Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 21 22 23 24 25 ... 40 Next »

Bidikan lensa Jodi Bieber: Wanita dipotong hidung

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Bidikan lensa Jodi Bieber: Wanita dipotong hidung
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
05-13-2011, 02:49 PM (This post was last modified: 05-13-2011, 02:53 PM by Mr.Pingu.)


Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


DESIRAN angin di padang pasir wilayah Oruzgan telah menenggelamkan lolongan Bibi Aisha. Semahu-mahunya wanita kelahiran Afghanistan yang bertubuh kecil itu meraung dan meronta-ronta meminta belas kasihan. Lelaki yang juga sang suaminya seolah-olah tidak mampu lagi mengawal amarahnya. Isterinya terus diheret meskipun dia menyedari burqa yang menyaluti tubuh isterinya telah koyak-rabak. Wanita yang berusia 18 tahun ketika itu tertanya-tanya ke mana hilangnya keimanan suaminya? Bibi Aisha sedar, cinta antara mereka tidak pernah bercambah. Namun, atas dasar kemanusiaan, dia mahu dirinya dibebaskan.

Bagi keluarga mertuanya yang berbangsa Pashtun, perbuatan Bibi Aisha atau biasa dengan panggilan Aisha melarikan diri dari rumah suaminya dianggap memalukan. Sebagai mematuhi prinsip kaum, tindak-tanduk Aisha itu perlu dihukum. Tiba di satu sudut, bapa mertuanya telah mengacukan senjata api di kepala Aisha. Aisha pada ketika itu dalam ketakutan dan tanpa sebarang isyarat, hidungnya dihiris dan kedua-dua belah cuping telinganya dipotong.

Sebagaimana derasnya darah yang memancut daripada organ-organ yang dilukakan, begitu juga dengan kesakitan yang alaminya. Hembusan nafas Aisha tersekat-sekat. Namun, bibir mungilnya tidak henti-henti daripada menitipkan doa. Lamunan Aishah ketika itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah kematian. Kemudian, dia rebah serta-merta. Sudah tertulis di Luh Mahfuz, takdir seorang manusia di tangan Tuhan. Dengan keajaiban-Nya, wanita yang sudah hilang pesonanya terjaga keseorangan di sebuah kawasan pergunungan.

Tangannya terketar-ketar menyentuh hidungnya yang telah rompong. Pendengarannya juga tidak jelas. Apabila detik-detik ngeri itu kembali menerawang di benaknya, Aisha tidak menangisi takdir hidupnya, bahkan dia bersujud syukur kerana masih bernyawa. Ujar wanita itu kepada wartawan CNN

“Bila mereka potong hidung dan telinga saya, saya pengsan serta - merta dan apabila terjaga pada waktu tengah malam, saya berasa ada air sejuk dalam hidung saya.

“Saya cuba membuka mata tapi penglihatan saya kelam kerana darah memenuhi mata.”

Wanita itu mengerah seluruh tenaga yang ada dengan merangkak berdikit-dikit. Dia berdoa agar dapat tiba ke kediaman datuknya walaupun termometer alam pada malam itu begitu dingin.

Diselamatkan


TERHARU. Bieber meraikan kemenangannya bersama Putera Constantijn (kiri) di Amsterdam baru-baru ini.

Sesungguhnya, Aisha berasa takjub apabila Allah menemukannya dengan individu yang baik hati. Sekumpulan petugas kontraktor sebuah firma Amerika Syarikat (AS) ternampak kelibatnya. Dia diberi rawatan selama lapan bulan dan kemudiannya diberi perlindungan secara rahsia di sebuah lokasi di Kabul.

Sejurus selepas itu, sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Grossman Burn Foundation telah menaja pembedahan rekonstruktif hidung Aisha. Dia jua diberi kaunseling bagi menyahkan trauma yang menguasai Aisha. Kehilangan kedua-dua belah telinga dan hidung mancungnya, tidak bermakna Aisha hilang kata-kata. Dia bercerita mengapa dia diperlakukan sekejam rupa.

Pada usia 12 tahun, dia dan adiknya telah diserahkan oleh keluarga kepada pejuang Taliban untuk melunaskan hutang-hutang keluarga. Justeru, Aisha tidak pernah berkesempatan untuk ke sekolah. Dia seorang buta huruf. Aishah kemudiannya berkahwin. Sejak itu, nasibnya lebih malang. Tidak cukup diseksa dan didera, adakalanya dia dipaksa tidur di kandang ternakan. Akhirnya, Aisha mengambil keputusan melarikan diri daripada cengkaman suaminya yang berhati binatang.

Kini, Aisha berusia 20 tahun. Bersama jutaan orang lain menaiki tren di kota New York, dia yang memakai jean biru dan berjaket dengan yakin melemparkan senyuman. Aisha kini hidup semula dengan seraut wajah yang memukau. Dia mengenakan hidung palsu atau hidung prostetik. Namun, bagaimanakah seorang Muslim berasal dari Afghanistan meraih perhatian luar biasa daripada masyarakat AS?

Jurufoto jadi penyelamat

Ketika dibawa ke kem pelarian di Kabul oleh penyelamat, Aisha telah ditemukan dengan seorang jurufoto kelahiran Afrika Selatan, Jodi Bieber, 44. Bidikan lensa Bieber yang merakam wajah dramatik wanita Afghanistan itu yang kehilangan hidung dan telinga, sesungguhnya telah memberi impak besar kepada kehidupan Aisha.

Gambar itu telah menjadi muka depan majalah Time pada Ogos tahun lalu dengan tajuk, Apa Yang Akan Berlaku Apabila Kita Tinggalkan Afghanistan. Foto itu telah mencetuskan satu fenomena luar biasa dan menghidupkan pelbagai emosi.

Apakah reaksi Bieber ketika pertama kali bertemu dengan wanita berwajah pelik itu? Dia hanya diberi tiga jam untuk meyakinkan Aisha yang masih murung itu bahawa rakaman foto itu bukan satu eksploitasi.

Katanya kepada Sunday Times : “Saya bersama seorang penterjemah dan pekerja sosial memasuki sebuah bilik kecil, cuma ada kusyen, sehelai permaidani dan sebuah kipas.

“Saya tak tahu bagaimana nak jelaskannya (perasaan), saya juga tidak tahu gambar yang macam mana dapat saya rakamkan. Jadi saya letakkan kamera dan berbual dengannya.

“Kemudian saya kata, betapa jelitanya dia dan ingin cuba merakam kecantikan dalamannya serta kekuatan dirinya.”

Tambah Bieber yang pernah bekerja di majalah New York Times, dia bukan saja mengambil gambar wanita itu, dia merakam dan menterjemahkan jiwa lara Aisha pada sekeping gambar. Pertemuan dengan wanita Muslim itu merupakan satu pengalaman hebat baginya.

Ujarnya dengan penuh emosi : “Saya banyak belajar dan saya tidak menerima satu dua respons. Ada yang menyelar tindakan saya kerana mengambil gambarnya.

“Tapi ingin saya katakan bahawa pada saat mereka semua sedang bersenang-lenang, Aisha tidak ada hidung dan telinga. Adakah saya hendak biarkan dia menangis sekali lagi tanpa hidung? Sekurang-kurang saya telah berbuat sesuatu untuk Aisha.” Sesungguhnya, tiada harga bagi sebuah keikhlasan. Populariti foto Aisha bukan saja menaruh simpati dunia untuk membantunya tetapi pada masa sama, telah mendatangkan tuah kepada Bieber.

Potret Aisha telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Foto Terbaik Dunia (WPP) 2010 di Amsterdam baru-baru ini. Bieber berjaya menewaskan 108,059 keping gambar yang dihantar oleh 5,846 jurugambar dari 125 buah negara.

Diselubungi kontroversi


WAJAH BAHARU. Aisha dengan hidung palsu dan memilih untuk menetap di New York.

Dalam reaksi spontannya ketika diumumkan sebagai pemenang, Bieber menjerit sambil berkata “Apa? Kamu bergurau, adakah kamu serius, saya tidak percaya, saya rasa berjuta tahun sekali pun juri tak akan memilih gambar ini.”

Sentuhan wanita yang gemar mengembara itu akan dipamerkan di lebih 100 buah bandar di 45 buah negara dan dicetak dalam buku yang diterjemahkan ke dalam enam bahasa. Bagaimanapun, kemenangan Bieber diselubungi dengan pelbagai kontroversi sehingga timbul fenomena yang dinamakan Sensasi Bieber dalam laman web terkemuka.

Kerajaan Afghanistan berkata, kemenangan yang membawa populariti kepada gambar itu tidak lain tidak bukan hanya satu propaganda AS. Mereka juga marah apabila gambar itu telah menjadi simbol global kepada keganasan Taliban terhadap kaum Hawa.

Sementara agensi berita Xinhua melaporkan, gambar yang dirakam menerusi teknik klasik memang mengagumkan, tetapi kehilangan hidung Aishah telah menjadikan gambar itu sesuatu yang mengejutkan dan mengerikan. Bieber juga dikritik kerana dianggap mahu memanipulasi insan lemah. Rakaman tekniknya yang dianggap tersasar daripada tradisi stail kewartawanan foto turut menjadi perdebatan. Meredakan spekulasi yang hebat bertebaran, pengasas anugerah itu David Burnett berkata, tiada unsur politik semasa juri memilih foto itu.

“Pada peringkat awal, foto Bieber bukanlah menjadi pilihan utama, tetapi apabila diperhalusi, terdapat tarikan luar biasa dan kekuatan pada foto ini,” katanya.

Ketika dirinya dihentam, Bieber tidak melenting. Sebaliknya, wanita itu dengan tenang berkata: “Saya hanya mahu menunjukkan kepada dunia bahawa dia seorang wanita kental. Jika saya biarkan Aisha, deritanya akan berlarutan.”
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Beri ibu bersalin rehat secukupnya-90 hari
Beri ibu bersalin rehat secukupnya-90 hari
08-13-2010 1,059 Views 0 Replies
Malaysia's Anwar loses bid to lift sodomy charges AFP - Monday, August 16
Malaysia's Anwar loses bid to lift sodomy charges AFP - Monday, August 16
08-23-2010 1,091 Views 0 Replies
Pengetua 'rasis': DAP mahu tindakan keras
Pengetua 'rasis': DAP mahu tindakan keras
08-20-2010 1,107 Views 0 Replies
Mari kenali Mr.PiNGu
Mari kenali Mr.PiNGu
04-10-2012 2,882 Views 2 Replies
Kisah monyet yang menyayat hati
Kisah monyet yang menyayat hati
08-08-2010 1,778 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#2
05-13-2011, 04:47 PM
nad ade bse ksh die kat paper sblm n slps die wt hdg tu..
sngt kjam ye dorg2 ni.. hu.. Sad
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
05-13-2011, 08:22 PM
Tu la manusia ada yg tidak berhati perut.. Binatang pun sygkan kerabatnya...
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#4
05-13-2011, 08:49 PM
ha... tu la. pe nk jdi tu. ish3..
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#5
10-01-2011, 05:16 PM
Nad jage hidung baik2 nanti kene potong
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 11:52 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend