Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 14 15 16 17 18 ... 24 Next »

Fina bakal juara akademi fantasia 9 (AF9)?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Fina bakal juara akademi fantasia 9 (AF9)?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
05-07-2011, 10:46 AM (This post was last modified: 05-07-2011, 10:49 AM by Mr.Pingu.)

AZNIL Nawawi menjulang tangan Raqib yang menjadi peserta terbaru yang disingkir daripada AF9.

KONSERT Minggu Keempat Akademi Fantasia 9 (AF9) Sabtu lalu seakan-akan memberi cahaya baru dalam kesuraman program realiti televisyen (TV) yang merupakan musim terakhirnya itu. Ini kerana, sejak AF9 bersiaran kebanyakan peserta yang ditonjolkan dalam program terbitan Astro Ria itu belum menunjukkan penyerlahan suara yang betul-betul memukau para penonton. Malah, para pengkritik pertandingan nyanyian itu, Fauziah Ahmad Daud dan Hattan setakat ini belum meluahkan pujian yang tinggi melangit sehinggalah konsert mingguan yang lalu itu.

Pada konsert mingguan AF9 itu, kemasukan Fina buat julung kalinya menerusi Operasi Gugur minggu lalu ternyata bukan setakat menarik perhatian para penonton, tetapi juga pengkritik tersebut. Fina yang menyanyikan lagu All By Myself (Celine Dion) menunjukkan keupayaan suaranya yang bertenaga sehingga suasana di Studio 1 Astro menjadi gamat dengan pekikan para penonton. Hattan yang sebelum ini tanpa belas kasihan sering melontarkan kritikan-kritikannya yang pedas terhadap kebanyakan peserta AF9 seolah-olah termanggu dengan kehebatan vokal Fina.

"Bagi saya, awak (Fina) adalah juara dalam pencarian ini. Kalau bukan daripada segi khidmat pesanan ringkas (SMS), kita sebenarnya sudah jumpa juara AF9," komennya seperti berterus terang.

Peserta AF9 berusia 18 tahun berasal dari Melaka itu memang mengujakan kerana biarpun baru pertama kali ditampilkan melalui program itu tetapi dia sudah menunjukkan auranya sendiri. Pemilik nama sebenar Nur Shafinaz Jebat yang diserapkan dalam AF9 pada minggu lalu kerana sebelum ini dia berusia bawah 18 tahun sewaktu menyertai uji bakat program ini. Malah, Fina yang turut dimasukkan bersama Hazama telah menunjukkan peningkatan apabila berada di tangga ke dua dengan undian SMS 14 peratus selepas Hazama (18 peratus).

AF9 terus merungkai episod duka apabila Raqib menjadi peserta yang disingkirkan daripada AF9 apabila menerima undian SMS terendah iaitu sebanyak 8 peratus daripada para penonton. Selain Hazama dan Fina undian SMS yang diterima diikuti oleh Lena (13 peratus), Erul (10 peratus), Nera (10 peratus), Afif (10 peratus), Azri (9 peratus) dan Kay (8 peratus).
Bukan setakat Hattan, malah Pengetua AF9, Amy Search juga mengakui kehebatan vokal Fina yang lantang serta berupaya menyanyikan lagu-lagu yang bernada tinggi.

"Saya melihat keupayaan Fina itu sewaktu pertama kali melihatnya menyanyi di mana selepas itu saya terus memberikannya lagu-lagu bernada tinggi. Saya yang pilihkan lagu untuk dia malam ini.

"Saya sengaja mahu melihat kemampuannya menyanyikan lagu seperti All By Myself. Saya beri cabaran itu supaya para penonton akan dapat melihat kekuatan vokalnya," jelasnya.

Bukan AF9 jika tiada sebarang kejutan apabila minggu lalu program realiti TV itu sekali lagi melakukannya dengan tidak mengumumkan seorang lagi peserta yang sepatutnya disingkirkan. Pengacara pertandingan itu, Aznil Nawawi berkata, kejutan itu secara tidak langsung akan memberi ruang para peserta AF9 yang ada mempertingkatkan mutu persembahan mereka.
"Secara tidak langsung ia juga akan memberi peluang kepada para peminat supaya terus mengundi peserta pilihan mereka. Ini adalah kejutan yang tidak pernah dilakukan dalam AF," ujarnya.

Sementara itu, Raqib atau Fahrur Raqib Abdul Majid, 20, berkata, dia berasa terkilan kerana disingkirkan daripada AF9 biarpun menunjukkan prestasi persembahan yang baik malam itu. Bagaimanapun, peserta berasal dari Kelebang Jaya, Melaka itu tidak mahu menyalahkan kemasukan Fina dan Hazama sebagai salah satu punca penyingkirannya itu.

"Bagi saya, kemasukan Fina dan Hazama dalam AF9 memberi semangat buat saya dan para peserta yang lain. Kemasukan mereka berdua dalam AF9 bukan satu tekanan buat kami.

"Sebaliknya, kami berasa bangga kerana pada malam ini telah menunjukkan prestasi yang baik biarpun sebelum ramai orang mengata persembahan kami," katanya selepas konsert itu.

Dengan penyingkiran Raqib yang pada konsert itu menyanyikan lagu Menghitung Hari (Kris Dayanti), AF9 diteruskan saingannya oleh Erul, Nera, Lena, Afif, Hazama, Azri, Kay dan Fina.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Jimmy (Pengacara AF8) nak kahwin Oktober ini?
Jimmy (Pengacara AF8) nak kahwin Oktober ini?
08-20-2010 2,138 Views 0 Replies
Percintaan Yusri dan Maya Karin
Percintaan Yusri dan Maya Karin
11-03-2010 1,517 Views 0 Replies
Peluang berhari raya bersama datuk Siti Nurhaliza?
Peluang berhari raya bersama datuk Siti Nurhaliza?
08-18-2010 2,347 Views 0 Replies
Sembang Ramadan: Aiskrim
Sembang Ramadan: Aiskrim
07-21-2012 3,264 Views 0 Replies
Jom! Karang ayat guna huruf awalan yang sama
Jom! Karang ayat guna huruf awalan yang sama
05-13-2011 9,332 Views 8 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#2
05-07-2011, 04:30 PM
aku undi hazama takder nya fina tuh leh menang.. caiitt...
Segalanya ada disini..
Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#3
05-07-2011, 05:14 PM
cis! den x tengok lgsung AF9. kuikuikui
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#4
05-07-2011, 05:40 PM
(05-07-2011, 04:30 PM)akuccputsedut Wrote: aku undi hazama takder nya fina tuh leh menang.. caiitt...

pompuan mesti undi laki nyer.. hazama tu bukan penyanyi meet uncle hussain yg baru ke? motif bleh masuk AF!

(05-07-2011, 05:14 PM)nad_dd257 Wrote: cis! den x tengok lgsung AF9. kuikuikui

sama la kita give me 5! Tongue
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#5
05-08-2011, 01:19 AM
aku undi hazama bukan sebab dia lelaki.. tapi sebab dia best.. fina tuh cam nyampah arr aku tgk dia... boring arr... sebenor dia nyanyi tak unik pung... cam biasa jer.. cuma ada kelebihan leh bawak high note... errrmmm.. tak best arr fina..
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#6
05-08-2011, 11:32 AM
Kalau aku masuk AF mesti ko undi aku.. sbb ramai suh aku masuk Af.. ahaks.. wakakaa
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#7
05-08-2011, 05:40 PM
takmo arr aku undi ko.. pe jadah.. perabih duit aku jer..
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#8
05-08-2011, 05:53 PM
(05-08-2011, 05:40 PM)akuccputsedut Wrote: takmo arr aku undi ko.. pe jadah.. perabih duit aku jer..

hha baru pas nyanyi kat majlis orang kawen td.. best gler.. xpegun penonton ahaks.. opss haaa Tongue
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#9
05-08-2011, 06:19 PM
tipu la ..pingu kedek2 mane pandai nyanyi pun... sumbang je..
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#10
05-08-2011, 06:26 PM
ei jaaat tau nad ni.. hahha.. tembakkk tembaktembak
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#11
05-08-2011, 06:36 PM
eik elak elak elak..!.. ape ni tembak. 1 pun tak kena.. hikhikhikhik...Big Grin
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#12
05-08-2011, 08:46 PM
(05-08-2011, 06:36 PM)nad_dd257 Wrote: eik elak elak elak..!.. ape ni tembak. 1 pun tak kena.. hikhikhikhik...Big Grin

saje wat2 xkene dlu.. bg ko gembira.. wakakaa Big Grin
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Ahmad Dhani bakal Pengetua Akademi Fantasia 9?? Mr.Pingu 0 1,838 01-26-2011, 04:33 PM
Last Post: Mr.Pingu
  AF 9 : Akan menamatkan musim akademi fantasia Mr.Pingu 0 1,856 12-13-2010, 08:11 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-15-2026, 08:23 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend