08-08-2010, 08:35 PM
bhnews@bharian.com.my
2010/08/06
Pelepasan air Empangan Chereh tingkat paras Sungai Kuantan
KUANTAN: Air Empangan Chereh di Sungai Lembing mula dilepaskan secara berperingkat mulai kelmarin, sebagai langkah persediaan menghadapi musim tengkujuh serta memastikan ia mempunyai ruang mencukupi bagi menampung air hujan bagi mengelak berlaku limpahan. Pelepasan itu yang pertama kali dilakukan sejak empangan itu siap pembinaannya pada 2008, disaksikan sendiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Safian Ismail. Muhammad Safian berkata, pelepasan itu akan mengurangkan sebanyak 30 peratus daripada 250 juta meter padu air di empangan itu kepada 190 juta meter padu, iaitu kepada paras 70 meter.
Beliau berkata, pelepasan air itu akan dilakukan secara berterusan selama hampir dua bulan dan akan menyebabkan berlaku implikasi terutama kenaikan paras air Sungai Kuantan sehingga satu meter.
“Ia juga menyebabkan berlaku perubahan bau serta warna air dan pertambahan kandungan bahan galian besi dalam air Sungai Kuantan.
“Kita juga menjangkakan air terawat dari loji rawatan air Sungai Lembing, Panching dan Pasir Kemudi juga akan mengalami sedikit perubahan warna tetapi tidak begitu ketara,” katanya di sini kelmarin.
Empangan Chereh adalah sebahagian daripada Projek Rancangan Bekalan Air Greater Kuantan Fasa 2 yang mempunyai keupayaan membekalkan 1,934 juta liter air sehari.
Projek itu mempunyai kawasan tadahan seluas 152 kilometer persegi dan kawasan tadahan seluas 16.2 kilometer persegi.
Bagaimanapun, Muhammad Safian berkata, pelepasan itu dijangka tidak memberi kesan negatif kepada aktiviti nelayan sungai dan penduduk Perkampungan Orang Asli Sungai Mas sebaliknya pelepasan air juga membawa turun banyak ikan daripada empangan terbabit.
Sementara itu, Pegawai Kawal Selia, Badan Kawal Selia Air Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Ainol Rasyidah Abdul Rahim, berkata pelepasan air akan dilakukan melalui diversion culvert terus ke sungai dengan kadar pelepasannya dikawal sebanyak 20 peratus bagi mengawal aliran sungai dan mengelakkan banjir.
“Bagi tujuan pelepasan, hanya pintu pertama akan dibuka, manakala pintu ketiga hanya dibuka pada musim hujan,” katanya.