Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Admin nak kongsi sikit pengalaman admin dengan kad kredit. Bagus ke guna kad kredit ni? Ada ke risikonya?
Menjawab soalan bahawa bagus ke tidak guna kad kredit ni ada pro and contra. Bagi Admin ia bergantung kepada disiplin pengguna. Admin nampak kebaikkan kad kredit ini adalah untuk memudahkan anda membuat bayaran tanpa membawa wang tunai. Banyak gudang jualan dan kedai-kedai kecil sudah ada mesin untuk membayar menggunakan kad kredit. Jika anda tidak ada cash dalam tangan masih boleh membuat belian jika anda ada kad kredit yang aktif. Namun, perlu diingat bahawa kad kredit berfungsi untuk mendahulukan bayaran bukan untuk buat hutang!
Jika anda bayar terus secara penuh segala pembelian menggunakan kad kredit sebelum melepasi tempoh matang maka anda tidak akan dikenakan sebarang interest. Malahan, sesetengah kad kredit menawarkan Cash Rebate untuk setiap belian menggunakan kad kredit. Saya sendiri memegang 3 keping kad kredit yang menawarkan cash rebate sama ada membeli barangan keperluan harian ataupun petrol.
Jika anda lewat membuat bayaran penggunaan kad kredit, anda akan dikenakan sedikit interest. Kebiasaannya, interest ini dikira berdasarkan (nilai interest setahun)/12 darab baki bayaran belum jelas. Semakin lambat anda tidak membayar semakin banyak interest yang dikenakan keatas anda.
Ok ni part paling penting. Adakah kad kredit anda selamat? Apa yang perlu dibuat jika kad kredit anda digunakan oleh pihak ketiga?
Saya nak cerita pengalaman saya yang mana kad saya telah diFRAME atau digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk urusan atas talian. Saya cukup pelik kerana saya sangat menjaga kad kredit saya dan tidak sewenang-wenangnya memberikan kepada sesiapa. Jadi, bagaimana kad saya boleh digunakan dengan mudah oleh individu lain? Selain itu, penggunaan kad kredit secara atas talian memiliki keselamatan gandaan apabila sebarang transaksi perlu melalui TAC Code yang dihantar di telefon bimbit berdaftar pemilik kad.
Seingat saya, saya hanya menggunakan Kad kredit saya atas urusan pembelian Petrol di stesyen minyak, booking hotel atas talian dan juga membeli tiket-tiket konsert.
Jadi, apabila kad saya digunakan sebanyak RM2500 oleh individu tidak bertanggungjawab, saya menjadi panik seketika. Scammer tersebut menggunakan kad saya pada pukul 12 tengah malam mujur saya belum tidur. Saya dapat sms bahawa kad saya telah digunakan sebanyak 2500. Saya terus call kad kredit centre seperti ditulis di atas kad kredit tersebut. Saya memaklumkan penggunaan tersebut dibuat bukan saya dan meminta pihak bank menyekad kad kredit tersebut. Selepas itu pada keesokan harinya, saya terus ke cawangan bank berhampiran untuk membuat report dan mengisi borang khas yang disediakan. Dalam tempoh kurang seminggu, masalah saya telah diselesaikan dan wang tersebut telah dikembalikan kepada saya.
Jadi, jika berlaku kes sebegini jangan panik. Buatlah seperti yang saya sarankan sebentar tadi. Selepas ini, kita perlu menggunakan kad kredit kita secara berhati-hati terutamanya membuat tempahan atas talian. Kita tidak tahu website digunakan adakah selamat atau tidak. Seeeloknya, gunakan FTX transfer.
Sekian terima kasih.

