Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 33 34 35 36 37 ... 40 Next »

Zaida terpaksa keluar akhirnya

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Zaida terpaksa keluar akhirnya
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
10-01-2010, 11:03 AM (This post was last modified: 10-01-2010, 11:04 AM by Mr.Pingu.)
Oleh NAZMIL NASIRUDDI
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 30 Sept. - Setelah berusaha sedaya upaya mempertahankan haknya menjalankan perniagaan di satu-satunya pusat beli-belah di pusat pentadbiran Persekutuan, Alamanda di sini, akhirnya seorang lagi peniaga tempatan di situ terpaksa mengundurkan diri.

Pemilik butik pakaian Muslimah, Zaida's Collection, Zaida Abd. Aziz, 44, terpaksa menerima hakikat bahawa dia tidak dibenarkan lagi oleh pihak pengurusan Alamanda, Suria KLCC untuk meneruskan perniagaannya. Zaida berkata, sebenarnya dia telah diarahkan keluar dari premisnya itu pada 18 Ogos lalu lagi disebabkan beberapa alasan yang dianggap tidak munasabah oleh pihak pengurusan Suria KLCC. Namun setelah enam kali merayu, dia dibenarkan untuk meneruskan perniagaan di situ setakat 29 September sahaja selepas Hari Raya.

"Pihak pengurusan sering memberikan alasan yang tidak munasabah kepada penyewa yang tamat kontrak sehingga menimbulkan masalah untuk memperbaharui kontrak masing-masing apabila harga sewa dinaikkan.

"Kalau dulu kami membayar RM8,000 sebulan tetapi kini mereka mahu menaikkan sehingga RM16,000 (sebulan) sekiranya mahu memperbaharui kontrak, itu tidak dikira lagi dengan peratus yang akan dibayar kepada pihak pengurusan jika perniagaan mendapat keuntungan lebih," katanya.

Dia berkata demikian kepada pemberita ketika mengemas keluar barang-barang perniagaannya dari pusat membeli-belah itu di sini malam tadi. Nasib Zaida mendapat simpati Pengerusi Biro Ekonomi Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan yang hadir mengunjungi butik pakaian Muslimah berkenaan. Utusan Malaysia pada bulan lalu melaporkan fenomena di Suria KLCC kemungkinan akan berulang di Alamanda apabila pihak pengurusan menaikkan kadar sewa yang terlampau tinggi sebagai strategi 'berhemah' untuk 'mengeluarkan' peniaga tempatan bagi mencapai matlamat mereka menjadikan Alamanda sebagai pusat membeli-belah berkelas antarabangsa. Zaida berkata, dia agak terkilan dengan tindakan pihak pengurusan yang tidak mahu meneruskan kontraknya walaupun telah cuba sedaya upaya melakukan apa yang terdaya untuk mengikut arahan dan permintaan pihak pengurusan.

"Ketika mula-mula datang ke sini pada 2004, saya membelanjakan wang sehingga RM300,000 untuk mengubah suai premis yang pada mulanya kosong bagi memuaskan hati pihak pengurusan dengan harapan kontrak saya dapat disambung.

"Itu tidak termasuk dengan kos-kos tambahan lain yang dilakukan kepada premis perniagaan, barang-barang jualan dan ini tidak termasuk dengan gaji pekerja yang perlu dibayar. Kadang-kadang keuntungan yang diperoleh tidak dapat menampung modal terdahulu," katanya.

Sementara itu, Sohaimi menyifatkan tindakan pihak pengurusan Suria KLCC umpama tamak haloba dan seperti mempunyai agenda tersembunyi untuk mengaut keuntungan lebih daripada peniaga-peniaga di pusat membeli-belah tersebut. Menurutnya, sikap rakus pihak pengurusan tidak boleh dibiarkan kerana lebih banyak peniaga tempatan lain kemungkinan bakal menjadi mangsa pada masa depan. Beliau berkata, setakat ini difahamkan terdapat 28 penyewa tempatan berkongsi nasib yang sama dengan Zaida.

"Nasib malang itu bukan saja diterima oleh peniaga bumiputera malah bukan bumiputera juga. Pihak pengurusan sepatutnya tidak menaikkan kadar sewa sesuka hati dengan alasan pusat membeli belah ini dikunjungi ramai orang berbanding ketika ia mula dibuka," katanya.

Beliau turut meminta pihak pengurusan berlaku adil memberikan sewa kepada penyewa sedia ada yang telah membelanjakan sejumlah peruntukan untuk kerja pengubahsuaian premis sejak ia mula dibuka.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Sabah & Sarawak: Hakisan, cetek
Sabah & Sarawak: Hakisan, cetek
08-08-2010 1,808 Views 0 Replies
Pengemis asing di bazar Ramadan kaut RM300 sehari
Pengemis asing di bazar Ramadan kaut RM300 sehari
08-22-2010 1,203 Views 0 Replies
2 Muslim Malaysians on trial deny torching church
2 Muslim Malaysians on trial deny torching church
08-11-2010 1,230 Views 0 Replies
Jom! Karang ayat guna huruf awalan yang sama
Jom! Karang ayat guna huruf awalan yang sama
05-13-2011 9,333 Views 8 Replies
Aloha Dari Ocean gurl
Aloha Dari Ocean gurl
12-26-2013 2,023 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-15-2026, 09:37 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend