Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › HaiWaN v
« Previous 1 2 3 4 Next »

Temui spesies baru di hutan Amazon

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Temui spesies baru di hutan Amazon
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-19-2010, 08:40 PM

HAIWAN di hutan Amazon sedang bergelut untuk hidup kerana pemanasan global.

HUTAN hujan terbesar dunia yang masih kekal, hutan Amazon membuktikan reputasinya sebagai 'bintang' biodiversiti sejak 10 tahun lalu. Ia berdasarkan laporan terkini yang dikeluarkan pada 26 Oktober lalu oleh kumpulan pemuliharaan Tabung Hidupan Liar (WWF).

Di antara tahun 1999 hingga 2009, para saintis mengumpulkan lebih 1,200 spesies tumbuhan dan haiwan di Amazon. Antaranya termasuklah ular anakonda sepanjang empat meter, burung kakak tua berwarna pelangi yang botak dan ikan keli merah yang kecil serta buta.

Himpunan penemuan tersebut menunjukkan spesies baru ditemui di hutan Amazon setiap kira-kira tiga hari selama satu dekad. WWF membentangkan laporan bertajuk Amazon Alive! pada persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kali ke-10 untuk konvensyen biologikal diversiti di Nagoya, Jepun.

Perwakilan kerajaan dari serata dunia bertemu untuk membincangkan sasaran baru untuk mengatasi kemerosotan biodiversiti dunia berdasarkan kegagalan mencapai sasaran yang ditetapkan sebelum ini pada mesyuarat tersebut.

"Laporan itu dilakukan adalah bagi membuatkan masyarakat teruja terhadap kehebatan Amazon, malah untuk menarik perhatian mengenai hak Amazon untuk menjadi fokus terhadap usaha pemuliharaan," kata Pengarah Urusan WWF untuk Amazon, Meg Symington.


LEBIH 1,200 spesies haiwan dan tumbuhan berjaya ditemui di Amazon sejak 10 tahun lalu.

Hutan Amazon ialah rumah kepada satu daripada 10 spesies darat di bumi yang kebanyakannya tidak ditemui lagi di kawasan lain di dunia ini.

"Kita perlu berhati-hati dengan kemusnahan habitat. Dengan keadaan seperti sekarang, kita mungkin akan kehilangan banyak spesies sekiranya kita tidak bertindak sekarang," kata Symington.

Symington berkata, organisasinya bekerja dengan pembuat polisi di seluruh negara yang berkongsi hutan Amazon. Ia penting kerana rantau itu yang dianggarkan mempunyai keluasan kira-kira 6.7 juta kilometer persegi dan mempunyai 600 jenis habitat tanah dan air yang berbeza. Negara-negara yang berkongsi hutan Amazon ialah Brazil yang menguasai 60 peratus hutan, Bolivia, Peru, Ecuador, Colombia, Venezuela, Guyana, Surinam dan French Guiana.

Dalam pada itu, walaupun sebahagian besar hutan Amazon kekal misteri dan tidak disentuh manusia sejak berabad lamanya, dalam masa 50 tahun lalu lebih 17 peratus pokok-pokok Amazon telah ditebang untuk tujuan pertanian dan perladangan. Berdasarkan laporan WWF, secara kasarnya 80 peratus tanah yang dibangunkan kini menjadi tempat pembiakan lembu.


PELBAGAI keunikan boleh ditemui di hutan Amazon.

Bagaimanapun Symington berkata, kerajaan di rantau berkenaan telah mengambil tindakan serius dalam membina kawasan yang dilindungi sekali gus berjaya mengurangkan pencerobohan Amazon di Brazil.

"Tetapi sebahagian daripada punca penurunan itu adalah ekoran kegawatan ekonomi. Apabila harga komoditi meningkat, terdapat tekanan untuk mengubah bentuk tanah penternakan itu," katanya.

Selain membekalkan keperluan asas kepada lebih 30 juta penduduk Amerika Selatan, laporan berkenaan menggesa masyarakat seluruh dunia mengambil bahagian ke atas usaha mempertahankan hutan hujan berkenaan. Tumbuhan dan pokok-pokok hutan Amazon menyimpan antara 90 hingga 140 bilion tan karbon. Walaupun sekiranya sebahagian karbon itu dikorbankan melalui penebangan hutan pada masa depan, laporan itu memberi amaran bahawa ia bakal menyebabkan peningkatan gas rumah hijau di atmosfera sekali gus menyumbang kepada pemanasan global.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Pembukaan laman baru Komuniti gempakZ
Pembukaan laman baru Komuniti gempakZ
08-03-2010 29,501 Views 14 Replies
Mirip Bumi! Planet baru ditemui!
Mirip Bumi! Planet baru ditemui!
12-18-2011 3,832 Views 0 Replies
2 ekor Harimau dibuli oleh seekor ungka
2 ekor Harimau dibuli oleh seekor ungka
08-21-2010 11,467 Views 13 Replies
peti apa yang muat banyak barang?
peti apa yang muat banyak barang?
07-27-2022 5,261 Views 1 Replies
Kena denda kerana Parking di Tempat salah
Kena denda kerana Parking di Tempat salah
12-17-2011 6,440 Views 8 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#2
05-18-2011, 11:26 PM
teringat pulak cite amazon dulu mase kecik2 tengok.. huhu..
"burung kakak tua berwarna pelangi yang botak dan ikan keli merah yang kecil serta buta".. pingu xde pic untuk yang ini ke??
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
05-25-2011, 03:55 PM
xde lak.. tulung la carikan.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#4
05-25-2011, 04:33 PM
(05-25-2011, 03:55 PM)Mr.Pingu Wrote: xde lak.. tulung la carikan.

t la nad cri.. kalo xde gak. lukis sndiri jek.. :p
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#5
05-25-2011, 04:38 PM
haha pandai lukis ke?
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#6
05-25-2011, 05:17 PM
(05-25-2011, 04:38 PM)Mr.Pingu Wrote: haha pandai lukis ke?

bole la sikit2.. tapi slalu tak bape nak jadi jek.. Big Grin
Heart ~nad~
Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#7
05-25-2011, 05:57 PM
ha........................! nad da jumpe... pompom




Kakaktua Pyrilia aurantiocephala, yang memiliki kepala botak dan warna yang beragam.
Ditemukan di Amazon Brazil.




Ikan keli berwarna merah dengan nama latin Phreatobius dracunculus, buta dan berukuran kecil.
Ditemukan di Rondonia, Brazil.
Ditemukan pada penggalian sumur di desa Rio Pardo, ikan ini tidak sengaja terangkut ke dalam ember.


Nad tambah sikit ye haiwan lain.




Ranitomeya amazonica, kodok luar biasa dengan motif api berwarna merah di kepalanya dan warna biru di sekujur tubuhnya.
Ditemukan di Amazon Peru.




Lumba-lumba Amazon atau bernama Latin Inia boliviensis yang pertama kali ditemukan pada tahun 1830.

Nasib nad jenis yg rajin cari pakcik google.. leh share ngan korang kat sini.. Big Grin

Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#8
05-25-2011, 06:01 PM
hehehe.. bolehla lawan I opsss
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#9
05-25-2011, 06:07 PM
(05-25-2011, 06:01 PM)Mr.Pingu Wrote: hehehe.. bolehla lawan I opsss

lawan ape tu pingu?? Huh
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#10
05-25-2011, 06:25 PM
nad:

opsss
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#11
05-25-2011, 09:26 PM
bizzz cis pingu tembak
Heart ~nad~
Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 01:05 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend