Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 13 14 15 16 17 ... 24 Next »

Minyak Wangi dicipta Khas kerana faizal Tahir

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Minyak Wangi dicipta Khas kerana faizal Tahir
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
05-23-2011, 01:26 PM


SHAH ALAM: Penyanyi Faizal Tahir menganggap tawaran menjadi jurucakap kepada produk minyak wangi SG Men adalah satu penghargaan buat dirinya. Kata Faizal, syarikat pengeluar barangan kosmetik tersebut telah menghasilkan dua jenis minyak wangi bersesuaian dengan imejnya sebagai penyanyi rock.

“Dua tahun lepas mereka sudah tawarkan saya untuk jadi jurucakap produk keluaran syarikat mereka tapi ketika itu saya menolak kerana tidak bersesuaian dengan imej saya dan tempat itu digantikan dengan Mawi.

“Dan kali ini mereka tawarkan lagi peluang dengan menghasilkan khas minyak wangi yang bersesuaian dengan imej saya. Saya rasa itu adalah penghargaan buat saya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Produk Silky Girl dan Silky Men, di sini, Rabu.

Selain Faizal Tahir, Stacy juga turut dilantik sebagai jurucakap produk berkenaan untuk wanita iaitu Silky Girl. Tambah Faizal sebelum ini banyak tawaran sebagai jurucakap produk diterimanya namun terpaksa ditolak berikutan tiada kepentingan untuk diri dan kerjayanya sebagai artis.

“Saya memang memilih produk sesuai yang mana ia boleh membantu atau berkepentingan dengan imej saya.

“Seperti kempen minum susu bersama Dutch Lady yang saya sertai, saya setuju sebab saya dan keluarga memang kuat minum susu,” katanya yang juga duta kepada produk pakaian jenama Superman.

Ketika ditanya kepentingan seorang selebriti menjadi jurucakap kepada sesebuah produk, kata Faizal ia adalah melambangkan kredibiliti seseorang artis tersebut.

“Bagi saya menjadi duta atau jurucakap produk adalah satu bonus kepada seorang artis."

"Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan sesebuah syarikat untuk meletakan kepercayaan mereka kepada kita,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Faizal memberitahu dia kini sedang sibuk menyiapkan dua album terbaru yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

“Saya dalam proses menyiapkan album ketiga yang mana ada dua album dengan 20 buah lagu. Ini merupakan hasil kerjasama dengan Audi Mok, tapi kelainannya adalah kedua-dua album itu adalah berlainan konsep,” ujarnya.

From: mstar.hiburan
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Bersama Selebriti: 'Tidak perlu banyak birokrasi logo halal'
Bersama Selebriti: 'Tidak perlu banyak birokrasi logo halal'
08-08-2010 1,311 Views 0 Replies
Pokok Lidah Buaya: Khasiat Herba Terbaik
Pokok Lidah Buaya: Khasiat Herba Terbaik
09-05-2010 19,771 Views 9 Replies
Aaron Aziz Dijangkiti Virus "Kencing Tikus"
Aaron Aziz Dijangkiti Virus "Kencing Tikus"
10-14-2010 2,063 Views 0 Replies
Bila waktu Korang jadi pemalas hazabedah?
Bila waktu Korang jadi pemalas hazabedah?
05-04-2011 39,204 Views 42 Replies
Mari kenali Mr.PiNGu
Mari kenali Mr.PiNGu
04-10-2012 2,948 Views 2 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  AJL 26 - Persembahan terakhir Faizal Tahir sertai juara lagu Mr.Pingu 0 2,134 01-30-2012, 03:54 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Aktiviti Seni Faizal Tahir 2012 Mr.Pingu 0 2,351 12-21-2011, 06:12 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Faizal Tahir bersedia Hilang Peminat Mr.Pingu 0 1,784 11-09-2011, 03:26 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Faizal Tahir ingin bergerak sendiri Mr.Pingu 0 1,936 11-09-2011, 03:23 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Faizal Tahir Dapat Baby Girl Mr.Pingu 0 2,171 03-22-2011, 06:47 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Misi kemanusiaan Faizal Tahir Mr.Pingu 0 1,888 08-18-2010, 11:22 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Fenomena Faizal Tahir - Rakaman Aidilfitri Mr.Pingu 0 2,589 08-13-2010, 03:16 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 11:08 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend