03-19-2011, 12:47 AM
SESUAI dengan namanya, Gegaria, konsert istimewa anjuran akhbar No 1 Malaysia – Harian Metro – di Dataran Tanjung emas, Muar, Johor malam minggu lalu, memang menggegarkan!
Acara kemuncak sempena Karnival Gegaria Harian Metro 2010 yang berlangsung di situ selama dua hari mendapat sambutan hangat apabila kira-kira 30,000 warga Johor dan Melaka turun beramai-ramai untuk berhibur dengan barisan artis popular tanah air iaitu Siti Sarah Raissudin, Azharina, Lufya AF6, Farahdhiya, Izwan Pilus serta dua kumpulan popular Sofaz dan Kristal. Apatah lagi dihoskan Kak Engku atau Raja Azura dari Sinar FM, Konsert Gegaria Harian Metro 2010 bertambah gamat serta riuh rendah.
Bayangkan Kak Engku bukan saja mengusik beberapa penonton dengan gimik ‘badan bergegar’ gara-gara gegaria, malah satu ketika, dia bertanya kepada seorang peminat: “Kau ada ke helikopter?” apabila lelaki itu berkata dia sangat meminati Fasha Sandha!
Selain itu usikan video Peterporn juga mendapat sorakan ribuan peminat pada malam itu. Apa yang jelas, warga Muar dan kawasan berdekatan sangat ‘sporting’ apabila diusik dan diajak ke pentas untuk beramah mesra.
Dengan sambutan hangat itu, tidak salahlah percaturan Harian Metro turun padang dan memilih Muar sebagai destinasi terbaru karnival selepas Taiping pada Februari lalu. Ia mendapat sokongan jenama telekomunikasi terkemuka Celcom serta banyak lagi penaja lain.
Menyorot kembali Konsert Gegaria Harian Metro yang bermula jam 9.15 malam itu, pentas dibuka dengan acara kebudayaan dengan dihoskan bekas peserta Raja Lawak kumpulan Ketampi selain DJ Slumber.
Selepas Kak Engku mengambil alih pentas, konsert itu terus digegarkan dengan kumpulan Sofaz yang tampil menyelamatkan keadaan selepas kumpulan 6ixth Sense yang terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir apabila ayah seorang anggotanya sakit tenat.
Walaupun Sofaz terpaksa menjadi bidan terjun, tidak dinafikan mereka begitu bersemangat dan memberikan persembahan terbaik untuk halwa telinga dan jiwa penonton. Sofaz mengalunkan lagu Bukan Di Sini dan Janjiku sebelum mengakhiri persembahan mereka dengan single terbaru, Dan Bila Esok.
Seterusnya muncul pula Lufya bersama penarinya yang lincah untuk menyampaikan lagu Kaki Pengikis, Diam dan Ayat Ayat Cinta. Persembahan Lufya mendapat bantuan Cikgu Arif Kader yang pernah menjadi koreografer untuk Akademi Fantasia (AF).
“Saya amat berbesar hati apabila menerima undangan Harian Metro untuk menjayakan Konsert Gegaria di Muar. Untuk pengetahuan semua, saya juga berasal dari Johor, justeru, acara malam ini sangat istimewa buat saya kerana dapat bertemu orang sama negeri.
“Julung kalinya juga buat penduduk Muar, saya memperdengarkan single pertama saya, Kaki Pengikis yang belum pernah dipersembahkan secara live di mana-mana pun,” katanya.
Dapat dirasakan lagu Kaki Pengikis akan dapat menjadi popular sedikit masa lagi. Daripada tarian seksi Lufya, pemilik bersuara lantang, Farahdhiya kemudian mengambil alih pentas dengan lagu Berdua Lebih Baik dari filem Heart dan lagu daripada siri lakonannya, Rasa Cinta. Tidak lengkap persembahan Farahdhiya tanpa lagu Bertakhta Di Hati yang memperkenalkan namanya.
Tidak berseorangan di pentas, Farahdhiya turut mengundang dua peminat cilik yang memang pandai menyanyi. Sebelum beredar untuk memberi laluan kepada Izwan Pilus, Farahdhiya sempat meluahkan perasaan gembiranya.
“Penonton Muar memang ‘sporting’ sangat, memang ‘best’! Adik-adik berdua yang menyanyi dengan saya tadi pun, memang bagus. Saya berpuas hati dapat bertemu anda semua pada malam ini,” katanya.
Sebelum Izwan Pilus muncul, Kak Engku mengundang dua pelakon utama filem … Dalam Botol iaitu Wan Raja dan Arja Lee ke pentas. Pelbagai perkara menarik dan lucu sempat dibualkan mereka dalam mempromosikan filem arahan Khir Rahman itu yang dijangka muncul di pawagam tempatan sekitar November ini.
Apabila Izwan Pilus muncul selepas itu, dia begitu yakin berjalan masuk ke tengah-tengah ribuan penonton sambil membuat persembahan. Izwan memulakan persembahannya dengan lagu Kembali Senyum dan mengajak peminat menyanyikan lagu lama, Kenangan Lalu. Sama seperti Lufya, Izwan turut memperdengarkan single terbaru, Bukan Percuma kepada peminat.
Persembahan bertambah hangat sebaik Siti Sarah Raissudin muncul di pentas. Dapat dilihat, kehadiran Sarah sememangnya dirindui, apatah lagi beberapa tahun kebelakangan ini dia agak ‘low profile’.
“Sememangnya sejak awal pembabitan Sarah dalam bidang nyanyian, Harian Metrolah antara akhbar yang banyak menyokong Sarah sehingga ke hari ini.
“Jadi Sarah amat berbesar hati setiap kali dapat bekerjasama dengan Harian Metro, Akhbar No 1 di Malaysia,” katanya.
Tiga lagu diperdengarkan Sarah malam itu bermula Pohon Asmara, Fantasia Bulan Madu dan Jangan Kau Mimpi. Sarah juga bijak berinteraksi dengan peminatnya dengan usikan nakal.
Bagaikan satu kebetulan, acara malam itu turut diserikan rakan seangkatan Sarah iaitu Azharina. Mereka pernah sama-sama bersaing dalam Bintang RTM 2001, tetapi tuah berpihak kepada Azharina yang muncul sebagai juara. Azharina menyampaikan rangkaian lagu popularnya, Elegi Sepi serta Rawan selain lagu popular Rihanna yang rancak Please Don’t Stop The Music.
Selepas dihiburkan dengan lagu pop, balada dan dance, akhirnya hawa konsert itu bertukar menjadi lebih panas apabila kumpulan hard rock, Kristal muncul. Peminat yang tadi duduk terus berdiri dan terbukti Kristal ada kelompok peminat tersendiri di Johor khususnya Muar.
Vokalis Kristal, Razlan, membawakan lagu Si Dewa Dewi, Bertemasya, Cinta Tiga Segi dan medley Memburu Impian dan Selagi Ada Rindu. Mereka selesai membuat persembahan tepat jam 12 tengah malam dan meninggalkan seribu kepuasan.
Konsert Gegaria malam itu turut disaksikan Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Datuk Mustapa Omar; Timbalan Pengarang Kumpulan, Abdul Ghafar Ismail; Pengarang Eksekutif Pengeluaran, Ahmad@Salim Bachok, Pengarang Eksekutif Rencana, Johari Mohamad serta Pengarang Hiburan, Roslen Fadzil.
Pada sebelah petang sebelum acara bermula, artis terbabit sempat berkunjung ke tapak karnival untuk membuat ‘sound check’. Izwan Pilus, Siti Sarah, anggota Kristal dan Sofaz serta bintang filem … Dalam Botol iaitu Diana Danielle, Arja Lee dan Wan Raja, sempat dibawa melawat gerai Celcom dan Rap. Mereka ditemuramah dan menandatangi autograf peminat.
Seperti dijangkakan, kemunculan Diana di tapak karnival itu sememangnya menjadi perhatian ramai peminat yang enggan melepaskan peluang untuk bergambar dengan bintang remaja yang jelita itu secara dekat. Kesempatan itu turut digunakan Diana bagi mempromosikan … Dalam Botol sebelum bergegas ke Singapura bagi menjayakan satu sesi fotografi di sana.
Coret-Coret
# Produser filem … Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman, turut memberi sokongan padu kepada karnival ini apabila bergegas ke Muar, Johor sebaik selesai perbincangan penting di Butterworth, Pulau Pinang.
# Pelakon baru, Arja Lee yang masih menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) pula sanggup menaiki bas dari Pulau Pinang ke Muar, Johor, semata-mata untuk menjayakan acara hebat ini. Walaupun masih baru, memang ramai peminat mengejar Arja untuk mengambil gambarnya.
# Razlan Kristal tiba di Muar ditemani isterinya yang sarat mengandung lapan bulan serta mentuanya manakala Kak Engku datang bersama suami, Adzmin Tan Sri Osman serta anak-anaknya. Farahdhiya pula ditemani sahabat baiknya.
# Dek keadaan yang gelap di belakang pentas, Lufya tiba-tiba terjatuh sehingga kakinya bengkak. Mujurlah ia berlaku selepas selesai menyanyi.
# Semua artis berjaya melepasi laluan trafik yang sesak apabila mereka dibantu pihak polis dari hotel penginapan ke tapak Karnival.
# Selepas acara selesai, Izwan Pilus yang berkebolehan meniru suara artis seperti Azharina, Ning Baizura dan penyanyi Hindustan, Lata Mangeshkar serta Alka Yagnik, tidak habis-habis ‘dikerah’ menyanyi oleh Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil. Malah, nyanyian Izwan itu turut dirakamkan ke dalam telefon bimbit.
Sumber : Harian Metro