Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ EDUCATION › SaiNS v
« Previous 1 2 3 4

Aiko - Teman manusia di masa akan datang ?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Aiko - Teman manusia di masa akan datang ?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-11-2010, 02:56 AM


Menakjubkan, itulah perkataan yang mampu diungkapkan terhadap android ciptaan Le Tsung dari Kanada yang diberi nama Aiko ini. Menurut penciptanya, Aiko mengambil masa 1.5 bulan untuk dibina namun ia belum lagi siap sepenuhnya memandangkan ia dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Biografi AIKO..

Nama Aiko di ambil dari bahasa Jepun yang membawa maksud ( 'Ai' - Love, 'Ko'- Child ). Android ini mempunyai ketinggian 1.52 meter, berambut perang dengan berat 32 kg dan mempunyai bentuk tubuh seperti seorang wanita. Aiko juga berkebolehan untuk membaca, berkata-kata dan bertutur di dalam bahasa Jepun dan Inggeris.

Selain itu, ia juga mampu untuk memahami 300 jenis ekspresi muka manusia dan juga 13,000 ribu patah perkataan. Le Tsung juga mengatakan yang Aiko mempunyai semua deria kecuali deria bau.

Teknologi A.I yang ada pada Aiko juga boleh dikatakan agak pintar. Selain mampu berbual dengan manusia, ia boleh menyelesaikan beberapa soalan matematik mudah, membezakan warna dan corak. Ia juga boleh mengenali jenis - jenis minuman dan beberapa makanan seperti Hot Dogs, burger, dan sandwich. Malah, Aiko juga boleh mengenali wajah seseorang, dan mengingatinya.

Sebagai teman kepada manusia, Aiko boleh mengingatkan anda supaya membawa payung jika hari ingin hujan atau memakai baju sejuk jika cuaca di luar dingin. Aiko mampu mengesan eksperi muka seseorang dengan teknologi B.R.A.I.N.S

Lebih menarik lagi, Aiko dicipta untuk bersifat seperti seorang wanita. Contohnya, ia akan menampar anda jika anda memegangnya dengan kuat. Malah ia juga akan bertindak sedemikian jika ada seseorang cuba untuk memegang 'payudaranya'

Kenapa dicipta seperti wanita ?

Le Tsung berpendapat mencipta Aiko seperti wanita kerana ia kelihatan kurang memberi ancaman berbanding android lelaki. Namun ia tidak dicipta tujuan seks. Walau bagaimanapun, penciptanya tidak menolak akan kemungkinan yang Aiko boleh melakukannya dengan teknologi yang ada sekarang.

Buat masa ini, Aiko boleh mengerakkan sendi-sendi jari tangan dan kaki, siku, bahu, leher dan sedikit pergerakan pada mulutnya. Tetapi ia masih belum mampu untuk berjalan lagi. Menurut Le Tsung, sejumlah 14 motor kecil berharga AS$ 500 setiap satu diperlukan bagi membolehkan Aiko berjalan di atas kakinya sendiri.

Di masa akan datang, selain boleh berjalan, Aiko diharap boleh menunjukkan ekspresi muka, menyedia makanan mudah, dan melakukan kerja-kerja rumah.

Hakikatnya, Aiko masih jauh dari realiti sebagai android yang benar-benar hidup seperti di dalam filem I Robot atau Star Wars. Tetapi penciptanya, Le Tsung begitu optimis dengan berpegang pada kata ' setiap langkah ke arah masa depan'
HuhDodgyRolleyesBig Grin
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
The Great Blue Hole of Belize
The Great Blue Hole of Belize
08-21-2010 2,269 Views 0 Replies
ikan siakap masak tiga rasa
ikan siakap masak tiga rasa
08-13-2010 19,245 Views 9 Replies
Manusia Halimunan
Manusia Halimunan
12-13-2010 2,497 Views 3 Replies
PTPTN - Bayarlah wahai peminjam
PTPTN - Bayarlah wahai peminjam
04-11-2012 1,661 Views 0 Replies
salam perkenalan
salam perkenalan
03-26-2012 3,839 Views 2 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Bolehkah manusia merentas masa? Mr.Pingu 0 2,406 08-21-2010, 04:40 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 04:29 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend