Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 36 37 38 39 40

Duit loteri habis, petani bakar diri

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Duit loteri habis, petani bakar diri
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-08-2010, 08:34 PM
2010/08/08

KUCHING: Seorang petani warga tua yang pernah hidup mewah selepas memenangi wang loteri berjumlah hampir RM1 juta lima tahun lalu berakhir dengan dia membakar dirinya sendiri kerana kehabisan wang berkenaan.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku dalam minggu ini, mangsa yang hanya dikenali sebagai Khoo, 63, berasal di Batu 29, Jalan Kuching-Serian, dikatakan bertindak mengorek lubang kubur di belakang rumahnya sendiri sebelum menyimbah petrol dan menyalakan api pada tubuhnya. Difahamkan, Khoo yang memenangi loteri berjumlah RM750,000 terpaksa hidup merempat gara-gara terlalu boros membelanjakan wang itu selain pernah membeli nombor ekor berjumlah RM1,800 setiap kali cabutan dengan harapan mendapat pulangan lebih besar. Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Jamali Umi, berkata setakat ini kejadian berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dengan pihaknya percaya kejadian itu tidak mempunyai sebarang unsur khianat.

"Mayat mangsa hanya ditemui anak saudaranya yang melawat rumahnya kira-kira jam 7 petang semalam (kelmarin) kerana ingin bertanya khabar selepas mereka tidak berhubung bagi tempoh yang agak lama.

"Anak saudaranya yang menemui lubang berkenaan bertindak menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian yang menimpa bapa saudaranya itu. Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Simunjan bagi pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, salah seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali memaklumkan, pakciknya itu tidak pernah berkahwin dan tinggal seorang diri kerana mengusahakan tanaman sayur di kebun bersebelahan rumahnya.

"Sebaik menang wang loteri, pakcik terus berhenti daripada mengusahakan kebun sayur selain sempat membina rumah baru, melancong ke luar negara beberapa kali serta membeli lebih banyak nombor ekor dengan harapan mendapat keuntungan besar.

"Namun nasib tidak menyebelahinya menyebabkan dia terpaksa menjual bahagian rumah yang diperbuat dari besi bagi meneruskan kehidupan. Mungkin akibat terlalu tertekan, dia bertindak membakar dirinya sendiri," katanya.

PINGU: tu la tamak sangat.. sekali menang tu patutnya buatla benda lain.. melabur secara bijak ke ini x.. boros!!
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
China overtakes Japan as world's No. 2 economy
China overtakes Japan as world's No. 2 economy
08-19-2010 1,383 Views 0 Replies
Melaka & Negeri Sembilan: Selekoh tagih nyawa
Melaka & Negeri Sembilan: Selekoh tagih nyawa
08-22-2010 1,182 Views 0 Replies
Ibu Bapa menghilangkan diri tinggalkan 9 orang anak
Ibu Bapa menghilangkan diri tinggalkan 9 orang anak
08-22-2010 1,820 Views 0 Replies
pingu baru
pingu baru
01-31-2012 2,170 Views 2 Replies
Facebook ditutup: Kenyatan balas
Facebook ditutup: Kenyatan balas
01-09-2011 6,056 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Isu rusuhan kaum di sungai petani Mr.Pingu 0 2,666 12-19-2012, 01:03 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 05:22 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend