Berderau Darah aku bila lihat wall Facebook aku orang duk update status pasal rusuhan kaum yang dikhabarkan berlaku di Sungai Petani, Kedah antara Kaum Melayu Islam dan India. Maka aku pun terus search di blog-blog dan nampaknya ada yang sudah menceritakan perkara tersebut. Akan tetapi jika benar perkara ini berlaku mengapa tidak sedikit pun disiarkan dalam akbar? Adakah kerana bimbang akan mencetuskan huru-hara di seluruh negara?
Bagi saya, kita hidup di dalam negara yang berbilang kaum ini jangan ada dengki, iri hati dan buruk sangka. Kita perlu sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain tidak kira bangsa dan agama. Adakah kita semua mahu mengorbankan kehidupan harmoni dan aman damai demi untuk memuaskan nafsu masing-masing dengan memupuk kebencian antara kaum? Janganlah jadi begitu.
Saya berharap agar isu ini tidak benar dan jika ia benar, harapan saya agar ia akan pulih secepat mungkin. Pihak berwajib wajar mengambil tindakan dengans egera untuk menenangkan keadaan. Kepada rakyat semua jangan panik dan jangan berbuat sesuatu yang akan mengeruhkan suasana. Sekian sahaja.
p/s: ada laporan mengatakan hal ini tak benar dan hanya melibatkan golongan-golongan samseng. Wallahualam..