08-06-2010, 06:46 PM
.jpg)
6 OGOS 2010: Lama betul Murai Batu tak dengar cerita pasal rocker dan penceramah bebas iaitu Akhil Hayy. Bagaimana agaknya kehidupan Akil sekarang ini selepas mendirikan rumahtangga dengan penyanyi Waheeda?
Murai Batu harap-harapnya semuanya baiklah hendaknya. Seperkara lagi yang membuatkan Murai Batu tertanya-tanya, adakah mereka bakal menimang cahaya mata? Al-maklumlah, dah lama jugak mereka berkahwin. Jadi, tentulah ramai nak tahu perkembangan terkini Waheeda. Dah berisi ke belum?
Dalam sibuk Murai Batu tertanya-tanya, akhirnya seorang teman memberitahu Waheeda belum hamil lagi, Kata teman Murai Batu lagi, perkara itu telah disahkan sendiri oleh Akil.
Teman Murai Batu telah berjumpa sendiri dengan Akhil sewaktu menghadiri sebuah acara makan malam eksklusif yang telah dianjurkan oleh pihak Astro Entertainment Sdn Bd (AESB) di Restoran Delucca di ibu kota, malam tadi. Bagaimanapun, Akhil yang segak mengenakan sut hitam hadir tanpa ditemani isterinya. Sebaliknya, dia hanya datang berseorangan saja.
Teman Murai Batu pun terus ambil kesempatan untuk bertanyakan Akhil tentang perkembangan terbaru dalam kerjaya seninya. Rupa-rupanya, Akhil baru saja menubuhkan Akhil Hayy Network yang telah pun mula beroperasi di bandar Kajang.
Khabarnya bermacam-macam produk akan dikeluarkan di bawah syarikatnya ini dan pakej umrah adalah salah satu daripadanya. Untuk pakej umrah tersebut, Akhil bukan saja akan bekerjasama dengan Tabung Haji tetapi juga beberapa agensi pelancongan yang berkaliber serta mempunyai rekod yang bersih.
Kata teman Murai Batu itu lagi, pakej umrah itu sudah boleh diperolehi sepanjang bulan Ramadan nanti. Tetapi, syaratnya kena cukup 40 orang untuk setiap setiap rombongan.
Untuk menjelaskan lebih lanjut tentang penubuhan Akhil Hayy Network serta produk-produk yang bakal dikeluarkannya nanti termasuklah pakej umrah ini, Akil khabarnya akan mengadakan sidang media dengan wartawan nanti tidak lama lagi. Di situ nanti, Akhil boleh menjelaskan segala-galanya dan wartawan pun boleh tanya apa saja yang berkaitan dengan syarikatnya itu.
MURAIBATU: Khabarnya ramai yang datang menyaksikan konsert Slash, malam tadi.
from: murai.com

