Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 13 14 15 16 17 ... 24 Next »

Kata artis tu "Tak Sabar Nak Main" - CAK

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Kata artis tu "Tak Sabar Nak Main" - CAK
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
05-31-2011, 01:40 PM
PUTUS dan berbaik semula. Bukan sekali putus dan bersambung semula, tetapi dah berkali-kali. CAK rasa semua orang tahu siapa yang CAK maksudkan. Orang tua kedua-dua pihak memang tak suka mereka berbaik semula, tetapi entah apa kuasa yang ada pada artis wanita itu, sukar benar bekas kekasih melupakannya.

Kalau dah kemaruk cinta, siapa yang boleh menghalang. Bila hati dah berbunga-bunga, orang sekeliling peduli apa. Ketika artis itu menjawab panggilan daripada kekasih yang dirujuk semula itu, bukan main sukanya dia. Kebetulan penggambaran drama lakonannya ‘rehat’ untuk minum petang, rancaklah dia bersembang.

Dek kerana dah seronok sangat bercerita dengan buah hati, dia dah tak kisah lagi dengan orang di sekelilingnya. Mana yang duduk rapat dengannya, dapatlah tumpang sama mendengar perbualannya. Sebaik saja habis bercakap, tanpa segan silu artis itu beritahu rakan baik kepada rakan CAK yang duduk di sebelahnya, ‘hmm... tak sabar hendak main’.

Rakan CAK yang masih dara jelita ini terus terdiam tanpa mampu mengeluarkan walau sepatah kata. Tak kuasa dia bertanya main apa. Kalau sekumpulan kanak-kanak bertemu, kita boleh agak mereka akan main guli, main sembunyi-sembunyi atau main bola.

Ada yang lebih kreatif lagi, mereka akan main kahwin-kahwin. Manalah tahu, bila dah besar nanti bertemu pula jodoh dengan rakan sepermainan pada waktu kecil dulu.

Namun kalau dua orang dewasa bertemu dan bertentang mata, takkan hendak main bola jaring kut? Semakin ramai artis berhijrah ke jalan hidup lebih baik, tetapi artis yang sorang ini tetap macam itu juga. Sekarang tahulah rakan CAK kenapa pasangan kekasih itu sukar dipisahkan kerana masing-masing berkongsi lapangan permainan sama.
Confused

PINGU: xsabar nak main apa tuh? tertanya2 gak Huh
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Spesis Katak terkecil di dunia ditemui
Spesis Katak terkecil di dunia ditemui
10-14-2010 10,024 Views 9 Replies
Azwan Ali tekad bersara tulis blog!
Azwan Ali tekad bersara tulis blog!
09-22-2010 2,214 Views 1 Replies
Paris Hilton kata dia sayang Rakyat Malaysia!
Paris Hilton kata dia sayang Rakyat Malaysia!
09-29-2010 1,382 Views 0 Replies
Pentingkah Privacy di Kamar Kediaman ANda?
Pentingkah Privacy di Kamar Kediaman ANda?
07-01-2012 1,316 Views 0 Replies
Baguih ke idak ni?
Baguih ke idak ni?
04-20-2011 12,620 Views 24 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Kata Artis tentang Hukum Hudud Mr.Pingu 2 3,707 10-09-2011, 07:52 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-30-2026, 01:01 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend