Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › iNTeRioR
Elemen moden, selesa

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Elemen moden, selesa
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-23-2010, 06:39 PM
SIFAT gemar bersederhana menjadi kayu pengukur Tujeri Shah Abdul Razak menentukan gaya penataan kediaman. Menyukai suasana lapang, kemas dan tenteram, konsep minimalis dan moden kontemporari menjadi inspirasi kala menghias.


Adunan gaya minimalis dan moden kontemporari mengindahkan ruang tamu.

Sejajar tema, himpunan warna alam seperti coklat kayu, pastel atau warna lembut dan kelabu mendominasi pilihan cat dinding, perabot, kemasan dan perhiasan. Bagaimanapun, untuk saling melengkapi dan menghindar jemu, warna merah dramatik disisipkan di beberapa tempat dan sudut.

“Saya dan isteri penggemar warna redup, sepakat menggunakan warna itu sebagai warna utama kediaman. Coklat dijadikan warna kerana mewujudkan kesan luas, mewakili selera moden selain boleh disesuaikan dengan sebarang kelengkapan dan kemasan,” katanya disokong isteri, Monazida Eza Ahmad Hasmi.

Tujeri yang menduduki rumah teres dua tingkat di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor sejak empat tahun lalu, berkata warna berkenaan juga membuatkannya berasa dekat dengan alam, mencetuskan suasana nyaman selain menjadikan fikiran lebih tenteram sebaik melangkah ke dalam rumah.

Sementara, sisipan warna merah, selain mencipta daya tarikan kontra, juga berupaya membangkitkan semangat setiap kali berada di rumah.
Ruang makan.

“Permaidani, kusyen hiasan dan motif lukisan menggunakan skim ini mengutarakan gaya segar, merangsang minda dan memulihkan tenaga,” katanya.

Tujeri berpendapat, pilihan pencahayaan yang tepat membantu menghidupkan gaya minimalis. Justeru, sebelum membeli lampu, dia menetapkan terlebih dulu tempat dan sudut sesuai untuknya.

“Lampu dipasang merujuk keperluan ruang. Misalnya, tempat yang memerlukan lebih pencahayaan seperti ruang makan, elok diterangi lampu bercahaya putih, manakala ruang tamu, sudut santai dan bilik tidur secocok dengan lampu malap yang dilihat mesra dan romantik,” katanya.


Ruang makan.

Jelas, Tujeri mempunyai penilaian sendiri dan terperinci ketika memilih lampu. Selain menetapkan lampu berkenaan harus bercahaya tidak terlalu terang atau kelam, tiga syarat lain ialah bervoltan rendah, rekaan menepati fungsi ruang, di samping ukuran merujuk luas bilik.
Ruang dapur tampil kemas dengan kabinet reka bentuk memanjang.

Lampu voltan rendah, katanya membantu dari segi menjimatkan kos elektrik, pilihan struktur serta reka bentuk menjanjikan estetika gaya, manakala saiz lampu yang tepat mengelakkan ruang nampak celaru.

“Ini tidak bermakna saya cerewet memilih lampu tetapi ketelitian perlu demi menjayakan konsep minimalis yang ditonjolkan,” katanya.

Oleh kerana perancangan telitinya itu, ruang makan tampil berseri meskipun sekadar menonjolkan elemen dekorasi tiga lukisan cat minyak dan tiang kayu selaku sempadan ruang.

“Hakikatnya, lampu gantung silinder itu yang menghidupkan ruang makan. Demikian juga dengan lampu berdiri terendak kertas di ruang santai berdepan pintu masuk dan lampu meja berkaki bulat di ruang tamu,” ujarnya.

Selain pencahayaan, gaya penataan disempurnakan lagi menerusi pilihan ringkas hiasan dinding. Sedondon kemasan dan kelengkapan, perhiasan dinding dihadkan hanya kepada lukisan bertema abstrak.

Menolak motif lukisan flora dan realisme, corak abstrak baginya pilihan berbaloi kerana lebih artistik dan mengungkap gaya tersendiri di ruang kediaman.

INFO: Kediaman Tujeri

# Pelan lantai memanjang ruang dapur disukai pemilik rumah kerana memudahkan urusan memilih reka bentuk kabinet. Granit dipilih sebagai kemasan permukaan meja kerana berciri tahan lasak dan kalis calar.

# Sebelum dicat coklat sepenuhnya, dua tahun lalu dinding menonjolkan warna coklat gelap dan jingga pinang masak. Warna itu bagaimanapun dianggap Tujeri sekadar eksperimen dalam mencari tona paling tepat dan sesuai.

# Gaya penataan disempurnakan secara berperingkat mengikut kepentingan ruang. Hiasan di ruang tamu dipenuhkan terlebih dulu disusuli ruang makan, bilik tidur dan berakhir dengan ruang dapur.


Ruang dapur tampil kemas dengan kabinet reka bentuk memanjang.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Unik: Kereta diubah menjadi sesuatu yang menarik
Unik: Kereta diubah menjadi sesuatu yang menarik
12-29-2015 1,359 Views 0 Replies
ubahsuai rumah
ubahsuai rumah
05-07-2013 14,654 Views 17 Replies
Tempat Tidur Mr.PiNGu
Tempat Tidur Mr.PiNGu
09-26-2012 2,253 Views 0 Replies
Luahkan pelbagai Perasan anda dengan "Fuck"
Luahkan pelbagai Perasan anda dengan "Fuck"
09-21-2011 1,163 Views 0 Replies
Tabiat Mr.PiNGu semasa melayari internet
Tabiat Mr.PiNGu semasa melayari internet
06-29-2012 3,237 Views 3 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#2
05-13-2011, 01:57 PM
Ni nad cedok dari blog orang... gelak_kecil

Rekaan moden untuk hiasan dalaman bilik tidur anak.. senyum

Bagi mereka yang berminat nak ubah suai rekaan dalaman untuk bilik tidur anak-anak mereka... ini ada beberapa contoh rekaan ilham dari http://www.newhouseofart.com sebagai panduan. Bina lah tempat yang fun and enjoy untuk anak anda dan biarlah mereka beradu di dalam bilik yang mempunyai rekaan yang selesa...


....


....


....


....


....


Cantik kn...............??? Angel
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
05-13-2011, 02:11 PM
wah.. sgt cantik.. kalau umah I cantik camni mmg malaas la nak keluar dr rumah heheee
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#4
05-13-2011, 02:17 PM
(05-13-2011, 02:11 PM)Mr.Pingu Wrote: wah.. sgt cantik.. kalau umah I cantik camni mmg malaas la nak keluar dr rumah heheee

eik.. kalo gitu nnt kne inform kt wife pingu.. hias umah cntik2.. so pingu x mryp jek kijenye... he3.. :p
tp kn.. yg nmenye laki mne rti duk diam kt umh pingu...
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#5
05-13-2011, 02:41 PM
semestinya.. I suke hiasan yg cantik dan moden





Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#6
05-13-2011, 02:47 PM
Ni ade lagi..
kalo td bilik tidur... ni tempat blaja pulak..


....


....


cantikkan pingu kedek?? kalo tmpat blaja nad cmni.. cnfrm all d time duk study.. hikhik.. :p
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#7
05-13-2011, 02:52 PM
Jom tgok bilik air lak:





Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#8
05-13-2011, 03:01 PM
besonye la bilik airnye tu... hukhuk...
nice3.. ^_^
Heart ~nad~
Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#9
05-19-2011, 12:22 AM
tadi nad de tengok rancangan pe tu teen club/clibs gitu la. memang sangat cantik umah diorang.. xle bla tol.. adeh..
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#10
05-19-2011, 10:52 PM
tu la.. nati ada wet nak beli umah besar nak hias cantik2.. ^______^
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#11
05-19-2011, 11:30 PM
(05-19-2011, 10:52 PM)Mr.Pingu Wrote: tu la.. nati ada wet nak beli umah besar nak hias cantik2.. ^______^

ade wet boleh la beli... takut tak tekemas je t.. huhu.. eh lpe lak.. bukan pingu yg kemas pun kan.. adeh..
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#12
08-25-2011, 09:36 AM
hehe mestilah.. haha.. tp pingu kene kemas gak sbb pingu suke kekmasan.. hehe
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 11:31 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend