Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › GaDGeT v
« Previous 1 ... 3 4 5 6 7 Next »

VERSI terkini Motorola Milestone: Lebih nipis dan funky

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
VERSI terkini Motorola Milestone: Lebih nipis dan funky
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-19-2010, 09:10 PM

TELEFON pintar ini menggunakan sistem operasi Android 2.1 dan sensor kamera ditingkatkan ke lapan megapiksel.

VERSI terkini Motorola Milestone iaitu XT720 mempunyai reka bentuk berbeza dengan model sebelumnya kerana menerapkan ciri skrin sentuh sepenuhnya. Sensor kamera juga ditingkatkan daripada lima kepada lapan megapiksel dengan tambahan pencahayaan Xenon. Tanpa pad kekunci, ia tampil lebih nipis namun reka bentuk yang funky dikekalkan. Kehebatan telefon pintar ini terletak pada kehebatan sistem operasi Android 2.1 yang menyokong pelbagai akaun, Microsoft dan HTML serta mempunyai pemproses 550MHz.

XT720 turut dilengkapi upaya rakaman video 720p tetapi pengguna perlu membeli kad mikroSD yang mempunyai ruang memori sekurang-kurangnya 4 gigabit secara berasingan untuk merakam video yang panjang kerana ia tidak diletakkan di dalam satu pakej. Bagaimanapun, rakaman video tidak sebagus rakaman gambar pegun kerana ia masih menangkap bunyi bising persekitaran. Kualiti rakaman objek bergerak juga pada kadar memuaskan.

Sungguhpun begitu, rakaman gambar pegun amat baik dan dapat menghasilkan gambar cantik di bawah pencahayaan yang bagus. Dalam keadaan pencahayaan kurang pula, fungsi lampu kamera mampu membantu menjelaskan rakaman objek dekat. Bagi menambah nilai, proses penyuntingan warna dapat dilakukan sebagai sokongan hasil akhir.

Dengan XT720, fungsi pelbagai tugas dapat dibuat dengan memuaskan. Walaupun banyak fail dibuka serentak, telefon pintar ini masih bekerja dengan pantas walaupun pemprosesannya 'bekerja' lebih kuat. Baterinya juga tahan sehingga dua hari dalam ujian penggunaan sederhana. Itu suatu ciri yang hebat untuk sebuah telefon Android.

Caj semula dapat dilakukan melalui slot mikro USB yang turut berfungsi menghantar data. Fon kepala 3.5 milimeternya juga merupakan ciri tambahan dengan kawalan volum terdapat pada sisi kanan telefon pintar ini. Sekiranya pengguna tidak kisah mengeluarkan wang untuk membeli kad memori berasingan dan berpuas hati dengan reka bentuknya, XT720 merupakan Android yang disyorkan. Heart

Rujukan: Kosmo
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Syarikat Apple memperkenalkan iPhone 4
Syarikat Apple memperkenalkan iPhone 4
08-05-2010 2,108 Views 0 Replies
Universiti Terbuka Mendapat Pengiktirafan Tertinggi Pelajar di Britain
Universiti Terbuka Mendapat Pengiktirafan Tertinggi Pelajar di Britain
03-07-2013 2,290 Views 0 Replies
Promosi hebat, Rm300 off
Promosi hebat, Rm300 off
10-10-2013 2,574 Views 3 Replies
RM10k daily ...
RM10k daily ...
08-29-2012 4,624 Views 5 Replies
Mari kenali Mr.PiNGu
Mari kenali Mr.PiNGu
04-10-2012 2,947 Views 2 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Motorola terbaru lebih menawan - MOTOKZR Mr.Pingu 0 2,081 08-11-2010, 03:04 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 12:28 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend