07-23-2019, 10:29 PM
(07-22-2019, 07:26 PM)bkv83130 Wrote:cara pengambilan makanan macam mana tu? boleh terang dengan specific tak(04-14-2019, 02:07 PM)Mr.Pingu Wrote:Kalau nak senang untuk mulakan amalan hidup sihat ni, mulalah dari cara pengambilan makanan. Jangan diri sendiri je, ajak satu family untuk buat sekali, jadi kita x delah rasa x selesa atau apa.Saja buka isu ini. Mengikut pemerhatian saya, rakyat Malaysia kerap mengabaikan sesuatu melibatkan kesihatan mereka. Kalau pergi mana -mana lihat sahaja apa yang mereka order dan makan. Banyak yang jenis bergula berlemak yang mana tidak elok untuk tubuh.
Di sekitar kita, ramai antara rakyat Malaysia yang dilihat Obesiti. Sana - sini pergi pasti akan terlihat manusia obes. Bukan nak menghina tapi Obesiti adalah petanda mengamalkan kehidupan tidak sihat. Selain pengambilan makanan yang tidak seimbang, malas bersenam juga menjadi punca utama.
Sangat berbeza di beberapa negara maju yang saya lewati. Rakyat yang bertahap obesiti sangat susah nak ditemui. Mengikut pemerhatian saya, pemakanan yang mereka ambil menjadi kunci utama. Masakan dimasak dengan cara sihat dan kuantiti masakan juga dijaga. Amat sedikit minyak digunakan dalam memasak dan banyak menu masakan berdasarkan cara merebus. Mereka juga lebih banyak berjalan daripada menggunakan kenderaan.
Jadi, kita perlu segera memantau tahap kesihatan kita kerana kita tidak akan menyedari akan nikmatnya kesihatan itu selagi kita tidak jatuh sakit.
Beringatlah OK![]()
