Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › IsLaM v
« Previous 1 ... 8 9 10 11 12

Perihal Solat Tarawikh: Tepuk dada tanya iman

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Perihal Solat Tarawikh: Tepuk dada tanya iman
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-20-2010, 02:57 AM (This post was last modified: 08-20-2010, 03:00 AM by Mr.Pingu.)
Tepuk dada tanya iman....

kalau larat 20 kalau tak 8!!! satu lagi kalau tak boleh kat surau/masjid leh gak buat kat rumah bersama anak isteri pun ok gak sekali sekala kan....

Pelaksanaan Solat Tarawih
Soalan:
1. Antara berikut, manakah yang lebih afdhal?
a. Solat Tarawih bersendirian di rumah.
b. Solat Tarawih bersama isteri di rumah.
c. Solat Tarawih di Surau.
d. Solat Tarawih di Masjid.

2. Solat Manakah yang manakah lebih afdhal?
a. Solat Tarawih 20 rakaat.
b. Solat Tarawih 8 rakaat diikuti dengan Tazkirah/Majlis Ilmu?
Abdul Hanan,KL
Jawapan:



Hukum solat Tarawih ialah sunat muakakad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurna bagi ibadat puasa yang wajib dan banyak pahalanya. Sebagaimana yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah SAW solat sunat Tarawih boleh dikerjakan dengan bersendirian ataupun secara berjamaah di masjid atai disurau. Telah sepakat pendapat ulama bahawa lebih afdal solat sunat Tarawih itu dikerjakan dengan berjamaah.

Rasulullah pada mulanya mendirikan solat sunat Tarawih di Masjid Nabawi dengan berjamaah. Pada malam keduanya baginda dapati sambutan begitu ramai dari para sahabat, sehingga baginda merasa bimbang kalau umat Islam kelak menganggap solat Tarawih itu sebagai wajib. Ternyata benar pada malam ketiganya menjadi bertambah ramai para sahabat yang berhimpun di Masjid Nabawi untuk mengerjakan solat sunat Tarawih berjemaah bersama Rasulullah SAW. Tetapi baginda tidak mahu hadir, kerana bimbang umat Islam akan menganggap ibadah solat itu sebagai wajib, bukan tidak mahu berjemaah.

Pada zaman pemerintahan khalifah Saidina Umar Ibnul Khattab, beliau merasa tidak senang hati melihat umat Islam berkelompok kelompok di sana-sini di dalam Masjid Nabawi mendirikan solat sunat Tarawih. Beliau lalu berusaha menyatukan mereka supaya mendirikan soalt sunat Tarawih itu dalam satu jamaah sahaja yang lebih besar dan bersatu, dengan diimamkan oleh seorang yang baik bacaannya.

Perubahan yang dibawa oleh Saidina Umar ra. itu tidak mendatangkan anggapan bahawa solat Tarawih itu sebagai wajib. Demikian juga bilangan rakaat dari lapan rakaat menjadi dua puluh rakaat tidak dianggap memberatkan mereka. Ini disebabkan pada zaman khalifah Umar ra., keadaan keilmuan agama telah semakin luas dan mendalam serta suasana masyarakat umat Islam telah stabil. Mereka telah cukup memahami bahawa solat Tarawih itu hukumnya sunat muakkad (sunat yang dituntut) bukan fardhu atau wajib. Demikian juga mereka mengamalkan solat sunat Tarawih dua puluh rakaat memandangkan faedah dan kelebihan pahalanya yang amat besar. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sekiranya ummatku mengetahui apa yang ada pada Ramadhan itu, sudah pasti mereka akan sentiasa mengharapkan agar semua bulan yang lain menjadi Ramadhan" (Hadis)
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
air mata keinsafan
air mata keinsafan
08-23-2010 2,077 Views 1 Replies
CERIAKAN PENAMPILAN WAJAH
CERIAKAN PENAMPILAN WAJAH
08-23-2010 1,362 Views 0 Replies
Luasnya Neraka.. (Insaflah)
Luasnya Neraka.. (Insaflah)
11-03-2010 1,639 Views 0 Replies
Realiti seorang menteri besar
Realiti seorang menteri besar
08-08-2010 7,021 Views 10 Replies
Mengelakkan OFF Topik
Mengelakkan OFF Topik
04-10-2011 10,955 Views 17 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 03:36 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend