Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › LaYaR v
« Previous 1 ... 3 4 5 6 7 Next »

Khurafat arahan Syamsul Yusof mendapat kutipan membanggakan

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Khurafat arahan Syamsul Yusof mendapat kutipan membanggakan
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
01-22-2011, 04:19 PM (This post was last modified: 01-22-2011, 04:20 PM by Mr.Pingu.)


Tertanya-tanya juga bestkah cerita Khurafat ni? memang saya tidak tengok sebab rakan-rakan kata filem ini mengecewakan. Namun berita yang mengatakan filem ini mendapat kutipan tinggi dalam 4 hari tempoh tanyangan menjadi tanda tanya kepada diri saya. Namun disebabkan saya bukan kaki wayang maka saya tidak tertarik untuk menonton kerana sayangkan wang saya. hehe.. Saya akan menonton Filem bila benar-benar rasa mahu menonton..

GOSIP LANJUT:

PERCUBAAN pertama pengarah muda, Syamsul Yusof menghasilkan filem seram, membuahkan hasil apabila Khurafat - Perjanjian Syaitan membuka tirai 2011 dengan kutipan membanggakan, RM2.5 juta untuk tempoh empat hari tayangan.

Filem terbitan Skop Productions Sdn Bhd yang turut ditunjangi Syamsul sebagai watak utama bersama Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Salina Saibi, Fauziah Nawi, Mariani dan Latif Borgiba, mendapat perhatian peminat filem Melayu sejak mula ditayangkan di pawagam pada 13 Januari lalu.

Produsernya, Datuk Yusof Haslam berkata, kejayaan ini cukup membanggakan kerana ia percubaan pertama Syamsul untuk mencuba pelbagai genre selepas dikenali dengan filem aksi. Katanya, sebagai bapa sudah tentu memberi galakan sepenuhnya kepada Syamsul dan turut memberi tunjuk ajar terutama bagi genre seram yang ada kaitan dengan agama.

“Ternyata sentuhan pertamanya mendapat maklum balas cukup baik daripada media dan peminat filem Melayu. Sejak pra-tonton dengan media lagi, mereka mengatakan filem ini ada potensi mencatat kutipan yang baik.

“Tinjauan kami ke beberapa panggung juga menunjukkan sambutan memang meriah. Paling membanggakan, apabila mereka memberi tepukan apabila selesai saja tayangannya.

“Sememangnya sambutan diberikan untuk Khurafat paling meriah berbanding tiga filem arahannya sebelum ini, Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam dan Evolusi KL Drift 2.

“Bagaimanapun, dari segi jumlah kutipan untuk empat hari, ia hampir sama dengan KL Drift 2,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Yusof berharap Khurafat turut mencatat kejayaan besar seperti KL Drift 2 yang mencatat lebih RM5 juta. Katanya, berdasarkan kutipan empat hari tayangan, pihaknya yakin Khurafat mampu mengulangi kejayaan KL Drift 2.

“Kejayaan awal ini memberi kepuasan dan semangat kepada Syamsul yang begitu berdebar-debar menantikan tayangannya sebelum ini.

“Waktu sama, Syamsul kini sibuk di lokasi filem barunya, lanjutan dari filem Bohsia, Jalan Kembali yang memulakan penggambaran di Dataran Merdeka, hari ini (semalam).

“Skripnya lebih kemas dan sarat dengan mesej untuk memimpin mereka kembali ke jalan yang benar.

“Semangat ini Syamsul dapat selepas menghasilkan Khurafat yang banyak paparkan pengajaran agama,” katanya.

Mengenai rahsia kejayaan Khurafat, Yusof tidak menolak kejayaan Syamsul di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) untuk Pengarah Terbaik turut membantu kerana mereka ingin melihat sentuhan terbarunya, apatah lagi menerusi genre seram.

“Walaupun kejayaannya di FFM23 dipertikaikan, ternyata ada kemanisan apabila Syamsul turut meraih kejayaan di Anugerah Skrin 2010, begitu juga pencalonannya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) untuk Pelakon Filem Lelaki Popular,” katanya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Cara mendapatkan berat badan ideal & kurus
Cara mendapatkan berat badan ideal & kurus
07-27-2012 4,453 Views 0 Replies
Ujibakat Akademi fantasia 10
Ujibakat Akademi fantasia 10
06-26-2013 6,880 Views 8 Replies
Otai masih berbisa - GV6 membuktikannya
Otai masih berbisa - GV6 membuktikannya
11-12-2019 615 Views 1 Replies
Berita gempar!! Facebook akan ditutup selepas 15 Mac 2011??
Berita gempar!! Facebook akan ditutup selepas 15 Mac 2011??
01-09-2011 10,070 Views 1 Replies
Bila waktu Korang jadi pemalas hazabedah?
Bila waktu Korang jadi pemalas hazabedah?
05-04-2011 39,488 Views 42 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#2
03-02-2011, 12:17 PM
ntah ler ramai kawan2 aku kata citer nih macam seram gile... aku teringin nak tgk.. tapi aku macam boleh agak jer tak best sangat... sebab aku nih pecinta citer seram... so kalau tgk jer dah leh agak kot mana antu nak kuar.. yang membezakan nya maybe make up artis terlalu hebat buat makeup effect yang dasat dan seram... tuh jer arr,... huhuhuhuhu...

diaorang cakap part angkat mayat tuh paling seram.. aku tgk the making cam biasa jer... ada scene citer antu Indon yang lagi seram arr aku rasa... huhuhuhu... just my 2 cents...
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
03-02-2011, 01:23 PM
haha akhirnya aku tgok gak.. masa makan kat warung tu orang tu bukak citer ni.. dr awal sampai abes aku duk lepak kat warung tu nak tgok.. mmg xbest xberbaloi korang tgok.. hampes je..
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#4
03-03-2011, 11:29 AM
(03-02-2011, 01:23 PM)Mr.Pingu Wrote: haha akhirnya aku tgok gak.. masa makan kat warung tu orang tu bukak citer ni.. dr awal sampai abes aku duk lepak kat warung tu nak tgok.. mmg xbest xberbaloi korang tgok.. hampes je..

hahahhahaha.. yer ker.. pastu apa yang seram sangat agak nya... evil dead lagi seram... hahahahhaa
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#5
03-03-2011, 01:10 PM
mmg xseram la. thenn yg xleh blah kalau malam rumah dia malap je.. tau lah duk umah kampung.. HELO aku pun duduk kampung umah terang benderang yer~

Orang2 kampung semua mampu pasang lampu. xjumpe dh org guna pelita mintyak tanah!!
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#6
03-03-2011, 03:57 PM
(03-03-2011, 01:10 PM)Mr.Pingu Wrote: mmg xseram la. thenn yg xleh blah kalau malam rumah dia malap je.. tau lah duk umah kampung.. HELO aku pun duduk kampung umah terang benderang yer~

Orang2 kampung semua mampu pasang lampu. xjumpe dh org guna pelita mintyak tanah!!

kan ke ada orang komen aritu dalam melodi ke mana ntah... pasal lampu tuh.. pastu samsul ngek tuh jawab saja ler tunjuk gelap nak bagi mood seramm apa mende arr... baeekkk aku tgk antu kumkum kat astro tuh lagi seram.. wakakakakakkaa... malam nih penanggal kat astro wei... terbaek arr.....
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#7
03-03-2011, 03:59 PM
hahaha kau takut ko nanti xley tdo je.. haha

aku kaalu tgok citer antu biasanya bukan rasa takut, tapi rasa nak ketawa je.. haah pelik kan perangai aku.. hauhuahuaaa
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  KL Gangstar Filem aksi Terbaik arahan Shamsul Yusof Mr.Pingu 3 6,682 08-06-2011, 06:31 PM
Last Post: Sesempoi nama
  Filem Malaysia paling berjaya mendapat kutipan tinggi Mr.Pingu 0 4,276 01-09-2011, 10:30 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-24-2026, 08:42 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend