08-13-2010, 03:52 PM
Oleh Prof. Madya Mohamed Isa Abd. Majid
Pusat Racun Negara

Kulit berubah mengikut umur seseorang. Walaupun proses penuaan tidak dapat dielakkan, pemahaman tentang proses penuaan yang berlaku pada kulit amat penting sekiranya kita mahukan rupa kulit yang kelihatan awet muda. Juga pendedahan kepada cahaya matahari dipercayai akan mempercepatkan perubahan kulit yang berlaku. Di antara perubahan yang ketara termasuklah:
*Ketebalan kulit berubah dengan bahagian dermis kulit berkurang sebanyak 20% di samping lapisan tersebut menjadi lebih tegar dan kurang elastik. Hasil perubahan ini akan menyebabkan kulit menjadi kendur dan lebih nipis.
* Kadar pertukaran sel pada bahagian epidermis menyusut sebanyak 30% hingga 50% di antara umur 30 hingga 80. Perubahan ini menyebabkan permukaan kulit mengambil masa yang lama untuk diperbaharui. Sekiranya terjadi sebarang kecederaan pada kulit, kadar penyembuhan akan memakan masa yang lama.
*Bilangan sel yang terlibat di dalam melawan jangkitan kulit akan menyusut sehingga 50% dan menyebabkan fungsi ketahanan melawan penyakit menurun dan jangkitan kuman senang berlaku pada kulit. Tambahan pula, ketebalan kulit yang semakin menipis juga memudahkan jangkitan terjadi.
*Sel melanosit yang mengeluarkan melanin juga berkurang sebanyak 10 hingga 20% untuk menyebabkan kulit tidak berupaya untuk melindungi bahaya pendedahan sinar ultra ungu matahari.
* Kulit menjadi lebih kering disebabkan pengeluaran sebum mengurangkan sebanyak 60%. Apabila ini terjadi, kulit tidak berupaya untuk menahan kelembapan semula jadi dan kulit yang kering akan menyebabkan orang-orang tua cenderung mengalami masalah kegatalan kulit.
* Apabila usia meningkat, kulit akan menghasilkan banyak tompok kecil berwarna merah pada keseluruhan badan. Ini merupakan perubahan semula jadi apabila usia meningkat dan tiada kaitan langsung dengan barah kulit.
Di samping itu, perlu diingatkan bahawa pendedahan kepada cahaya matahari untuk tempoh yang lama mengikut usia yang meningkat akan memburukkan lagi proses penuaan kulit.