10-29-2011, 08:42 PM
KANGAR: Bencana banjir yang menjejaskan industri pelancongan Thailand tidak seharusnya menakutkan pelancong untuk melawat Malaysia, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen hari ini.
Menurutnya, pelancong yang merancang melawat negara-negara ASEAN tidak seharusnya membatalkan niat mereka semata-mata banjir yang melanda Thailand kerana Malaysia bebas daripada bencana itu. Bercakap kepada pemberita di terminal feri Kuala Perlis hari ini, beliau berkata agen pelancongan boleh mengubah jadual pakej perjalanan dengan memilih negara yang selamat untuk dilawati seperti negara ini. "Malaysia berkongsi perasaan sedih dengan Thailand yang terjejas industri pelancongannya kerana banjir tetapi industri pelancongan di rantau ini perlu terus berkembang," katanya yang ditemui ketika sedang menunggu pelayaran ke Pulau Langkawi.
Katanya, sebagai salah sebuah negara anggota ASEAN, Malaysia perlu melakukan sesuatu yang terbaik untuk memastikan sektor pelancongan rantau ini tidak terjejas walaupun berlaku banjir di Thailand.
"Seandainya pelancong melihat rantau ini dengan ketakutan, mereka bukan saja tidak melawat Thailand tetapi juga tidak melawat Malaysia. Malaysia juga berdepan dengan banjir tetapi jika berlaku banjir di Perlis, Kelantan atau Kedah, pelancong boleh mengubah destinasi ke tempat lain seperti Kuala Lumpur, Sabah dan lain-lain destinasi," katanya.
Mengenai industri pelancongan di negara ini, Yen Yen berkata antara cabaran yang sedang dihadapi ialah membina masyarakat yang menghargai kebersihan dan keindahan.
"Infrastruktur yang indah tidak bermakna jika persekitarannya tidak bersih dan dipenuhi sampah," katanya.
Menteri Pelancongan itu berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pelancong asing mengenai tahap kebersihan yang masih perlu ditingkatkan dan ia memerlukan kerjasama masyarakat.
Mengenai pembangunan sektor pelancongan di Perlis, beliau berkata sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi meningkatkan taraf terminal feri Kuala Perlis dan kawasan persekitarannya.
Katanya, terminal feri dan sekitarnya perlu dihiasi dengan keindahan landskap manakala di dalam bangunan perlu mempunyai ruang yang selesa termasuk tambahan tempat duduk, tandas yang lebih baik serta surau yang selesa.
Turut bersama Yen Yen di terminal feri Kuala Perlis ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perlis, Dr Por Cho Chor dan Pengarah Pelancongan Perlis, Fadina Othman.