Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 36 37 38 39 40

Semak samun mawar berduri jd port bersetubuh remaja

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Semak samun mawar berduri jd port bersetubuh remaja
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-08-2010, 12:03 AM
KUALA TERENGGANU – Gara-gara kerana nafsu, pasangan remaja kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk berhadapan risiko bahaya dengan menjadikan kawasan semak dipenuhi pohon berduri dan dihuni haiwan berbisa sebagai lokasi untuk melakukan kegiatan tidak bermoral.

Malah, lokasi baru yang menjadi trend pilihan pasangan kekasih untuk melakukan kegiatan maksiat ini didedahkan sendiri oleh penduduk Kampung Bukit Bayas, di sini, yang tidak sanggup bersekongkol dengan perbuatan terkutuk pasangan terbabit.

Apa yang mengecewakan penduduk di kawasan tersebut, apabila terdapat segelintir pasangan remaja sanggup melakukan maksiat di kawasan semak yang menjadi laluan utama haiwan seperti babi.

Seorang penduduk, Mohd Nasri Muda, 36, mendakwa, memandangkan laluan itu agak jauh dari penempatan penduduk dan jarang digunakan, mungkin menjadi faktor utama pasangan remaja terbabit berani melakukan maksiat.

“Lokasi itu merupakan laluan babi melintas setiap petang menyebabkan penduduk tidak gemar melaluinya dan disebabkan itulah, penduduk menamakannya sebagai lorong babi.

“Selain itu, laluan di kawasan semak itu juga tiada kemudahan lampu jalan, mungkin keadaan gelap itu telah menarik perhatian pasangan kekasih untuk memadu asrama di sini pada waktu malam,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Mohd Nasri, laluan yang boleh menghubungkan ke Wakaf Mempelam itu hanya digunakan penduduk pada waktu tertentu sahaja dan disebabkan persekitarannya agak sunyi ia menjadi tumpuan pasangan remaja melakukan perkara terkutuk.

Mohd Nasri yang juga Ketua Platun Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Pasir Panjang berkata, pelbagai taktik digunakan oleh pasangan kekasih yang datang ke situ semata-mata untuk mengaburi mata masyarakat.

“Bagi pasangan yang berkereta, mereka akan memberhentikan kenderaan di tengah laluan tanpa mematikan enjin mungkin sebagai persediaan untuk melarikan diri sekiranya dikesan manakala bagi yang menaiki motosikal pula, mereka akan menyorok di dalam semak sebelum melakukan maksiat.

“Taktik kotor ini sudah lama dihidu, dulu kawasan ini tidak pernah dikawal tetapi kini, setelah Rela ditubuhkan pada awal tahun ini, kawalan dilakukan setiap malam melibatkan anggota Rela,” katanya.

Mohd Nasri berkata, sepanjang tempoh kawalan dilakukan, lebih daripada 10 pasangan ditangkap dan terbaru, iaitu pada Julai lalu melibatkan pasangan yang berasal dari Selangor dan Dungun.

“Mereka ditangkap sekitar jam 9 malam ketika anggota kami melakukan rondaan dan ketika itu, mereka berada dalam keadaan separuh bogel. Setelah disoal siasat, pasangan terbabit mengakui mengetahui ‘port’ ini daripada rakan yang tinggal berhampiran,” katanya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
anak jadi keldai dadah, polis pulak yang dipersalahkan
anak jadi keldai dadah, polis pulak yang dipersalahkan
08-20-2010 1,746 Views 0 Replies
Melaka & Negeri Sembilan: Selekoh tagih nyawa
Melaka & Negeri Sembilan: Selekoh tagih nyawa
08-22-2010 1,182 Views 0 Replies
Bekas pengetua asrama anak yatim dituduh cabul remaja perempuan
Bekas pengetua asrama anak yatim dituduh cabul remaja perempuan
08-19-2010 1,872 Views 0 Replies
Ayat-ayat poyo
Ayat-ayat poyo
11-03-2010 11,901 Views 10 Replies
salam perkenalan..
salam perkenalan..
04-17-2012 2,639 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 10:15 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend