08-18-2010, 11:22 PM
Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar: AIZZUL A. MAJID

KETIKA anda membaca artikel ini, penghibur Faizal Tahir kini berada di bumi Lebanon menyertai rombongan program khas Bersamamu TV3.
Penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu Sampai Syurga itu menyertai misi bantuan kemanusiaan bersesuaian dengan pelantikannya sebagai duta Bebaskan Bumi Palestin.
Rombongan kemanusiaan itu, kata Faizal, akan menyoroti kisah suka duka rakyat di Lebanon yang sengsara akibat peperangan. “Peluang akan saya ambil untuk menziarahi penduduk di sana terutamanya anak-anak yatim di samping melihat dengan mata sendiri penderitaan yang mereka alami. Tambahan pula sekarang ini bulan puasa,” katanya yang berangkat ke sana pada Khamis lalu. Kata Faizal, dia difahamkan, antara bantuan yang akan dihulurkan adalah barangan keperluan harian seperti pakaian, makanan, bekalan perubatan dan bermacam-macam lagi.
Faizal memberitahu, dia bersama-sama krew penerbitan Bersamamu TV3 akan berada di sana selama hampir seminggu. “Saya agak teruja dengan trip ini dan tidak sabar untuk ke sana. Diharap, pelbagai iktibar yang boleh saya peroleh ketika berada di sana,” tambahnya. Bagi Faizal, peluang yang diberikan kepadanya itu sesuatu yang amat bermakna kerana sudah lama dia mendambakan saat untuk berbakti kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Apatah lagi bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan, kesempatan itu disifatkan Faizal sangat bermakna dan dia mahu merebut peluang itu dengan berkongsi kesedihan dan kepayahan yang dihadapi oleh umat Islam di sana.
“Insya-Allah, saya bersama rombongan akan menghulurkan bantuan apa yang kami mampu. Sekurang-kurangnya kami dapat memberikan mereka harapan baru bahawa mereka tidak dipinggirkan, masih ada yang menyayangi mereka,” kata Faizal berkongsi hasrat yang dibawanya ke Lebanon. Namanya semakin utuh dipahat dalam industri muzik tempatan apabila beberapa anugerah berprestij berada dalam genggamannya.
Terbaru, Faizal berjaya merangkul dua anugerah iaitu Album Rock Terbaik dan Album Terbaik (Adrenalin) pada Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) yang diadakan baru-baru ini membuktikan penguasaan Faizal selaku penyanyi solo lelaki masih lagi berterusan.
Baru-baru ini bertempat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, rakaman konsert Fenomena Faizal Tahir telah berlangsung dengan jayanya sehingga menarik minat hampir 1,000 penonton menghadirinya.
Rakaman yang dibuat khas untuk siaran Hari Raya Aidilfitri itu merupakan cara Faizal menghargai mereka yang selama ini berdiri teguh di belakangnya.
Menurut penerbit dan pengarah program berkenaan, Ahmad Saifulizam Arshad atau Gbam, pemilihan Faizal menjayakan program muzikal Aidilfitri itu berdasarkan permintaan peminatnya sendiri. “Justeru, pihak produksi telah mengadakan perbincangan dengan Faizal untuk merealisasikan program ini. Lagi pun, sudah lama Faizal tidak buat persembahan solo yang betul-betul gempak kerana masalah kesihatan yang dia hidapi,” jelas Gbam yang ditemui sejurus berakhir rakaman konsert itu.
Selain persembahan lagu-lagu hit nyanyian Faizal, konsert pada malam itu cukup menarik ditambah pula kesan khas limpahan lampu LED yang ternyata membangkitkan mood peminat agar tidak berganjak untuk menontonnya hingga ke penghujungnya. “Walaupun menampilkan konsep standing crowd, peminat tetap setia hingga ke akhir rancangan kerana kualiti persembahan yang ditonjolkan Faizal,” tambah Gbam