Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ EDUCATION › INSTiTuSi v
« Previous 1 2 3 Next »

Gred Peperiksaan Subjek vs Gred Penilaian Makmal

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Gred Peperiksaan Subjek vs Gred Penilaian Makmal
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-14-2011, 04:21 PM
Salam. Mr.PiNGu sangat tertarik apabila seorang pensyarah yang pernah mengajar saya membangkitkan hal ini. Saya rasa kupasan yang diberikan adalah benar dan saya menyetujuinya. Saya harap Para Pensyarah lain dapat membuka mata akan hal ini.

LUAHAN HATI PENSYARAH XXXXX:

SAYA ingin menarik perhatian pensyarah, ada kes pelajar di mana subjek XXXXXX dapat gred C tetapi subjek Makmal berkaitan dia dapat gred A, nampak begitu kontra. Menunjukkan markah makmal tidak selari atau tidak mencerminkan pencapaian mereka dalam matapelajaran yang dinilai secara peperiksaan.

Kecuaian penyelia atau pensyarah yang menilai kerja-kerja pelajar di makmal dikatakan menjadi punca kenapa pelajar mendapat markah yang tidak sepatutnya mereka dapat.

Pensyarah dikatakan tidak menanda buku lapuran makmal pelajar dengan serius dan ada yang menggunakan cara ‘timbang kati’ saja. Dan sering tidak ada apa-apa alasan atau komen yang dicatat ketika mereka memeriksa buku lapuran makmal pelajar.

Bagaimanakah kita hendak menyelesaikan masalah ini?

Penilaian subjek makmal dan subjek teori adalah berbeza, oleh itu saya rasa lebih adil kalau kita melihat kedua-duanya secara berbeza.

Matapelajaran yang dinilai melalui peperiksaan bertulis sangat bergantung kepada kemampuan seseorang pelajar dalam penyelesaian masalah. Pelajar yang pandai dan bijak tentu akan dapat menjawab dan menyelesaikan soalan peperiksaan dengan baik dan akan mendapat gred A.

Sebaliknya, subjek makmal tidak berorentasikan peperiksaan bertulis. Markah makmal dinilai dari cara mereka bekerja atau tingkah laku mereka semasa menjalankan sesuatu ujikaji. Penilaian makmal tidak kearah menilai kebijaksanaan seseorang pelajar, tetapi lebih kepada kemahiran mereka melaksanakan ujikaji berpandukan kertas ujikaji yang disediakan, sehingga mereka berjaya mendapatkan data-data seperti yang dikehendaki.

Makmal lebih bersifat santai, kita menggalakkan pelajar menjalankan ujikaji dengan lebih menyeronokkan. Sehingga mereka akan dapat menghargai ujikaji yang mereka lakukan kerana berjaya atau mendapat hasil yang sama seperti yang mereka belajar dalam kelas teori. Salah satu tujuan makmal adalah untuk membantu memperkukuh keyakinan pelajar terhadap teori yang mereka belajar di dalam kelas.

Saya selalu menekankan, makmal bukan untuk kita menguji pelajar, tetapi tempat untuk pelajar melakukan ujikaji atau percubaan. Yang patut diuji ialah bahan-bahan eksperimen yang ada di makmal, bukan pelajar.

Masa zaman kita belajar dulu, kita teruja bila masuk makmal dan melakukan percubaan (eksperimen), dan kita rasa seronok. Tetapi hari ini pelajar rasa tertekan bila melangkahkan kaki masuk makmal, dalam kepala mereka hanya memikirkan markah, mereka sentiasa bimbang kalau markah dipotong. Mereka tidak teragak-agak untuk membuat kerja menipu untuk dapat markah tinggi.

Ada pelajar yang tidak teragak-agak menggunakan data ujikaji yang dibuat oleh rakan-rakan mereka terdahulu untuk dapat markah tinggi. Dan ada juga yang meniru lapuran-lapuran rakan-rakan mereka untuk dapat markah tinggi tanpa memahami apa yang mereka tulis.

Ada setengah pensyarah rasa hilang semangat bila membaca teks lapuran yang sama dengan kesilapan yang serupa, yang begitu jelas lapuran itu bukan ditulis atas usaha pelajar itu sendiri. Pensyarah pula terasa dirinya diperbodohkan kerana terpaksa bersengkang mata untuk menilai lapuran yang ditiru bulat-bulat.

Sama jugalah kalau kita menilai tugasan (assignment) yang kita beri kepada pelajar. Dari pemerhatian kita, majoriti pelajar akan meniru tugasan rakan-rakan mereka, tidak dinafikan ada juga beberapa pelajar yang membuat tugasan atas daya usaha mereka sendiri.

Kadang-kadang saya terjumpa juga dengan tugasan pelajar yang dia buat atas usaha sendiri tetapi banyak salah dan layak diberi empat markah sahaja dari 10 markah penuh. Tetapi ini tidaklah adil, kerana ada juga pelajar yang tugasannya hampir tidak ada salah tetapi meniru, bukan dia buat sendiri. Apakah pelajar yang membuat tugasan yang hampir tidak ada salah tetapi meniru ini patut diberi markah 9?

Oleh itu terus terang saya katakan, saya tidak akan memberi markah tugasan kurang dari lapan daripada 10 markah penuh walaupun ada yang buat banyak salah. Kerana markah yang diberi bukan atas dasar betul atau salah tetapi atas dasar usaha mereka, apatah lagi kita tidak dapat mengenalpasti dan membezakan siapa yang meniru dan siapa yang tidak.

Saya rasa, pensyarah-pensyarah lain pun sama juga seperti saya, memberi markah yang tinggi kepada komponen tugasan (assignment). Tetapi pernahkah orang mempersoalkan kenapa markah assignment tinggi (gred A) tetapi markah peperiksaan untuk matapelajaran yang sama dia dapat rendah (gred C)?

Tidak hanya duduk

Saya lebih suka kalau pensyarah-pensyarah yang menyelia makmal, tidak hanya duduk dimeja di bahagian depan makmal melihat pelajar membuat ujikaji dari jauh dan mengisi borang markah yang diberikan kepadanya, sebaliknya mereka perlu ambil peluang yang ada untuk memberi penerangan kepada pelajar sedikit teori yang ada hubung kait dengan sesuatu ujikaji yang dijalankan itu.

Itulah yang telah dilakukan oleh pensyarah-pensyarah yang menyelia makmal semasa kita belajar dulu. Kadang-kadang mereka menghabiskan setengah jam menerangkan teori yang berkaitan dengan ujikaji tersebut. Pada masa itu mereka tidak bimbang pasal hendak potong markah, yang mereka bimbangkan ialah kalau mereka tidak dapat memberi kefahaman yang jelas terhadap ilmu yang disampaikannya.

Sebagai pensyarah, mereka sangat rasa berpuashati kalau pelajar dapat menerima dan faham dengan baik segala ilmu yang mahu mereka sampaikan di bilik kuliah, manakala mereka gunakan kelas tutorial dan makmal sebagai peluang untuk menambah dan memperkukuh kefahaman pelajar. Dapat A atau tidak adalah perkara kedua, yang langsung tidak menjadi perhatian pensyarah di masa dulu.

Ingatlah, subjek makmal hanyalah 8 peratus dari 130 kredit yang perlu disempurnakan oleh seorang pelajar sarjana muda elektrik. Ia tidak memberi kesan yang besar jika pelajar itu mendapat A atau B dalam subjek makmal. Samalah juga dengan markah tugasan (assignment) yang hanya mewakili 10% dari markah keseluruhan sesuatu matapelajaran. Kalau tugasan dapat markah penuh 10 pun, belum tentu menjamin dia dapat A dalam matapelajaran tersebut.

Tadika

Perlukah kita hendak membuat berpuluh-puluh bengkel lagi untuk menyelesaikan masalah markah makmal? Mungkin kita boleh menghasilkan satu sistem atau kaedah yang baik untuk penyelesaiannya selepas setiap bengkel diadakan, tetapi selalunya yang berlaku, ia hanya kelihatan sempurna di atas kertas, bila dilaksanakan, keadaan tidak banyak berubah, silap-silap menimbulkan masalah lain pula.

Tumpuan yang berlebihan kepada benda-benda yang remeh akan hanya banyak membuang masa dan tenaga, kita juga yang keletihan nanti. Umpama kita hendak membunuh lalat dengan menggunakan peluru berpandu.

Masalah penilaian makmal kita ini semacam apa yang berlaku dalam kelas Tadika. Ibubapa menaruh harapan yang terlalu tinggi kepada kelas Tadika yang dilalui oleh anak-anaknya selama setahun dalam sepanjang hidup mereka itu.

Ibu bapa mahu anaknya tahu macam-macam perkara semasa berada di kelas Tadika. Mereka juga mahu anak-anaknya sudah boleh membaca dan mengira bila keluar dari kelas Tadika.

Tumpuan ibu [/quote]bapa kepada anak-anak mereka di kelas Tadika seperti meletakkan kelas Tadika seolah-olah sebagai institusi yang sangat penting untuk menentukan samada gagal atau tidaknya anak-anak itu dalam hidup.

Maka tidak hairanlah kalau Tadika juga saban tahun mengadakan majlis konvokesyen seperti di universiti juga.
Wallahualam.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Are The Professionals Learning Enough?
Are The Professionals Learning Enough?
08-11-2010 1,309 Views 0 Replies
The Best Malaysian/Asian University based on QS Asian University Ranking
The Best Malaysian/Asian University based on QS Asian University Ranking
06-02-2012 4,797 Views 2 Replies
Wanna be Manager, what should i study??
Wanna be Manager, what should i study??
06-17-2013 4,069 Views 5 Replies
Bila waktu Korang jadi pemalas hazabedah?
Bila waktu Korang jadi pemalas hazabedah?
05-04-2011 38,620 Views 42 Replies
Salam 1 MALAYSIA
Salam 1 MALAYSIA
03-11-2012 1,805 Views 2 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 01:20 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend