Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › eKoNoMi v
« Previous 1 2

Faedah Baik buruk menggunakan kad kredit - Selamatkah?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Pages (5): 1 2 3 4 5 Next »
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Faedah Baik buruk menggunakan kad kredit - Selamatkah?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
07-28-2019, 01:45 PM (This post was last modified: 08-02-2019, 04:26 PM by Mr.Pingu.)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Admin nak kongsi sikit pengalaman admin dengan kad kredit. Bagus ke guna kad kredit ni? Ada ke risikonya? 

Menjawab soalan bahawa bagus ke tidak guna kad kredit ni ada pro and contra. Bagi Admin ia bergantung kepada disiplin pengguna. Admin nampak kebaikkan kad kredit ini adalah untuk memudahkan anda membuat bayaran tanpa membawa wang tunai. Banyak gudang jualan dan kedai-kedai kecil sudah ada mesin untuk membayar menggunakan kad kredit. Jika anda tidak ada cash dalam tangan masih boleh membuat belian jika anda ada kad kredit yang aktif. Namun, perlu diingat bahawa kad kredit berfungsi untuk mendahulukan bayaran bukan untuk buat hutang!

Jika anda bayar terus secara penuh segala pembelian menggunakan kad kredit sebelum melepasi tempoh matang maka anda tidak akan dikenakan sebarang interest. Malahan, sesetengah kad kredit menawarkan Cash Rebate untuk setiap belian menggunakan kad kredit. Saya sendiri memegang 3 keping kad kredit yang menawarkan cash rebate sama ada membeli barangan keperluan harian ataupun petrol.

Jika anda lewat membuat bayaran penggunaan kad kredit, anda akan dikenakan sedikit interest. Kebiasaannya, interest ini dikira berdasarkan (nilai interest setahun)/12 darab baki bayaran belum jelas. Semakin lambat anda tidak membayar semakin banyak interest yang dikenakan keatas anda.

Ok ni part paling penting. Adakah kad kredit anda selamat? Apa yang perlu dibuat jika kad kredit anda digunakan oleh pihak ketiga?

Saya nak cerita pengalaman saya yang mana kad saya telah diFRAME atau digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk urusan atas talian. Saya cukup pelik kerana saya sangat menjaga kad kredit saya dan tidak sewenang-wenangnya memberikan kepada sesiapa. Jadi, bagaimana kad saya boleh digunakan dengan mudah oleh individu lain? Selain itu, penggunaan kad kredit secara atas talian memiliki keselamatan gandaan apabila sebarang transaksi perlu melalui TAC Code yang dihantar di telefon bimbit berdaftar pemilik kad. 

Seingat saya, saya hanya menggunakan Kad kredit saya atas urusan pembelian Petrol di stesyen minyak, booking hotel atas talian dan juga membeli tiket-tiket konsert. 

Jadi, apabila kad saya digunakan sebanyak RM2500 oleh individu tidak bertanggungjawab, saya menjadi panik seketika. Scammer tersebut menggunakan kad saya pada pukul 12 tengah malam mujur saya belum tidur. Saya dapat sms bahawa kad saya telah digunakan sebanyak 2500. Saya terus call kad kredit centre seperti ditulis di atas kad kredit tersebut. Saya memaklumkan penggunaan tersebut dibuat bukan saya dan meminta pihak bank menyekad kad kredit tersebut. Selepas itu pada keesokan harinya, saya terus ke cawangan bank berhampiran untuk membuat report dan mengisi borang khas yang disediakan. Dalam tempoh kurang seminggu, masalah saya telah diselesaikan dan wang tersebut telah dikembalikan kepada saya.

Jadi, jika berlaku kes sebegini jangan panik. Buatlah seperti yang saya sarankan sebentar tadi. Selepas ini, kita perlu menggunakan kad kredit kita secara berhati-hati terutamanya membuat tempahan atas talian. Kita tidak tahu website digunakan adakah selamat atau tidak. Seeeloknya, gunakan FTX transfer.

Sekian terima kasih.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
RAMALAN HARGA EMAS 2016 MASA TERBAIK MULA MELABUR EMAS
RAMALAN HARGA EMAS 2016 MASA TERBAIK MULA MELABUR EMAS
02-20-2016 1,396 Views 1 Replies
Percaya atau Curiga, mana satu elemen terbaik dalam percintaan?
Percaya atau Curiga, mana satu elemen terbaik dalam percintaan?
05-06-2011 19,540 Views 29 Replies
Faedah Merendahkan Mahar (Maskahwin)
Faedah Merendahkan Mahar (Maskahwin)
05-02-2016 1,144 Views 0 Replies
Whatchuwant ?? What is this ??
Whatchuwant ?? What is this ??
07-25-2012 9,950 Views 14 Replies
salam semua^^
salam semua^^
08-15-2012 2,986 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nurulazzin Offline
Member
**
Posts: 78
Threads: 10
Joined: Aug 2013
Reputation: 0
#2
08-02-2019, 11:05 AM
Saya pernah dengar cerita macam ni min, nasib baik la saya ni tak kaya sangat nak pakai kredit kad. Abis tu mcm mana? Kena tangkap tak scammer tu? Sedap je dia pakai 2500 orang gaji sebulan pun tak sampai banyak tu.
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
08-02-2019, 04:30 PM
(08-02-2019, 11:05 AM)nurulazzin Wrote: Saya pernah dengar cerita macam ni min, nasib baik la saya ni tak kaya sangat nak pakai kredit kad.  Abis tu mcm mana? Kena tangkap tak scammer tu? Sedap je dia pakai 2500 orang gaji sebulan pun tak sampai banyak tu.

Sy xpasti lah mcm mana hasil siasatan pihak bank. Cuma wang saya dh dikembalikan tu maksudnya kes selesai lah. Lepas ni akan lebih berhati hati menggunakan kad kredit. Seeloknya cuba elakkan menggunakan kad kredit untuk urusan atas talian.

Saya sebenarnya tidak pernah apply kad kredit tetapi pihak bank sendiri yang offer dan ada yg terus hantaR ke rumah tanpa saya setuju pun. Tapi saya gunakan sahaja sebab ia satu kemudahan.

Akan tetapi lebih baik jika tidak menggunakan kad kredit jika rasa tak mampu disiplin nak bayar atau takut disalah guna
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
mikehello Offline
Newbie
Posts: 18
Threads: 3
Joined: Jul 2019
Reputation: 0
#4
08-02-2019, 06:33 PM
Adalah lebih baik kita tidak menggunakan kad kredit. sebab bila ada peluang kredit.. kita akan mudah terpengaruh untuk menggunakannya.
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#5
08-02-2019, 09:24 PM
(08-02-2019, 06:33 PM)mikehello Wrote: Adalah lebih baik kita tidak menggunakan kad kredit. sebab bila ada peluang kredit.. kita akan mudah terpengaruh untuk menggunakannya.

Haha betul aku kadang xde duit tp sb ada promosi aku beli gak walaupun hutang hahah... At last jenuh nak bayar Confused
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
bkv83130 Offline
Member
**
Posts: 78
Threads: 1
Joined: May 2013
Reputation: 0
#6
08-05-2019, 05:21 PM
(08-02-2019, 11:05 AM)nurulazzin Wrote: Saya pernah dengar cerita macam ni min, nasib baik la saya ni tak kaya sangat nak pakai kredit kad.  Abis tu mcm mana? Kena tangkap tak scammer tu? Sedap je dia pakai 2500 orang gaji sebulan pun tak sampai banyak tu.
Nasib lah i pun x kaya mana nak apply credit card ni. Ingat kita x penat ke cari duit? Senang2 je scammer tu buat transaction gitu.
Find
Reply
bkv83130 Offline
Member
**
Posts: 78
Threads: 1
Joined: May 2013
Reputation: 0
#7
08-05-2019, 05:24 PM
(08-02-2019, 04:30 PM)Mr.Pingu Wrote: Sy xpasti lah mcm mana hasil siasatan pihak bank. Cuma wang saya dh dikembalikan tu maksudnya kes selesai lah. Lepas ni akan lebih berhati hati menggunakan kad kredit. Seeloknya cuba elakkan menggunakan kad kredit untuk urusan atas talian.

Saya sebenarnya tidak pernah apply kad kredit tetapi pihak bank sendiri yang offer dan ada yg terus hantaR ke rumah tanpa saya setuju pun. Tapi saya gunakan sahaja sebab ia satu kemudahan.

Akan tetapi lebih baik jika tidak menggunakan kad kredit jika rasa tak mampu disiplin nak bayar atau takut disalah guna
Fasiliti kad kredit ni sebenarnya sangat bagus, sebab ianya salah satu kemudahan. Kalau kita rasa mampu untuk bayar balik nilai yg kita guna, x salah pun kalau ada kad kredit, sangat memudahkan adalah tapi yang penting disiplin utk bayar semula.tu.mesti ada, jangan sampai berhutang pulak.
Find
Reply
bkv83130 Offline
Member
**
Posts: 78
Threads: 1
Joined: May 2013
Reputation: 0
#8
08-05-2019, 05:28 PM
(08-02-2019, 06:33 PM)mikehello Wrote: Adalah lebih baik kita tidak menggunakan kad kredit. sebab bila ada peluang kredit.. kita akan mudah terpengaruh untuk menggunakannya.
Terpulang pada individu jugak sebenarnya sebab kad kredit satu kemudahan. Kalau sejenis org yg dpt duit x sedar diri, takut jugaklah sebab nanti bila x lepas nak bayar balik, mulalah berhutang sana sini sedangkan kalau kita guna sebatas kemampuan kita je, hutang tu xkan mudah terjadi.
Find
Reply
bkv83130 Offline
Member
**
Posts: 78
Threads: 1
Joined: May 2013
Reputation: 0
#9
08-05-2019, 05:29 PM
(08-02-2019, 09:24 PM)Mr.Pingu Wrote: Haha betul aku kadang xde duit tp sb ada promosi aku beli gak walaupun hutang hahah... At last jenuh nak bayar Confused

Sebab tu kita kena bezakan keperluan dengan kehendak. Kalau rasa x penting n benda tu masih ada even promosi pun, better x payah beli.
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#10
08-05-2019, 06:09 PM
(08-05-2019, 05:29 PM)bkv83130 Wrote: Sebab tu kita kena bezakan keperluan dengan kehendak. Kalau rasa x penting n benda tu masih ada even promosi pun, better x payah beli.

betul2 kadang2 kehendak je bukan keperluan sob sob Cool
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
allstar87 Offline
Junior Member
*
Posts: 41
Threads: 1
Joined: Jul 2019
Reputation: 0
#11
08-05-2019, 11:40 PM
(08-02-2019, 11:05 AM)nurulazzin Wrote: Saya pernah dengar cerita macam ni min, nasib baik la saya ni tak kaya sangat nak pakai kredit kad.  Abis tu mcm mana? Kena tangkap tak scammer tu? Sedap je dia pakai 2500 orang gaji sebulan pun tak sampai banyak tu.

orang yg tak berapa nk ada duit ni sedar diri tak mampu nk guna card credit .
Find
Reply
allstar87 Offline
Junior Member
*
Posts: 41
Threads: 1
Joined: Jul 2019
Reputation: 0
#12
08-05-2019, 11:41 PM
card credit ni tak perlu kot rasanya. nanti kehendak ja nk beli bukan keperluan
Find
Reply
Pages (5): 1 2 3 4 5 Next »


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-30-2026, 01:11 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend