Mungkin ada yang tidak setuju dengan kenyataan ini. Zaman kini teknologi telah mencapai kemuncak yang tidak pernah terbayang sepanjang 20 tahun lepas. Semua benda jadi mudah. Tapi, kemudahan dan kesenangan yang terhasil daripada teknologi ni taklah semua positif. Satu yang aku dapat lihat adalah kurangnya kreativiti individu.
Remaja dan juga golongan dewasa semua pasti ada telefon bimbit. Aku tengok Aci tukang sapu pon daH ada smartphone dan mampu main internet. Justeru aku yakin mostly korang memang up to date dengan teknologi terkini. Sama juga macam aku. Susah nak buang tabiat dari berenggang dengan telefon bimbit dalam satu sela masa yang lama. Seolah-olah satu kewajipan pula.
Ok. Merujuk kepada kenyataan aku akan kekurangan kreativiti oleh mahasiswa masa kini, aku melihat kepada kebolehan mereka untuk menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka. Mereka tak mampu nak berfikir lebih dalam. Semua nak kalau boleh sama je seperti dalam nota atau slide pengajaran. Kalau tanya lain sedikit mereka dah tak boleh nak jawab. Ini memang hakikat. Zaman dahulu kala boleh dikatakan pelajarnya lebih banyak berfikir dan berkebolehan untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang lebih kompleks dan mencabar walaupun bersumberkan bahan pembelajaran yang terhad. Zaman sekarang ni semua maklumat di hujung jari. Dahulu perlu cari buku rujukan di perpustakaan dan cari bahan dari senior.
Mahasiswa masakini lebih cenderung untuk bermain telefon bimbit dan melayari internet untuk melihat update terkini media sosial dan bermain games. Masa yang diperuntukan untuk belajar sangat berkurang. Ini mendorong generasi kini agak malas berfikir.
Apa kata anda? Setuju atau tidak boleh komen. Ini pandangan peribadi saya atas kapasiti sebagai seorang pendidik.


