Senaman dan kesihatan adalah cukup berkait rapat. Ada yang mencari formula untuk mencari senaman terbaik untuk tubuh badan, terutamanya senaman untuk kekal kurus. Namun, tidak semua jenis senaman sesuai dengan setiap individu terutamanya berkaitan dengan faktor usia. Ketika muda remaja, banyak jenis senaman boleh dilakukan terutamanya senaman yang menggunakan beban namun jika telah berusia, senaman jenis mengangkat beban dan berlari adalah tidak sesuai kerana ia boleh memberi kesan tidak baik keatas tulang.
Jadi, memilih senaman yang betul adalah perlu. Salah satu senaman yang disyorkan untuk mereka yang telah berusia dan memiliki berat badan berlebihan adalah senaman mengayuh. Mengayuh basikal memberi kesan yang baik keatas stamina dan otot. Jadi, bolehlah buat senaman kayuh basikal untuk kesihatan yang baik.

