Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ EDUCATION › KeKeLuaRGaaN v
« Previous 1 2 3 4 5 6 Next »

Kreatif pancing selera anak

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Kreatif pancing selera anak
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-02-2010, 03:13 PM (This post was last modified: 11-02-2010, 03:16 PM by Mr.Pingu.)


Oleh Shaidah Shafie
shasha@bharian.com.my
2010/11/02
Pelbagaikan hidangan si kecil bantu tingkat selera makan

SAAT si kecil membesar adalah antara detik yang paling bahagia ibu bapa kerana waktu itulah mereka menyaksikan anak yang disayangi belajar bertatih, melangkah dan seterusnya menyuap makanan ke mulut dengan penuh kepayahan kerana daya tumpuan si kecil belum sempurna sepenuhnya. Tidak terlalu sukar memberi makanan pada anak, ketika mereka belum tahu memilih. Namun, semakin membesar, mereka menjadi begitu memilih, malah ada yang `mogok’ tidak mahu makan atau memilih makanan yang tidak berkhasiat. Perkara ini cukup membimbangkan ibu bapa, lebih-lebih lagi jika anak sudah di usia persekolahan. Makanan berkhasiat amat penting bagi meningkatkan kecergasan dan menjamin kelangsungan tumbesaran.

Pakar Nutrisi Dutch Lady Milk Indutries Berhad, Quah Ye Vian, berkata kanak-kanak memang sentiasa menghadapi masalah makan menyebabkan ibu bapa risau sama ada anak mereka mendapat zat yang cukup untuk membesar. Dalam menangani masalah itu, ibu bapa kebiasaannya akan menyuap makanan yang disukai oleh anak-anak dan selalunya memberi makanan yang sama yang dimakan oleh abang dan kakak mereka atau pun orang dewasa.

Apa yang gagal difahami oleh ibu bapa adalah anak mereka yang berada dalam lingkungan satu hingga enam tahun dan anak mereka yang bersekolah (enam hingga 12 tahun) mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza. Ibu bapa seharusnya faham konsep ini dan perlu memerhati pengambilan nutrien anak mereka, jangan terlebih atau pun kekurangan beri makan kepada anak. Jika anak tidak mahu makan sesetengah jenis makanan, terdapat pelbagai cara yang kreatif untuk memastikan anak anda mendapat zat yang secukupnya.

“Ajak anak anda untuk sama-sama menyediakan menu sihat untuk mereka. Bentuk makanan terbaik untuk anak adalah merujuk kepada carta piramid makanan. Walaupun mereka kecil, mereka juga perlu mengambil makanan seimbang seperti mana yang diambil oleh orang dewasa.

“Piramid makanan sangat berguna dan dalam kes ini, ibu bapa harus bijak memainkan peranan untuk menarik minat si kecil menggemari makanan dihidangkan. Sebagai contoh, ajak anak ke dapur bersama anda dan pada masa sama, terangkan khasiat vitamin dalam makanan yang disediakan,” katanya.

Kaedah berkenaan, katanya, sedikit sebanyak membantu menarik minat anak untuk menjamah makanan lain selain secara amnya, kanak-kanak mudah tertarik pada warna dan ini memudahkan ibu bapa menyediakan menu sihat menggunakan pelbagai jenis sayuran.

“Sambil menyediakan makanan, terangkan kepada anak mengenai nutrien yang terkandung dalam makanan. Setiap sayuran mempunyai zat berbeza. Paling mudah untuk mengetahui sama ada setiap sayuran mempunyai zat atau vitamin berbeza, lihat pada warna sayuran berkenaan.

“Setiap warna berbeza melambangkan vitamin atau zat yang ada pada sayuran berkenaan. Perbualan mengenai kandungan zat dan vitamin dalam sayuran juga boleh menjadi satu topik yang menarik untuk ibu bapa bualkan bersama anak,” katanya.

Quah berkata, jika ibu bapa kreatif, banyak cara boleh dilakukan untuk merangsang anak mengambil makanan sihat dan berkhasiat sepanjang proses pembesaran berlangsung selain tahap usia juga membezakan jumlah hidangan yang perlu diambil oleh anak kerana keperluan tenaga dan kuantiti nutrien anak berbeza mengikut umur dan aktiviti harian yang dilakukan.

Kanak-kanak dalam lingkungan umur satu tahun hingga enam tahun memerlukan nutrisi khusus yang memenuhi keperluan pertumbuhan fizikal yang cepat. Ia dihasilkan berdasarkan pemahaman bahawa dalam usia membesar, kanak-kanak mengalami perkembangan yang pantas dari segenap segi tumbesaran. Contohnya, di akhir tahun kedua, tinggi seseorang kanak-kanak boleh mencapai dua kali ganda manakala berat badannya pula bertambah empat kali ganda. Tumbesaran kanak-kanak bukan saja dilihat dari aspek ketinggian dan berat badan, malah menyumbang kepada pembentukan tisu, otot, gigi, sistem saraf dan otak. Nutrisi penting seperti magnesium, kalsium, vitamin D, vitamin A dan protein pula membantu dalam membina tulang, gigi yang sihat serta membantu dalam pembentukan otot dan tisu.

Kanak-kanak dalam lingkungan umur enam tahun hingga 12 tahun pula, mereka mula melangkah ke alam persekolahan dan mereka memerlukan sebanyak mungkin khasiat untuk membantu pembelajaran serta mempertingkatkan perkembangan otak mereka untuk mencapai prestasi akademik yang optimum. Nutrien penting seperti Omega 3 dan Omega 6 adalah satu daripada nutrien utama yang diperlukan oleh kanak kanak yang bersekolah bagi membantu dalam memperbaiki proses pembelajaran. Zat seperti karbohidrat, protein, kalsium, vitamin B3 dan vitamin B6 dapat membekalkan tenaga bagi membantu mereka dalam aktiviti pembelajaran dan sukan. Kajian menunjukkan nutrisi seimbang bukan saja menjadikan kanak-kanak lebih sihat, malah menjadikan anak itu lebih stabil dari segi emosi sekali gus memperbaiki prestasi pembelajaran di sekolah.

“Ibu bapa perlu mengetahui apakah makanan yang perlu diberikan untuk memenuhi keperluan fizikal dan mental anak mereka. Semua ini wajar diketahui oleh ibu bapa kerana apabila anak mendapat keperluan cukup untuk diet tumbesaran, mereka akan membesar dengan sihat dan cergas.

“Ramai ibu bapa mempunyai persepsi bahawa pengambilan susu di kalangan kanak-kanak seharusnya dihentikan pada usia tertentu, terutamanya selepas anak-anak melangkah ke alam persekolahan, namun persepsi itu adalah salah,” katanya.

Susu yang diperkaya dengan zat penting seperti Omega 3, Omega 6, vitamin B3 dan vitamin B6 membantu kanak-kanak untuk pembelajaran optimum dan perkembangan fizikal sepanjang tahun persekolahan. Bagi kanak-kanak yang berumur satu tahun hingga enam tahun, zat seperti magnesium, kalsium, vitamin D & A dan protein yang diperkaya dalam susu menyumbang kepada tumbesaran saraf motor, otot dan tisu, ketinggian dan pertuturan.

“Berasaskan zat yang diperoleh daripada susu, ibu bapa juga perlu tahu susu sukar digantikan dengan makanan lain. Sehubungan itu, untuk menjamin anak membesar dengan sempurna, konsep kepelbagaian, kesederhanaan dan keseimbangan perlu ditekankan dan kedua-dua bentuk makanan seperti sayuran, nasi, buah serta susu perlu seimbang pengambilannya oleh kanak-kanak mengikut peringkat umur yang berbeza.

“Namun, jangan sekali-kali paksa anak minum susu jika mereka menolak. Jalan terbaik ialah terangkan atau didik mereka sejak kecil supaya minum susu dengan menerangkan kebaikan yang akan mereka peroleh jika mengambil minuman berkenaan. Lama kelamaan apabila anak mengetahui kebaikan, mereka tidak akan menolak minuman berkenaan,” katanya.

INFO: Gejala akibat kekurangan khasiat

Gejala - Kekurangan khasiat
# Rambut kanak-kanak kusam dan kering atau mudah gugur - Protein atau tenaga
# Lidah berwarna keunguan - Vitamin B2
# Gusi berdarah - Vitamin C
# Bengkak tiroid (bengkak pada bahagian hadapan leher - Iodin
# Kuku berbentuk seperti sudu - Zat besi
# Tulang Rickets - Vitamin D3
# Ketumpatan jisim tulang rendah - Kalsium
# Mudah letih - Zat besi.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articl...ak/Article
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Jeritan Pontianak
Jeritan Pontianak
08-09-2010 1,823 Views 0 Replies
MASALAH TIDOR -melatih anak tidor
MASALAH TIDOR -melatih anak tidor
08-11-2010 1,551 Views 0 Replies
Tugas suami & Isteri yang bekerja.. pendapat anda?
Tugas suami & Isteri yang bekerja.. pendapat anda?
10-24-2010 11,838 Views 9 Replies
newbie kat sini
newbie kat sini
04-04-2012 1,587 Views 1 Replies
testing
testing
05-07-2011 4,302 Views 8 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#2
05-19-2011, 11:05 PM
kanak2 ni suka makan sesuatu yang menarik perhatian die..
kalo untuk kanak 6 bulan-1 1/5 thun..
hmm macam akak sepupu nad.. kalo dia buat bubur untuk anak die.. sayur dia masuk kan skali.. tapi dia blend sume. slalu kalo blend kan tak rasa sangat sayurnya.. tambah la ape2 lagi.. so budak kecik tu asal rasa sedap makan je.. lepas makan bubur.. dia bagi makan buah.. tu pun dia blend juga.. so anak dia dapat la makanan yang seimbang.. susu pun bagi.. memang sihat la budak kecik 2 orang tu.. dan seeloknya bagi la susu badan.. bagus untuk anak dan ibunya skali.. Shy
yang kakak dia suka makan skali ngan nad.. ape nad makan dia nak jugak. so tengok lauk gak.. agak2 dia boleh makan tu nad bagi. tapi sayur memang dia tolak.. time tu dia makan la banyak sebab dia seronok duk ramai2. cara macam tu pun boleh bantu jugak bagi budak2 yang susah nak makan. he2..

Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
05-19-2011, 11:19 PM
budak kecik mmg kene pelbagaikan menu dan nampak menarik.. diorg ni sgt tertarik dgn warna2.. hehe kaalu makana tu berwarna menarik biasanya diorg nakkk sgt2.,. haha
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#4
05-19-2011, 11:43 PM
(05-19-2011, 11:19 PM)Mr.Pingu Wrote: budak kecik mmg kene pelbagaikan menu dan nampak menarik.. diorg ni sgt tertarik dgn warna2.. hehe kaalu makana tu berwarna menarik biasanya diorg nakkk sgt2.,. haha

ha.. betul2.. tapi kalo tak sedap dorang kuarkan balik... hikhik..
so... bila da nampak menarik tu.. rasanya kna menarik jugak la ye. baru kanak2 suka.. :p
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#5
05-20-2011, 12:29 PM
mestilah ngeee... budak2 suka benda manis. cam gula2.. makanan kena manis2 sket
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-11-2026, 12:02 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend