Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 14 15 16 17 18 ... 24 Next »

Liku-liku hidup Remy Ishak sebelum bergelar Bintang!

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Liku-liku hidup Remy Ishak sebelum bergelar Bintang!
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
04-09-2011, 07:29 PM

Tak sangka Remy ni memiliki liku hidup yang susah sebelum ini.. tetapi itu dahulu. sekarang, beliau merupakan satu bintang perfileman yang digilai dan dikagumi.. Mari kita ikuti kisah beliau yang diceduk dari wiki:

PETIKAN DARI: http://ms.wikipedia.org/wiki/Remy_Ishak

Dipetik Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohammad Zalimei Bin Ishak atau lebih dikenali sebagai Remy Ishak merupakan seorang pelakon di Malaysia. Remy dilahirkan pada 11 April 1982 di Negeri Sembilan mula diperkenalkan ke industri perfileman Malaysia oleh sutradara indie Osman Ali pada tahun 2006. Beliau meraih kemasyhuran menerusi drama fenomena Nur Kasih arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2009. Kini beliau dijolok dengan panggilan Hero Baru Malaya

Latar belakang hidup

Sebelum bertemu Osman Ali, Remy hanyalah seorang pemuda kampung yang tidak pernah mengimpi akan kerjaya sebagai pelakon terkenal. Sebelum menjadi pelakon, Remy pernah bekerja di pasar pagi dengan menjual ikan dan ayam untuk membayar duit yuran persekolahan, menoreh getah, jadi kelindan lori, buruh kasar termasuklah membuat kerja landskap di tepi jalan dengan menanam pokok dan membina jambatan.

Sebagai anak sulung daripada sebuah keluarga yang berpecah, Remy nekad untuk berusaha membantu keluarga terutama adik-adiknya yang masih bersekolah. Ketika berusia 18 tahun Remy menjudikan nasib untuk datang ke Kuala Lumpur mencuba nasib mencari kerja. Beliau pernah tidur di masjid untuk berteduh dari panas dan hujan. Dengan bantuan seorang kawan, dia dapat kerja di Hotel Mandarin Oriental." Apabila berhijrah ke Kuala Lumpur sembilan tahun lalu, saya bekerja sebagai pengemas bilik hotel, tetapi diberhentikan kerana kemelesetan ekonomi. Saya kemudian bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam selama dua tahun. Sepanjang tempoh itu hati saya tidak tenteram, saya nekad berhenti dan bekerja sebagai pelayan di sebuah kafe di KLCC. Selepas itu saya dapat peluang bekerja sebagai pelayan di hotel lima bintang. Selepas beberapa tahun, pendapatan saya bertambah apabila diberi kepercayaan menjaga tetamu VIP," katanya dalam temubual pertamanya bersama media yang disiarkan pada 16 September 2007.[sunting]

Bergelar aktor

Segalanya bermula pada tahun 2005, apabila pengarah muda Osman Ali merancang untuk menerbitkan filem cereka pertamanya berjudul Akuarium Cinta dan Remy memberanikan diri untuk hadir ke sesi apabila dia menghadiri uji bakat yang dikendalikan Osman. Ketika menghadiri uji bakat, dia berasakan dirinya kerdil. Sudahlah beratur panjang dan dia orang terakhir, kebanyakan yang mencuba nasib hari itu adalah lulusan Akademi Seni Kebangsaan (ASK). Remy berdoa moga rezeki berpihak kepadanya dan syukur, seminggu kemudian, wakil Osman memaklumkan beliau terpilih berlakon dalam Aquarium Cinta.Osman memilih Remy yang tidak ada latar belakang seni untuk membintangi filem itu. Namun filem tersebut masih terbantut pembikinannya hingga kini dan hanya akan siap pada tahun 2010. Filem ini turut dibintangi aktres ternama Umie Aida dan aktres muda Raja Farah.

Kegagalan filem Akuarium Cinta untuk disudahkan menyebabkan Remy kecewa sekaligus menguburkan harapan beliau untuk mencuba sesuatu yang baru iaitu lakonan. Osman Ali nyata tidak berputus asa untuk memperkenalkan bakat Remy. Pada tahun 2006, Osman diberi peluang oleh studio Tayangan Unggul untuk mengarahkan filem komersil keduanya, Anak Halal sekaligus menawarkan Remy salah satu watak kecil dalam filem itu. Anak Halal dicipta daripada naskah filem pendek judul serupa yang pernah diarahkan Osman pada tahun 2001.Menerusi Anak Halal, Remy melakonkan watak Shah, bekas mat rempit yang nekad meninggalkan lumba haram selepas terbabit dalam nahas jalan raya. Meskipun tidak lagi terbabit dalam aktiviti itu, Shah tetap ada pengaruh kuat di kalangan mat rempit dan dalam masa sama berkawan rapat dengan beberapa anak muda yang menetap di kawasan flat dan setinggan di Kuala Lumpur.

Selepas membintangi filem Anak Halal, Remy tidak boleh bergantung kepada kerja sebagai aktor, tambahan nama beliau langsung tidak dikenali dikalangan penerbit filem. Maka dengan itu, Remy kembali bekerja di hotel. Pun begitu, Remy sempat membintangi filem bebas berformat video digital berjudul Bernafas Dalam Lumpur arahan seorang lagi pengarah independent James Lee pada Ogos 2007. Menerusi filem ini, Remy hanya diberi peranan tambahan dimana beliau berpeluang berlakon bersama bintang hebat seperti Namron, Mislina Mustapha & filem ini juga merupakan penampilan pertama Tiz Zaqyah.

Tahun 2007 juga Remy membuat kemunculan pertamanya di kaca TV menerusi slot Festival di saluran nTV7 apabila filem bebas Bernafas Dalam Lumpur disiarkan di kaca TV dan kemudian; Remy membintangi drama bersiri 30 episod Tak Pernah Ku Sesali yang disiarkan di TV1. Tahun itu juga Remy kembali ke lokasi bersama Osman Ali apabila sutradara tersebut memilih Remy untuk terlibat dalam projek mininovela Di Penghujung Senja dimana Remy memegang watak sebagai juruteknik. Remy digandingkan bersama aktres Noorkhiriah Ahmad Shapie dan aktor cilik Shafimie Saedon. Mininovela merupakan kesinambungan pertandingan cerpen Fair & Lovely MiniNovella Penuhi Hasrat Hatiku anjuran bersama Harian Metro. Pertandingan yang berakhir pada 31 Julai 2007 ini memilih 12 karya terbaik yang dirasakan serasi dalam merealisasikan impian penulis. Daripada 12 karya itu, tiga cerpen terbaik diadaptasikan kepada drama dalam bentuk mininovela pendek berdurasi 30 minit.

Filem Anak Halal menemui penonton pada 7 Disember 2007 dan menjadi sebuah filem box office sekaligus memperkenalkan nama Remy Ishak kepada rakyat Malaysia dan karyawan filem. Sejak itu Remy terus aktif di arena perfileman dan televisyen dengan membintangi drama-drama popular serta filem-filem terkini. Remy juga dianggap sebagai salah seorang aktor muda yang bakal diangkat sebagai Hero Malaya kerana fizikal dan bakatnya persis Pemuda Melayu Terakhir.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Iqram Dinzly: Saya Nak Kahwin, Nak Anak!
Iqram Dinzly: Saya Nak Kahwin, Nak Anak!
08-19-2010 2,113 Views 0 Replies
Can't get enough of Siti
Can't get enough of Siti
08-17-2010 1,233 Views 0 Replies
Serah tubuh demi album
Serah tubuh demi album
09-07-2010 1,327 Views 0 Replies
Tempat lepak
Tempat lepak
08-04-2010 9,553 Views 14 Replies
coway
coway
05-19-2019 1,263 Views 2 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Cerita liku-liku insan bernama David Teo Mr.Pingu 0 2,778 07-22-2012, 11:46 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-30-2026, 07:18 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend