Kecoh baru-baru ini apabila wujud satu petition yang meminta untuk menurunkan gred lulus matematik tambahan kepada 5% sahaja. Petition tersebut nampaknya mendapat sambutan hangat. Persoalannya benarkan soalan matematik tambahan susah? Setelah melihat soalan tersebut saya rasa soalan tersebut mudah. Mungkin level saya melihat soalan itu senang.
Persoalannya benarkah soalan Add math tersebut benar-benar susah untuk level SPM sehingga mereka membuat petisyen yang cukup tidak masuk akal? Saya masih ingat soalan Add math zaman SPM saya dulu juga tidak mudah dan ramai juga antara rakan-rakan saya yang gagal Add Math pada tahun tersebut. Saya antara 4 orang di sekolah saya yang dapat A1 dalam add math.
Bukan susah menjadi persoalan total tetapi adakah persediaan para pelajar ini mencukupi? Saya percaya jika pelajar membuat persediaan yang cukup, mereka pasti mampu menyelesaikan soalan yang susah.
Zaman sekarang, belajar semakin mudah namun cabaran mereka lebih besar. Maklumat mampu diperoleh dengan mudah namun tarikan laman sosial dan pelbagai permainan telefon pintar. Mungkin inilah sebab pelajar sekarang ada yang betul-betul cemerlang (memanfaatkan teknologi untuk mencari maklumat) dan yang tidak cemerlang (lena dengan pelbagai tarikan internet / teknologi).
Ringkasnya, pelajar perlu berusaha gigih untuk mencapai kecemerlangan.