Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 27 28 29 30 31 ... 40 Next »

Facebook Berita Harian miliki lebih 300,000 peminat

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Facebook Berita Harian miliki lebih 300,000 peminat
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
03-03-2011, 01:34 PM
bhnews@bharian.com.my
2011/03/03




FACEBOOK Berita Harian Online beri peluang pembaca beri ulasan peribadi.
FACEBOOK Berita Harian Online beri peluang pembaca beri ulasan peribadi.
KUALA LUMPUR: Peminat Facebook Berita Harian Online melepasi 300,000 orang, minggu lalu selepas hanya 15 bulan dilancarkan dengan jumlah keseluruhan semalam mencecah 302,703 orang.

Sejak dilancarkan 25 November 2009, Facebook Berita Harian Online mencatatkan peningkatan peminat yang memberangsang dengan lonjakan 10 peratus, dengan mencatat 143,453 pengguna aktif bagi tempoh 23 Januari hingga 21 Februari lalu. Bagi tempoh sebulan itu juga, jumlah berita dibaca di Facebook Berita Harian turut meningkat kepada 37,589,382, iaitu peningkatan kadar interaktif di laman rangkaian sosial itu sebanyak 11 peratus. Berdasarkan kajian GreyReview, syarikat permulaan teknologi, aplikasi web dan strategi sosial berpangkalan di Asia ke atas 8.8 juta pengguna Facebook di Malaysia bagi tempoh berakhir 1 November tahun lalu, Berita Harian Online berada di tempat pertama di kalangan laman berita tempatan dan ketujuh dalam semua kategori di belakang Upin & Ipin, AirAsia, iluvislam, TV3, McDonalds Malaysia dan Golden Screen Cinemas.

Menerusi platform itu, peminat setia Berita Harian berpeluang memperoleh berita terkini dan memberikan ulasan peribadi berhubung isu yang dimuatkan dalam laman web Berita Harian (http://www.bharian.com.my).

Ia adalah platform alternatif dan interaktif yang disediakan Berita Harian kepada pelanggan, selain Twitter, khidmat pesanan ringkas berita (SMS Alert) dan berita mutakhir pada laman web utama.

Antara kandungan yang dimuatkan dalam Facebook itu, ialah berita terkini mengikut masa sebenar berita yang dipaparkan pada laman web, foto terkini dan video.
Selain memberi peluang kepada pembaca mengambil bahagian dalam aktiviti bancian, pengumuman terkini turut dipaparkan pada laman rangkaian sosial Berita Harian Online bagi memastikan pelanggan tidak ketinggalan dalam mendapatkan maklumat diperlukan.

Turut dipaparkan ialah acara lintas langsung CoverItLive, ucapan sambutan perayaan, pemberitahuan konsep serta kandungan terbaru yang diperkenalkan.
Wink
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Duit loteri habis, petani bakar diri
Duit loteri habis, petani bakar diri
08-08-2010 1,366 Views 0 Replies
Melaka & Negeri Sembilan: Selekoh tagih nyawa
Melaka & Negeri Sembilan: Selekoh tagih nyawa
08-22-2010 1,182 Views 0 Replies
Beri ibu bersalin rehat secukupnya-90 hari
Beri ibu bersalin rehat secukupnya-90 hari
08-13-2010 1,057 Views 0 Replies
Facebook ditutup: Kenyatan balas
Facebook ditutup: Kenyatan balas
01-09-2011 6,056 Views 0 Replies
salam perkenalan
salam perkenalan
03-26-2012 3,736 Views 2 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 04:41 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend