Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 20 21 22 23 24 Next »

Bekas Isteri Akhil Hayy Nikah Chef 9 Ogos

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Bekas Isteri Akhil Hayy Nikah Chef 9 Ogos
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-08-2010, 09:23 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Maizawati bakal menamatkan zaman jandanya pada 9 Ogos ini.

SELEPAS dua kali terpaksa menangguhkan tarikh perkahwinan, akhirnya bekas isteri kepada penyanyi nasyid Akhil Hayy, Maizawati Zainal,35, mengesahkan untuk bernikah dengan pasangannya, Mohd Yassin Rahim,23, pada 9 Ogos ini di Ipoh, Perak. Majlis tersebut dijangka berlangsung selepas Zohor di salah sebuah masjid di Ulu Kinta, dalam suasana penuh sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga, rakan terdekat dan wakil media.

Wanita yang mesra dengan panggilan Maiza ini berkata dia dan pasangannya yang juga seorang Chef, menetapkan tarikh perkahwinan itu pada minggu lalu dan mahu melaksanakan yang wajib terlebih dahulu.

“Kadangkala apa yang kita rancang tu tak selalu menjadi. Tapi kali ini, kami tidak mahu merancang sangat dan berharap semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diinginkan.
“Sebelum ini, kami banyak kerja dan komitmen lain sehingga beberapa kali terpaksa menangguhkan perkahwinan. Tetapi kali ini kami betul-betul nekad sebab selepas ini kami berdua akan bekerjasama untuk membuka perniagaan di Kuala Lumpur.

“Insya-Allah, pada bulan puasa ini, kami akan membuat bisnes produk Madu Herba Maiza dan menjadi ejen busana muslimah yang menjual baju kebaya, kebarung, jubah dan tudung,” kata duta Avon Intimate itu kepada mStar Online.

Maiza berkata, dia tidak menetapkan wang hantaran sebaliknya menerima mas kahwin sebanyak RM101 berserta lima dulang hantaran termasuk senaskhah al-Quran. Sementara pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran daripadanya.

“Selepas bernikah, kami akan membuat sedikit kenduri doa selamat di rumah saya. Setakat ini, kami belum merancang apa-apa majlis resepsi tetapi kalau ada rezeki Insya-Allah kami akan buat. Begitu juga sebelah pihak lelaki, kalau ada rezeki kami akan buat majlis pada tahun depan di Sabah,” ujarnya lagi.

Bakal suami Maiza berasal dari Likas, Sabah dan pernah bekerja sebagai Chef di Singapura. Atas kepakaran itu, pasangan yang berbeza usia 12 tahun itu juga merancang untuk membuka sebuah restoran di Kuala Lumpur. Menariknya, Mohd Yassin bercadang untuk memasak menu lauk pengantin untuk upacara makan beradap. Sementara lauk-pauk untuk tetamu akan dimasak secara gotong-royong oleh keluarga dan jiran tetangga Maiza.

Maiza pernah berkahwin sebanyak dua kali termasuk dengan penyanyi dan penceramah Akhil Hayy. Mereka bercerai pada 15 Julai 2009 dan mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan itu. Maiza juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya. Sementara Akhil telah pun mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan penyanyi Waheeda.

KOMEN: erm.. dia nie bukalah artis.. tp kenapa mesti ada cerita pasal dia nie ek.. dia hanya bekas isteri akil hay.. mmm cari populariti ke? BTW suami baru 23 tahun?? 12 tahun lg muda dari dia? erm.. xla begitu sesuai.. takut2 bila dah tua ada masalah.. huhu
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Mia sara yang Comel sangat- sangat
Mia sara yang Comel sangat- sangat
11-08-2010 2,512 Views 0 Replies
Iqram Dinzly: Saya Nak Kahwin, Nak Anak!
Iqram Dinzly: Saya Nak Kahwin, Nak Anak!
08-19-2010 2,149 Views 0 Replies
Raja Azmi tidur lokap
Raja Azmi tidur lokap
08-20-2010 1,386 Views 0 Replies
Soalan sama dijawab oleh tiga orang manusia.. renung-renungkanlah
Soalan sama dijawab oleh tiga orang manusia.. renung-renungkanlah
08-08-2010 1,690 Views 1 Replies
katak O! Katak mengapa kau panggil Hujan?
katak O! Katak mengapa kau panggil Hujan?
01-28-2011 17,804 Views 18 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Akhil Hayy Tengah Sibuk Bikin Pakej Umrah Mr.Pingu 0 1,933 08-06-2010, 06:46 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 01:49 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend