, selain kekurangan bilik hotel yang boleh ditempah, menjadikan permintaan terhadap rumah penduduk bagaikan pisang goreng panas. Seorang penduduk bertindak sebagai orang tengah bagi mencari penyewa rumah ini, Ramli Yusuf, berkata kebanyakan penyewa premis itu membabitkan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan politik, pemerhati dan pihak berkuasa, selain petugas media. Ramli, 32, berkata, kebanyakan rumah teres biasa berdekatan kawasan Kerdau disewa dengan harga RM5,000 hingga RM10,000 seunit, manakala di Temerloh pula, kadar sewanya rendah sedikit iaitu antara RM1,000 hingga RM5,000.

Bagaimanapun, beliau berkata, ada juga penduduk berjaya menyewakan rumah banglo mereka kepada petugas parti hingga mencecah kira-kira RM21,000.

"Kadar sewa ini bagaikan durian runtuh kepada pemilik rumah sewa kerana kadar biasa rumah sewa di kawasan Kerdau hanya RM150 hingga RM250 sebulan, manakala di Temerloh pula hanya antara RM200 hingga RM400 sebulan, bergantung kepada jenis rumah.

"Disebabkan berlaku pilihan raya kecil dan permintaan untuk menyewa rumah adalah tinggi, pemilik rumah mampu memperoleh pendapatan luar biasa dan sewa diperoleh ini boleh menampung bayaran bulanan rumah mereka untuk jangka panjang.
"Paling mengejutkan, unit rumah kos rendah yang selama ini terbiar kosong di Kerdau tanpa sebarang kemudahan, turut dijadikan penginapan mereka yang terbabit dalam pilihan raya DUN Kerdau ini dengan sewa dikenakan RM5,000," katanya.

Ramli berkata, antara lokasi yang menjadi tumpuan panas bagi sewaan rumah ini adalah di kawasan Desa Murni, Ketumbit dan Rumpun Makmur di Kerdau kerana kedudukannya berdekatan dengan tempat berkempen.

"Kadar sewa ini seolah-olah satu bonus kepada masyarakat kawasan ini kerana kebanyakannya bekerja sebagai petani atau melakukan kerja kampung.

"Biasanya rumah yang disewa ini dijadikan rumah kedua oleh pemiliknya atau dibiarkan kosong begitu saja, malah ada pemilik rumah yang tinggal di situ sanggup mengosongkan kediaman dan tinggal bersama keluarga bagi membolehkan rumah mereka disewa.

"Saya mengakui harga ini tidak masuk akal tetapi disebabkan permintaan bagi premis tempat tinggal agak tinggi kali ini, pemilik rumah sewa masih berjaya mendapatkan penyewa," katanya.

Sementara itu, Sariman Jaafar,32, dari Desa Murni, Sanggang, berkata dia menyewakan rumahnya RM4,000 kepada sekumpulan belia bagi tempoh 10 hari.

Katanya, wang diperoleh itu akan digunakan bagi menampung kehidupan sekeluarga selepas ini.

"Kami mendapat rezeki tidak diduga dan disebabkan tawaran yang menarik, saya dan isteri sanggup berpindah sementara tinggal di rumah abang berdekatan kawasan ini selama tempoh rumah itu disewa," katanya.

Rakannya, Zamri Mohamad Saaid, 31, pula menyewakan rumahnya dengan kadar RM5,500 bagi tempoh sama kepada Majlis Keselamatan Negara.

"Saya akan menggunakan wang sewa diperoleh itu untuk memperbaiki rumah terutama bahagian pagar.

"Sekarang kami menumpang tinggal di rumah keluarga mentua dan bersyukur kerana kempen pilihan raya ini memberi rezeki tambahan kepada penduduk di sini," katanya.

Dari: bharian.com
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
SELANGOR KEKAL KEPUTUSAN TIDAK BENARKAN SYABAS NAIKKAN TARIF AIR
SELANGOR KEKAL KEPUTUSAN TIDAK BENARKAN SYABAS NAIKKAN TARIF AIR
08-04-2010 4,368 Views 3 Replies
Ini benar berlaku : Ada telur lalat dalam ayam goreng mamak Putrajaya
Ini benar berlaku : Ada telur lalat dalam ayam goreng mamak Putrajaya
08-04-2010 6,760 Views 6 Replies
Padah elak dicekup khalwat
Padah elak dicekup khalwat
08-23-2010 10,016 Views 10 Replies
Manusia Halimunan
Manusia Halimunan
12-13-2010 2,369 Views 3 Replies
Malam ini saya tidak tidur
Malam ini saya tidak tidur
04-13-2011 7,056 Views 12 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
TheOniezuka
Unregistered
 
#2
03-01-2011, 12:01 AM
ini hampeh+hampagas name nye..agak2 la pn klu nk naik kn hrga. btul2 mak ksempatan ni.ape daa.. tembaktembak
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
03-01-2011, 12:21 PM
orang kata ambil kesempatan la ni...

kaya-kaya..

kenapa sgt byk pilihanraya kecil??

lain kali ambillah pemimpin yang muda2 sikit dan masih sihat.. ni asyik amek yang tua2 je then bila byk masalah mesti tercungap2 dan akhirnya umur xpanjang.. hehe
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Ditikam kerana lewat bayar sewa rumah Mr.Pingu 0 1,426 01-09-2011, 12:43 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 12:05 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend