Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 25 26 27 28 29 ... 40 Next »

Polis sahkan kes kematian pegawai kanan kastam di bangunan SPRM tiada unsur jenayah

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Polis sahkan kes kematian pegawai kanan kastam di bangunan SPRM tiada unsur jenayah
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
04-22-2011, 11:11 PM
KUALA LUMPUR: Misteri kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane, pada 6 April lalu terjawab selepas polis mengesahkan kes itu tiada unsur jenayah. Berikutan itu, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut berdasarkan siasatan dan hasil ujian makmal yang dilakukan polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Jabatan Kimia. Keputusan itu diperoleh selepas Pasukan Khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah yang ditubuhkan sejurus kejadian berlaku, melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar ke Pejabat Peguam Negara minggu depan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata hasil siasatan membuktikan tiada sebarang unsur jenayah dalam kematian Ahmad Sarbani dan keputusan itu dijangka mampu membantu Pejabat Peguam Negara membuat keputusan atau menubuhkan suruhanjaya khas jika keadaan memerlukan. Zulkifli berkata, hasil laporan makmal menunjukkan Sarbani maut kerana kecederaan serius pada kepala selepas terjatuh dari tempat tinggi.

“Selepas menjalankan siasatan secara mendalam, kami membuat kesimpulan mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut. Saya berpuas hati dengan kertas siasatan yang dilakukan itu dan tidak perlulah saya mengulas lanjut kerana yakin semua pihak akan faham berhubung kes ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Kor Kadet Polis ke-41 di Astaka, Titiwangsa, di sini semalam.
Ahmad Sarbani ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan pejabat SPRM itu selepas dilaporkan pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Zulkifli berkata, pasukan penyiasat khas itu juga sudah mengenal pasti punca serta bagaimana kejadian itu berlaku bagi menghentikan pelbagai spekulasi yang timbul berhubung kematian pegawai kanan cawangan import eksport itu.

Mengulas tindakan lakonan semula kejadian itu, Zulkifli berkata, ia dilakukan bagi membantu polis mencari jawapan bagaimana mangsa terjatuh dari tingkat 3, bilik pantry bangunan SPRM itu.

Sepanjang siasatan dijalankan juga, pasukan khas (PDRM) juga sudah memanggil 48 individu termasuk pegawai SPRM dan keluarga mangsa untuk dirakam percakapan.

Terdahulu pada majlis yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur Mohd Adenan Deraman, Zulkifli berkata, kor kadet polis menjadi pemangkin kepada remaja untuk tidak membabitkan diri dalam salah laku pelajar, masalah disiplin dan jenayah ketika meningkat dewasa.

“Kalau hendak kekalkan disiplin remaja, pembabitan diri dalam kor kadet polis dan unit beruniform lain dapat membantu mereka membentuk sahsiah diri yang baik. Jadi ketika dewasa mereka tidak terjebak kepada masalah sosial," katanya.

Beliau berkata, statistik jenayah indeks turun 10 peratus bagi tahun ini berbanding tahun lalu dan jenayah jalanan pula turun 21 peratus bagi tempoh yang sama.

Sementara itu, Mohd Adenan berkata, cabaran bagi pelajar di kawasan bandaraya sangat tinggi dari segi pembentukan sahsiah diri dan disiplin. Pembabitan dalam aktiviti kokurikulum dapat mendidik mereka menjadi pelajar berdisiplin.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Malaysia's Anwar loses bid to lift sodomy charges AFP - Monday, August 16
Malaysia's Anwar loses bid to lift sodomy charges AFP - Monday, August 16
08-23-2010 1,088 Views 0 Replies
SELANGOR KEKAL KEPUTUSAN TIDAK BENARKAN SYABAS NAIKKAN TARIF AIR
SELANGOR KEKAL KEPUTUSAN TIDAK BENARKAN SYABAS NAIKKAN TARIF AIR
08-04-2010 4,368 Views 3 Replies
Walaupon ketagih seks,gadis dipaksa keluarga mengaku dirogol
Walaupon ketagih seks,gadis dipaksa keluarga mengaku dirogol
08-10-2010 2,789 Views 0 Replies
Isteri Tanggung Suami ?
Isteri Tanggung Suami ?
08-08-2010 2,269 Views 1 Replies
business talk
business talk
06-20-2022 4,589 Views 14 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Pegawai polis dilatih jadi 'pakar' judi Mr.Pingu 0 1,604 11-20-2010, 08:41 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 01:26 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend