Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › ReSePi v
« Previous 1 2 3 4 5

Tart Nenas

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Tart Nenas
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-12-2010, 05:59 AM


kalau nak tau tart nenas ni merupakan kuih feberet pingu. kalau raya memang mencari kuih ni la.. AWAS! kepada rumah yang menyediakan kuih nie.. bersedialah utk dibedal.. haha...Big Grin

so, sedikit info tentang kuih kesukaan hamba nih:

Kuih Tat Nanas merujuk kepada kuih Tat yang diperbuat daripada tepung dan jem. Pada kebiasaannya tepong adunan yang digunakan adalah tawar, kerana intinya manis. Bagi kuih tat nenas, ia mempunyai inti yang diperbuat daripada jem nanas. Sesetengah orang meletakkan tat nenas dalam kumpulan biskut (biskut raya) disebabkan penggunaan doh / tepung pada kulitnya. Contohnya, laman resipi Kuali (pautan di bawah) meletakkan resipinya dalam kumpulan biskut.

Kuih tat nenes merupakan sejenis kuih yang popular di Brunei, Malaysia dan Singapura. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan tepung dan jem. Pada kebiasaannya tepong adunan yang digunakan adalah tawar, kerana intinya manis. Bagi tat nanas, ia mempunyai inti yang diperbuat daripada jem nanas. Biasanya kuih tat nenas dibuat hanya pada musim perayaan seperti hari raya dan kurang laku pada waktu biasa.

Kuih tat nenas disediakan dengan menggunakan adunan tepung dan margerin yang diadun bagi membentuk doh. Selepas doh adunan tersebut menjadi agak lembut doh akan diuli dan dicanai dengan penggolek bergigi bagi membentuk bergigi. Selepas dicanai, jem nenas akan diletakkan ditengah dan adunan doh tersebut akan digulung agar jem terletak ditengah-tengah adunan. Selepas itu ia dipotong menurut ukuran yang dikehendaki. Sebagai hiasan akhir, kuning telur akan disapu pada bahagian atas bagi memberi warna kekuningan keemasan. Saiz kuih tat nenas ini biasanya dianggar semuat satu suapan agar mudah ia dimakan.
Kuih tat nanas biasanya banyak dijual secara meluas semasa musim perayaan. Pada waktu biasa, ia kurang terdapat dijual.

Nama kuih tat nenas mungkin berdasarkan jenis kuih kering yang berinti iaitu tat, dan kandungan intinya yang diperbuat daripada buah nenas menjadikannya dikenali sebagai tat nenas. Kuih tat nenas popular di seluruh Malaysia dan banyak dijual terutama pada musim perayaan. Oleh kerana ia digemari ramai dan harganya yang berpatutan, ia ada dijual begitu sahaja, dan tidak perlu ditempah lebih awal. Bagaimanapun penghasilannya dan penjualannya agak bermusim. Kuih tat nenas mempunyai rasa inti yang manis, tetapi bagi mengimbanginya doh kulitnya adalah tawar. Kulit tat yang baik biasanya agak lerai dan sapuan kuning telur pada bahagian atas berfungsi sebagai memegang doh yang mudah terlerai itu, selain sebagai hiasan warna keemasan. Blush
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Rahsia Ayam Masak Merah Enak
Rahsia Ayam Masak Merah Enak
08-26-2019 1,131 Views 0 Replies
Kuih Raya Aidilfitri Buatan Rumah tahun 2013
Kuih Raya Aidilfitri Buatan Rumah tahun 2013
08-06-2013 4,629 Views 4 Replies
Kuih apam tepung beras (APOM)
Kuih apam tepung beras (APOM)
08-12-2010 4,901 Views 0 Replies
Cincin..menarik dan pelik..
Cincin..menarik dan pelik..
04-17-2012 1,774 Views 1 Replies
Tabiat Mr.PiNGu semasa melayari internet
Tabiat Mr.PiNGu semasa melayari internet
06-29-2012 3,310 Views 3 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 12:54 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend