02-25-2012, 04:58 PM
Lebih kecil lebih mencabar
Cara menjahit baju kanak-kanak dikatakan lebih rumit berbanding pakaian orang dewasa kerana memerlukan ketelitian yang lebih kerana saiznya.

PAKAIAN siap kanak-kanak, baik kemeja-T, seluar mahupun baju kurung sememangnya banyak dijual di pusat beli-belah atau kedai pakaian. Namun, ada juga segelintir golongan ibu bapa sanggup menempah pakaian si kecil itu kerana ia lebih menepati cita rasa mereka.
Tentu sekali ibu bapa tersebut akan puas melihat baju anak mereka diperbuat daripada fabrik pilihan dan mengikut warna, corak serta potongan yang diinginkan. Ia tentu tampil eksklusif.
Begitupun, harga sepasang baju kurung kanak-kanak yang siap dijahit bukan murah seperti disangka. Sebaliknya, kos yang dibayar sama sahaja dengan harga jahitan pakaian orang dewasa.
Kebiasaannya, harga sepasang baju kurung bayi yang berusia tiga bulan hingga kanak-kanak yang berumur lima tahun dikenakan harga sebanyak RM50 hingga RM60.
Bagi seorang pembuat pakaian kanak-kanak, Jalina Jalin, 33, harga itu adalah berdasarkan kepada beberapa sebab. Paling utama, jahitan pakaian kanak-kanak memerlukan ketelitian dan kesabaran mendalam.
Ibu kepada dua anak yang mengambil tempahan baju kurung kanak-kanak melalui thejellikids.blogspot.com itu mengakui menjahit baju si kecil bukan mudah memandangkan ia melibatkan kerja-kerja rumit dan leceh.
Meskipun baru setahun menjalankan perniagaan itu, Jalina memberitahu, tugasnya sebagai tukang jahit baju kanak-kanak mempunyai cabaran tersendiri.
"Pertama adalah proses mengukur badan baju si kecil ini. Kebiasaan, mereka tidak duduk diam. Sebagai contoh, ada yang menangis kerana tidak mahu diukur malah, ada yang asyik bergerak.
"Apabila itu berlaku, agak mencabar untuk mengambil ukuran. Oleh itu, mereka ini perlu dipujuk terlebih dahulu," ujarnya yang mempunyai pola baju kurung sedia ada mengikut usia kanak-kanak.