08-08-2010, 08:38 PM
bhnews@bharian.com.my
2010/08/06
DBKK heret pemandu ingkar saman ke mahkamah
KOTA KINABALU: Pesalah trafik yang dikenakan kompaun Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berdepan dikenakan denda sehingga 10 kali ganda daripada nilai asal kompaun jika gagal membayar dalam tempoh ditetapkan, selain kes dibawa ke Mahkamah Bandaraya. Pegawai Perhubungan Awam DBKK, Syron Tunggolou, berkata ramai pesalah trafik tidak menyedari perkara itu, menyebabkan ada yang membiarkan kompaun hingga menerima notis saman untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah. Selepas menerima notis saman ke mahkamah, katanya, barulah pesalah terbabit mengetahui jumlah denda kompaun yang perlu dibayar meningkat berkali ganda kerana ditambah dengan kos mahkamah.
"Kompaun yang mulanya hanya membabitkan denda RM30 akan meningkat jika sudah dikeluarkan notis saman ke mahkamah. Pesalah trafik seharusnya tahu perkara ini dan tidak berlengah menyelesaikan bayaran denda apabila dikompaun DBKK.
"Apabila sudah ada notis saman, pesalah trafik tidak lagi boleh membuat rayuan meminta pengurangan denda. Dalam keadaan itu, jika tidak mahu dibicarakan, mereka terpaksa juga membayar jumlah yang tinggi.
"Bayangkan kalau ada dua atau tiga kompaun, tentu banyak yang perlu dibayar," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Kelmarin, katanya, sebanyak 31 kes saman kesalahan trafik DBKK dibawa ke Mahkamah Bandaraya dengan 19 daripadanya diselesaikan di luar mahkamah manakala 12 lagi dikeluarkan waran tangkap kerana gagal menghadiri perbicaraan.
Beliau berkata, kebanyakan pesalah trafik yang menerima notis saman untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah itu setiap Rabu mengambil pendekatan membayar denda di luar mahkamah bagi mengelak dibicarakan.
"Setakat ini tiada pesalah trafik yang dibicarakan di Mahkamah Bandaraya kerana semua yang diberi notis datang melunaskan denda supaya tidak dibicarakan. Kalau awal lagi mereka membayar denda, sudah tentu mereka tidak menanggung kos yang tinggi seperti dikenakan selepas dikeluarkan notis mahkamah.
"Bagi pesalah trafik yang tidak membayar denda atau gagal menghadiri perbicaraan selepas diberikan notis saman, mereka akan diberikan waran tangkap dan dibicarakan semula jika dalam tempoh waran mereka belum menyelesaikan kes masing-masing," katanya.
Syron berkata, pesalah trafik di bandar raya ini yang melakukan kesalahan mengikut Undang-Undang Kecil Tempat Letak Kereta 2003 boleh dikenakan kompaun sehingga RM500 dan sehingga RM5,000 jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Bandaraya.