Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 20 21 22 23 24

Rumahtangga Kak Engku Sudah Lama Bermasalah

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Rumahtangga Kak Engku Sudah Lama Bermasalah
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-06-2010, 06:47 PM
5 OGOS 2010: Murai Batu dah agak mesti ramai yang terkejut bila dapat tahu yang Kak Engku bakal bercerai dengan suaminya. Al-maklumlah, selama ini, tak pernah pun orang dengar rumahtangga Kak Engku dilanda badai serta bermasalah. Jadi, bila timbulnya berita ini, mestilah ramai yang susah nak percaya.

Tapi, hakikatnya, apa yang Murai Batu diberitahu, dah lama sebenarnya rumahtangga Kak Engku ni bermasalah. Sebab-sebabnya pulak, tak perlulah Murai Batu nyatakan kat sini. Sebab ianya memang agak sensitif dan sudah masuk hal-hal peribadi.

Tapi, apa yang boleh Murai Batu nyatakan di sini, sesebuah kapal itu tidak akan mampu belayar tanpa nakhodanya. Tugas-tugas sebagai nakhoda pulak memerlukan tanggungjawab yang besar. Bukan hanya setakat mengemudi kapal tetapi juga dia kena ambil berat tentang soal anak-anak kapalnya.

Murai Batu tak mahu cakap perumpamaan ini ada kena-mengena dengan masalah rumahatangga yang dihadapi Kak Engku. Tapi, sebelum ini pun sudah ada macam-macam cerita tidak enak yang kedengaran tentang suami Kak Engku.

Mungkin Kak Engku sendiri pun sudah sedia maklum dengan cerita-cerita tersebut. Begitu juga di kalangan orang-orang terdekat yang sudah sekian lama mengenali Kak Engku. Mereka mungkin lebih memahami apa sebenarnya yang dihadapi oleh pasangan suami isteri tersebut.

Malah, bukannya Kak Engku dan suaminya tak berusaha untuk sama-sama menyelamatkan rumahtangga mereka. Mereka dah cuba, tapi mungkin mereka dah tak berupaya nak menyelamatkan rumahtangga mereka lagi.

Macam mana pun, Murai Batu harap, kita sebagai orang luar akan tetap mendoakan supaya mereka akan mengubah fikiran serta bersatu kembali sebagai sebuah keluarga yang harmoni. Kuasa Allah, kita tidak akan pernah tahu. Mungkin dengan keajaiban dariNYa, segala-galanya akan kembali seperti sedia kala semula.

Tapi, seandainya tidak, barangkali, ianya memang sudah tidak ditakdirkan untuk Kak Engku dan suaminya tinggal sebumbung lagi. Seandainya itu yang berlaku nanti, Murai Batu harap, Kak Engku dan suaminya akan tetap berdamai demi anak-anak mereka.

MURAIBATU: Kelas betul majlis pelancaran Apokalips yang telah berlangsung di Flat Plaza Pekeliling, Kuala Lumpur, malam tadi.
from: murai.com
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Siti Nafi Produk SimplySiti Diproses Di Melaka
Siti Nafi Produk SimplySiti Diproses Di Melaka
08-06-2010 1,863 Views 0 Replies
Manisnya Siti Nurhaliza Bertudung Penuh
Manisnya Siti Nurhaliza Bertudung Penuh
08-27-2010 3,298 Views 0 Replies
Presiden GAFIM berpeluh perjelas isu penganjuran FFM23
Presiden GAFIM berpeluh perjelas isu penganjuran FFM23
11-11-2010 1,709 Views 0 Replies
kenapa...??!
kenapa...??!
05-06-2011 6,784 Views 13 Replies
Isteri Tanggung Suami ?
Isteri Tanggung Suami ?
08-08-2010 2,437 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Jimy (pengacara AF8) dan Isteri bermasalah? Mr.Pingu 0 1,960 11-28-2010, 11:09 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kak Engku Sedang Usaha Selamatkan Rumahtangga Mr.Pingu 0 1,756 08-06-2010, 06:48 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-28-2026, 01:43 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend