Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 33 34 35 36 37 ... 40 Next »

Sekolah kandang kambing

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Sekolah kandang kambing
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
10-01-2010, 10:27 AM (This post was last modified: 10-01-2010, 10:28 AM by Mr.Pingu.)
Bharian.com


KAWASAN sekolah lama di Taman Desa, Jalan Klang Lama dipenuhi semak samun menjadi sarang nyamuk. Gambar (kecil) kambing berkeliaran dalam bangunan sekolah di Taman Desa, Jalan Klang Lama. Kawasan terbiar turut dicemari sampah, jadi sarang maksiat

KUALA LUMPUR: Kambing masuk sekolah! Inilah yang berlaku apabila sekolah yang dibina di Taman Desa di sini terbiar begitu saja sejak beberapa tahun lalu sehingga lebih sesuai menjadi kandang ternakan kambing. Bukan setakat kambing, sekolah terbiar di belakang taman tema Desa Waterpark itu juga menjadi sarang nyamuk Aedes dan turut dipercayai dihuni ular kerana dipenuhi semak samun dan lalang. Malah, penduduk sekitar kawasan sekolah berkenaan turut mendakwa sekolah berkenaan menjadi lubuk pelbagai jenis maksiat termasuk remaja dan golongan pondan serta penagih melepaskan gian. Bertindak atas aduan orang ramai bahawa ada kegiatan menjadikan sekolah berkenaan sebagai kandang kambing, Sentral membuat tinjauan ke sekolah terbiar itu baru-baru ini.

Hasil tinjauan mendapati ada banyak najis kambing bertaburan di sekitar kawasan sekolah tetapi didapati hanya ada seekor kambing jantan berwarna putih ketika itu. Tinjauan di bahagian atas mendapati terdapat tilam buruk dipercayai menjadi tempat remaja dan pondan melakukan maksiat. Keadaan dalam bangunan sekolah amat kotor dipenuhi pelbagai sampah-sarap bekas makanan dan minuman selain najis kambing yang bertaburan di sana-sini.

Peniaga lemang, Kassim Mat Jais, 35, mengakui sebelum Ramadan lalu pernah ternampak kira-kira sembilan kambing jantan dan betina bersama anak kambing berkeliaran dalam kawasan sekolah untuk makan rumput.

“Saya memang ada nampak beberapa kambing sebelum ini yang berkeliaran dalam kawasan sekolah dan kadangkala keluar ke belakang sekolah untuk makan rumput terutama di sebelah tengah hari.

“Tidak pasti siapa pemilik kambing itu tapi memang kambing berkenaan dibiarkan di dalam kawasan sekolah. Selepas bulan puasa sehingga hari ini, saya tidak nampak lagi kambing berkenaan,” katanya.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, lebih baik kambing berkenaan dibela dalam kawasan sekolah daripada sekolah terbiar itu menjadi sarang maksiat remaja ponteng sekolah serta penagih dadah.

“Kambing ini dibela penduduk di sini juga. Mereka pernah minta kawasan lapang daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi tidak dilayan. Akhirnya mereka gunakan kawasan sekolah untuk meletakkan kambing.

“Saya dimaklumkan ada dua hingga tiga pemilik kambing tetapi sebelum hari raya, semua kambing sudah dijual dan hanya tinggal kambing jantan itu saja. Sejak ada kambing, jarang ada kes maksiat atau budak yang ponteng sekolah pergi ke situ,” katanya.

Katanya, Kementerian Pelajaran seharusnya lebih bertanggungjawab menjaga keadaan sekolah berkenaan dan tidak membiarkannya sekiranya tidak mahu ia menjadi sarang kegiatan negatif.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Bekas pengetua asrama anak yatim dituduh cabul remaja perempuan
Bekas pengetua asrama anak yatim dituduh cabul remaja perempuan
08-19-2010 1,924 Views 0 Replies
Buaya Tembaga Terdampar di PD
Buaya Tembaga Terdampar di PD
08-08-2010 1,104 Views 0 Replies
1/3 Pekerja M'sia Bergaji Bwh RM700 (Paras Kemiskinan = RM720)
1/3 Pekerja M'sia Bergaji Bwh RM700 (Paras Kemiskinan = RM720)
08-08-2010 1,588 Views 0 Replies
hye, salam perkenalan
hye, salam perkenalan
08-14-2012 3,342 Views 1 Replies
siapa la aku..jika tidak di sapa...
siapa la aku..jika tidak di sapa...
12-08-2013 2,217 Views 2 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
Shocked Ulasan Pembenaran Pelajar Sekolah membawa Telefon Bimbit ke Sekolah Mr.Pingu 0 2,389 07-18-2012, 03:02 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 04:27 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend