05-08-2011, 09:28 PM
Kali ni nad nak kongsi sikit info tentang tekanan darah tinggi ni ya.
ok.
Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.Tekanan darah tinggi sering diabaikan kerana ia langsung tidak menunjukkan sebarang gejala menakutkan yang dapat dilihat dengan mata kasar. Penyakit tekanan darah tinggi juga mengambil masa yang lama malah ia mengambil masa bertahun-tahun untuk meninggalkan kesan kepada penghidapnya.
Maka, tidak hairan jika kebanyakan kita kurang berminat untuk mempedulikan bacaan tekanan darah setiap kali menjalani pemeriksaan doktor. Malah, rata-rata juga beranggapan bahawa tekanan darah tinggi atau dalam istilah perubatannya, hipertensi ini bukanlah satu ancaman kepada kesihatan.
Tanggapan dan penilaian sebegini menyebabkan kita melakukan satu kesilapan yang cukup besar. Tekanan darah tinggi atau hipertensi, yang diklasifikasikan sebagai `penyakit senyap' inilah sebenarnya penyumbang utama kepada banyak penyakit yang serius. Ini termasuklah penyakit jantung, angin ahmar (strok) dan kegagalan buah pinggang berfungsi.
Menurut Dr. Zaki, oleh kerana hipertensi adalah pembunuh senyap, pesakit dinasihatkan supaya mematuhi jadual ubat-ubatan yang ditetapkan. Kegagalan pesakit mamatuhi jadual rawatan ubat-ubatan yang ditetapkan menyebabkan masalah ini sukar dikawal. Malah, risiko menghidap penyakit kronik seperti serangan jantung, angin ahmar dan kegagalan buah pinggang berfungsi juga tinggi.
Jenis Hipertensi
Hipertensi essential (HE)
Ia diwarisi secara keturunan dan faktor persekitaran. Seseorang lebih cenderung mendapat hipertensi ini sekiranya mereka mengambil makanan yang mengandungi garam yang tinggi. ekanan juga dikenalpasti sebagai faktor penyumbang hepertensi jenis ini.
Hipertensi sekunder
Ia disebabkan oleh penyakit2 hormon, jantung, ubat-ubatan, kegagalan buah pinggang dan sebagainya.
Hipertensi tidak menunjukkan sebarang gejala kepada penghidapnya. Bagaimanapun, jika hipertensi terbabit agak serius, individu terbabit biasanya mengalami sakit kepala.
Tekanan darah meningkat sekiranya ada tindak balas pada aktiviti lasak seperti senaman dan terkejut. Keadaan seperti ini juga menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen bertambah dan tekanan darah meningkat. Peningkatan dan penurunan tekanan darah juga bergantung pada perubahan aktiviti. Ia juga cenderung untuk meningkat seiring dengan peningkatan usia. Sekiranya bacaan tekanan darah meningkat setelah beberapa kali ujian dilakukan, ia dikenali sebagai hipertensi. Bagaimanapun jika bacaan ini menurun pada tahap tertentu, ia dikenali sebagai hipotensi. Klasifikasi ini berdasarkan bacaan purata yang diambil dua kali atau lebih setiap kali berjumpa doktor, selepas lawatan imbasan peringkat permulaan..
So, korang jangan ambil mudah ye. kalu ade darah tinggi ubat jangan tak makan. Ikut nasihat doktor. Ok?
........
Hmm.. untuk pengetahuan korang, kawan nad ade tekanan darah tinggi.. and keadaan dia sangat kritikal sekarang..
Pertengahan tahun lepas, dia kena tahan kat wad Hospital Sultanah Bahiyah sebab dah teruk sangat. Nak transfer HSA tak boleh sebab tekanan darah dia tak menentu. So mak dia terpaksa datang dari jb sorang2 untuk jaga dia.
Kebanyakan organ dalaman dia dah rosak time tu.. Sedih sangat tengok keadaan dia.. mak dia.. masa kat hospital..
Puncanya: dia tak pernah ambil ubat and tak jumpa doktor sebab dia takut.. huhu..
So tahun lepas dia cuti untuk 1 sem..
Sem ni dia dah sembuh sikit dia sambung balik. Nad pun seronok sangat tengok dia da ok.. Tapi ade maslah sikit ngan mata and tangan dia kesan dari strok. Tapi kawan2 banyak bantu dalam study dia.
Baru2 ni dia balik jb ngan roommate dia.. Cuti study week..
Tapi bila balik sini roommate dia sorang je.roommate dia cite kat nad die kena tahan balik.. kat HSA.. sebab buah pinggang dia tak berfungsi.. sedihnya..
Puncanya: die x pi jumpa doktor wt checking awl tahun ni..
npe la degil sangat die... hu..
Hope sangat dia cepat sembuh...

~nad~